Bacaan Al-Fatihah.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
،اَلْحَمْدُللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
،وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِيْنَ
.وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampunkanlