Tuesday, 25 December 2012

MC - Majlis Reunion : Primere Hotel, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : REUNION KE-3 EX-STUDENT SMK TELOK GADONG, KLANG BATCH 1992-1996
  • ANJURAN : EX-STUDENT SMK TELOK GADONG, KLANG, BATCH 1992-1996
  • LOKASI : STUDIO III & STUDIO IV, PREMIERE HOTEL, KLANG
  • TARIKH : 25hb DISEMBER 201
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Ini dia kisah tugasan yang baru sahaja berlalu siang tadi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Tidak saya nafikan, kesibukan yang terlalu maksimum sedang melanda diri saya ketika ini. Namun begitu, saya gagahi jua untuk memberikan yang terbaik. Meskipun hari ini merupakan cuti umum sempena perayaan Hari Natal, saya tetap bersemangat untuk mengendalikan majlis reunion pada hari ini tadi. Saya mempunyai tugasan peribadi pada sebelah pagi dan hanya sampai di rumah untuk bersiap sekitar jam 11:30 pagi. Selepas selesai segala persiapan, saya terus bertolak ke lokasi majlis dan tiba agak awal. Ketika itu, saya terus bertemu dengan urusetia majlis bagi mendapatkan informasi dan melakukan persiapan terakhir. Majlis bermula sedikit lewat kerana menantikan ketibaan semua jemputan serta tetamu VVIP yang mana terdiri daripada kalangan guru-guru.

Apabila majlis bermula, saya mengambil pendekatan tidak formal namun masih mengekalkan protokol yang sepatutnya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Endang Wahyudi. Saya sangkakan ianya akan menjadi sesi bacaan doa yang biasa namun saya terbuai dengan lenggok dan alunan suara serta cara beliau membacakan doa. Majlis kemudiannya disambung dengan upacan alu-aluan oleh Pengerusi iaitu Saudara Faizal dan diikuti oleh ucapan perasmian daripada wakil bekas pengetua. Selepas itu, jamuan makan pun bermula.

Selepas beberapa minit jamuan makan bermula, program-program yang dirangkakan pun berjalan. Majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah dan sempat diselitkan dengan sesi karaoke bagi menghiburkan semua jemputan yang ada. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan permainan menduga akal di mana saya telah memberikan 3 soalan yang berkaitan dengan sekolah dan jemputan perlu tampil dengan jawapan yang tepat bagi mendapatkan hadiah yang telah disediakan oleh urusetia. Majlis terus meriah dengan sorakan dan gelak tawa apabila sampai ke permainan 'musical chairs.' Permainan ini telah dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita dan masing-masing berebut kerusi apabila lagu dihentikan. Sesekali saya membuat trick dengan memperlahankan lagu dan membuatkan mereka menyangka bahawa lagu telah dihentikan. Permainan yang paling menceriakan adalah permainan kotak beracun. Permainan ini dijalankan dengan menyediakan setiap meja dengan sebuah kotak. Individu terakhir yang memegang kotak itu apabila lagu dihentikan perlu tampil ke hadapan. Apabila mereka tampil, mereka perlu melakukan aksi yang diberikan melalui cabutan yang dilakukan. Pelbagai aksi telah dilakukan dan saya turut mengambil peluang mengenakan jemputan dengan meminta mereka melakukan beberapa aksi sambil berjalan sekeliling dewan agar lebih dekat dengan tetamu yang lain. Sememangnya dalam malu-malu, semuanya sporting dan memberikan kerjasama yang baik.

Majlis sampai ke penghujungnya dengan sesi cabutan bertuah yang terakhir dan diikuti pula dengan sesi pemilihan pakai terbaik. Ketika pemilihan sesi pakaian terbaik, saya telah meminta tetamu memilih sendiri pemenangnya daripada calon-calon yang ditampilkan melalui sorakan. Oleh kerana sorakan yang diterima sangat memberansangkan, maka guru-guru sendiri telah dijemput untuk membuat penilaian dan seterusnya menentukan pemenang bagi kategori lelaki dan wanita. Ternyata guru-guru juga turut sporting! Majlis selesai sekitar jam 6 petang dan saya sungguh ceria dan gembira ketika mengendalikan majlis ini. Diharapkan agar saya akan dapat bekerjasama dengan urusetia ini lagi. Terima kasih!
 
Inilah dia majlis pada hari ini ;D
Suasana dewan sebelum majlis bermula... sedikit lengang.
Antara hadiah-hadiah yang disediakan.
Bacaan doa sedang dilakukan.
Susana di dalam ketika bacaan doa sedang dilakukan.
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi.


Ucapan perasmian.
Upacara perasmian yang sedang berlangsung.
Antara hidangan yang membuka selera.
Persembahan karaoke yang pertama.
Penyampaian hadiah kepada mereka yang bertuah.
Penyampaian cenderahati kepada wakil bekas pengetua.
Inilah dia antara guru-guru yang hadir.
Sesi fotografi bersama guru-guru oleh kaum Hawa :)
Sesi fotografi bersama guru-guru oleh kaum Adam :D
Persembahan karaoke sekali lagi.
Ini dia salah seorang mangsa permainan kotak beracun.
Penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah pusingan terakhir.
Persembahan deklamasi sajak oleh salah seorang guru.
Calon-calon bagi pakaian terbaik kategori lelaki.
Calon-calon bagi pakaian terbaik kategori wanita.
Pemenang pakaian terbaik~
Sesi sebelum majlis berakhir.
 
Sekian dan wassallam~

Saturday, 22 December 2012

DJ - Perkahwinan : Taman Pertama, Ulu Kelang, Kuala Lumpur

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ROSE ALLIA BIN SHUEB ♥ SYED FIRDAUS BIN SYED ISMAIL (ENCIK SHUEB BIN HANAFI & PUAN SALBIAH ROSNIDA BINTO MOHD YUSOF)
  • LOKASI : TAMAN PERMATA, ULU KELANG, KUALA LUMPUR
  • TARIKH : 22hb DISEMBER 2012 (8 SAFAR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Ini satu lagi majlis yang baru selesai siang tadi di Taman Permata Ulu Kelang. Seperti majlis perkahwinan yang biasa, saya merancang perjalanan saya untuk tiba di lokasi pada waktu yang dijanjikan. Saya mengambil keputusan untuk keluar sedikit awal kerana sesampainya saya di lokasi, majlis telah bermula. Meskipun majlis telah bermula, kehadiran tetamu masih belum ramai. Saya mengambil kesempatan untuk mendapatkan beberapa maklumat penting. Kemudiannya, saya terus memulakan tugasan dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu selepas membuka tirai tugasan serta memperkenalkan diri. Ketika itu juga, tetamu yang tiba semakin ramai dan menikmati hidangan yang disediakan yang mana terdiri daripada:
  • Nasi beriyani
  • Dalca
  • Ayam masak merah
  • Acar buah
  • Daging masak kurma
  • Papedom
  • Limau
  • Air sirap & coffee corner

Saya diberitahu bahawa mempelai akan tiba selepas masuknya waktu solat fardhu Zohor. Namun begitu, perancangan diubah untuk memudahkan perjalanan keluarga pengantin lelaki yang telah berada di lokasi majlis sejak awal pagi. Ini kerana, majlis akad nikah baru sahaja selesai sebenarnya pada sebelah pagi. Oleh itu, pasangan mempelai keluar dan diarak pada jam 12 tengah hari dan terus menuju ke meja santapan utama bagi upacara makan beradab. Selesai sahaja upacara tersebut, upacara memotong kek pula menyusul dan saya kemudian kembali ke tempat tugasan dengan menjemput tetamu untuk ber-jamming karaoke suka-suka. Tugasan saya kemudiannya tamat sekitar jam 4:30 petang.


Hidangan-hidangan yang disediakan.
Keluarga sebelah pengantin lelaki.
Pose istimewa ketika upacara makan beradab.
Inilah kek yang disediakan.
Posing dulu sebelum upacara memotong kek bermula.
Upacara memotong kek dan kek itu kelihatan sungguh sedap!
Sesi suap-menyuap antara suami dan isteri.
Otai yang berjiwa muda :)
Otai yang menutup tirai persembahan.

Sekian dan wassallam~

Tuesday, 18 December 2012

DJ - Majlis Kesyukuran : Jln Tanjung, Batu 10 Kebun Baru, Sijangkang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : MAJLIS KESYUKURAN
  • MERAIKAN : ADIK MOHD IQBAL BIN ROSMADI (ENCIK ROSMADI BIN MOHD AZIZ & PUAN SAADIAH BINTI KASIM)
  • LOKASI : JALAN TANJUNG, BATU 10 KEBUN BARU
  • TARIKH : 16hb DISEMBER 2012
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Ahad yang lalu, saya telah mengendalikan sebuah majlis kesyukuran sempena meraikan anak kepada Tuan rumah yang selamat berkhatan. Oleh itu, tugasan saya sedikit mudah kerana tiada perarakan pengantin seperti biasa tetap saya cuma perlu mengalu-alukan kedatangan tetamu, menjemput tetamu untuk menikmati hidangan serta untuk bersama-sama dalam sesi jamming karaoke suka-suka. Tugasan saya sebenarnya telah bermula pada malam sebelumnya dan ianya masih sama iaitu mengalu-alukan tetamu dan menjemput tetamu untuk menikmati hidangan. Pada malan sebelumnya juga, sesi jamming karaoke suka-suka sudah bermula tetapi pada sebelah siangnya adalah lebih meriah. Penuh bersemangat sanak-saudara yang ingin memasukkan nama dan lagu mereka untuk ber-karaoke. Walau apa pun, saya sememangnya terhibur meskipun tidak menang tangan melayan permintaan mereka.

Suasana majlis pada hari Ahad.
Hidangan-hidangan yang membuka selera!
Antara lauk-pauk yang disediakan.
Sanak-saudara sedang memilih lagu.
Walaupun malu, tapi tetap mahu :D
Otai kita yang juga menerima bunga.
Salah seorang anak muda.
Amboi otai ni... sampai berkepak gitu :D
Pasangan duet yang malu-malu untuk tampil solo.

Sekian dan wassallam~

Monday, 17 December 2012

DJ - Perkahwinan : Jln Raja Jumaat, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : SITI ZULAIKA BINTI MD RASID ♥ PASANGAN (ENCIK MD RASID BIN A. RAHMAN & PUAN FATIMAH BINTI ABD RAHIM)
  • LOKASI : JALAN RAJA JUMAAT, KLANG
  • TARIKH : 15hb DISEMBER 2012 (2 SAFAR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini sekali lagi saya mengendalikan sebuah majlis perkahwinan. Cuma bezanya, majlis hari ini sedikit ringkas dan saya tiba juga agak awal memandangkan majlis hanya bermula sekitar jam 12 tengah hari. Majlis hari ini tidak menggunakan khidmat katering dan hampir semuanya dilakukan oleh Tuan rumah sendiri dengan dibantu oleh sanak-saudara. Saya telah diberitahu bahawa tiada persandingan yang akan dilakukan dan pasangan mempelai juga tidak akan diarak seperti biasa. Oleh itu, pasangan mempelai keluar bersama sekitar jam 12:30 tengah hari untuk beramah-mesra dengan tetamu. Kemudiannya, mempelai terus ke meja makan beradab yang telah disediakan. Sesi jamming karaoke suka-suka turut disediakan dan didominasi oleh sanak-saudara terdekat mempelai serta seorang otai yang sporting.

Antara hidangan pada hari ini.
Tetamu yang membanjiri ruang majlis.
Suasana di sekitar tempat tugasan saya,
Otai yang sporting untuk ber-karaoke.
Saudara terdekat mempelai meneruskan upacara ber-karaoke.
Wah, khusyuk nampaknya menyanyi!
Penampilan berduet.

Sekian dan wassallam~

Tuesday, 11 December 2012

DJ - Perkahwinan : Puchong Indah

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NUR IZWAN BIN RADWAN ♥ FARDAH BINTI KARON (ENCIK RADWAN BIN AHMAD & PUAN NORIZAN BINTI KHALIT)
  • LOKASI : PUCHONG INDAH, SELANGOR
  • TARIKH : 9hb DISEMBER 2012 (25 MUHARRAM 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Okey, saya ingin bercerita tentang majlis yang saya kendalikan pada Ahad yang lepas. Seperti biasa, saya sentiasa teruja untuk mengendalikan sebarang majlis perkahwinan, lebih-lebih lagi jika adanya sesi jamming karaoke suka-suka. Majlis perkahwinan pada hari Ahad itu merupakan majlis persandingan anak buah kepada salah seorang ahli team saya pada hari tersebut. Ini maknanya, bukan orang lainlah kan... saudara-mara team saya sendiri pada hari itu. Tidak kira siapa pun orangnya, tugasan saya perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan, saya bertolak awal dan tanpa dijangka, van kepada team saya mengalami kerosakan pada hari tersebut. Mujurlah ada bantuan yang tiba dan saya tiba terlebih dahulu di lokasi majlis dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan aturcara majlis daripada mempelai sendiri.

Saya terus menantikan ketibaan pasangan mempelai dan gelanggang karaoke suka-suka juga telah dibuka. Pada awalnya, sesi karaoke berjalan sedikit perlahan tetapi lama-kelamaan menjadi semakin gamat. Semua yang tampil menyanyi terdiri daripada kalangan saudara-mara dan masing-masing cukup ceria dan gembira dalam menghiburkan tetamu. Makanan yang dihidangkan juga cukup menyelerakan dan banyak juga hidangan yang disediakan adalah sumbangan daripada jiran tetangga. Jom layan sekejap gambar-gambar di bawah:
Antara sebahagian hantaran.
Antara hidangan-hidangan utama yang memang mantap!
Hidangan tapai pulut yang memang sedap... sumbangan Puan Azwa
Laksa yang terbaik... sumbangan Puan Norehan dari Terengganu

Hidangan-hidangan yang disediakan pada hari tersebut adalah:
  • Nasi minyak Wak Mael & Nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Dalca sayur Mat Tojen
  • Daging dendeng
  • Acar timun
  • Sambal belacan & ulam-ulaman
  • Laksa sumbangan Puan Norehan dari Terengganu
  • Air laici & air mineral
  • Tembikai & limau
  • Bubur kacang, kerepek & tapai pulut sumbang Puan Azwa

Pasangan mempelai tiba sekitar jam 2 petang dengan disambut oleh dendangan lagu dari Rumah Anak Yatim Baitul-Hidayah, Batu 13, Puchong. Anak-anak yatim ini dijangkakan tiba lebih awal namun disebabkan kelewatan itu, maka anak-anak yatim ini terus mengiringi mempelai yang tiba dan majlis diteruskan dengan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, saya meneruskan majlis dengan upacara menepung-tawar. Tetapi, upaca menepung-tawar ini hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja yang mana hanya terdiri daripada ahli keluarga sebelah pengantin perempuan yang datang jauh dari Sabah. Jom layan gambar-gambar di bawah dulu:
Antara hadirin yang tiba yang memeriahkan suasana.
Bacaan doa sedang dilakukan.
Mempelai sedang disandingkan.
Restu daripada ahli keluarga.
Upacara menepung-tawar oleh ahli keluarga terdekat sebelah pengantin perempuan.
Sabar menanti giliran untuk menepung-tawar.
Persembahan oleh anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul-Hidayah, Batu 13, Puchong.
Memang berbakat adik-adik ini :)
Sungguh comel!

Selesai sahaja upacara menepung-tawar, saya mempersilakan mempelai untuk sesi makan beradab dan sesi jamming karaoke suka-suka juga diteruskan. Pada ketika itu, suasana menjadi semakin meriah! Jom layan gambar-gambar di bawah sebagai bukti:

Upacara makan beradab.
Adik ini memang berani! :)
Pasangan duet yang takut menyanyi secara solo. Layan!
Mak dara dengan lagu dangdutnya.
Mak dara berduet dengan sepupunya.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Saya terus menanti upacara ini selesai kerana ada kejutan yang ingin dilakukan. Apabila selesai sahaja upacara memotong kek dan ketika Mak dara sedang berkaraoke, saya terus memainkan lagu Selamat Hari Lahir dan kek pasangan mempelai terus dibawa kepada beliau. Beliau kelihatan terharu ketika itu dan sememangnya ibu saudara-ibu saudara beliau sungguh sporting dan terus menyanyi. Saya terus terhibur dengan gelagat Tuan rumah yang sangat ceria. Kemudian, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba apabila pasangan mempelai menyerahkan diri dengan tampil di tempat tugasan saya. Pada ketika itulah saya mengambil kesempatan mendera mempelai untuk berkaraoke. Tidak dinafikan, pengantin perempuan sedikit malu namun tetap sporting bersama suaminya. Saya mendera pengantin lelaki dengan menyuruhnya melafazkan kalimah cinta paling romantik di hadapan sanak-saudara dan kaum keluarga. Sememangnya gelagat sanak-saudara yang setia menanti di bawah khemah membuatkan pengantin lelaki berdebar! Meskipun malu-malu, pengantin lelaki tetap cool dan sporting dan saya pun menyerahkan cenderahati kepada pasangan mempelai. Saya pulang pada masa yang dijanjikan. Namun memandangkan ianya merupakan majlis saudara kepada salah seorang ahli team saya, maka beliau mengambil keputusan untuk bersurai sedikit lewat bagi memberi peluang Tuan rumah ber-karaoke. Suasana cukup ceria ketika saya meningglkan lokasi majlis dan saya sangat terhibur dengan telatah serta gelagat sanak-saudara dan ahli keluarga Tuan rumah hari ini. Terima kasih saya ucapkan! :)

Kek yang disediakan untuk mempelai.
Upacara memotong kek.
Senyum si isteri menyuapkan suaminya.
Giliran suami pula menyuapkan isterinya.
Mak dara menyanyi dengan diiringi tarian ibu saudara-ibu saudaranya!
Kejutan hari lahir buat Mak dara :)
Mak dara berduet bersama salah seorang sepupunya.
Wah, dapat ciuman gitu!
Wakil dari Sabah yang turut ber-karaoke!
Si bujang yang mencari calon isteri katanya.
Pasagan mempelai yang didera oleh saya :P
Wah, mempelai juga mendapat bunga!
Penyampaian cenderahati kepada pasangan mempelai.
Bergambar bersama mempelai... pengantin lelaki entah hilang ke mana~


Sekian dan wassallam~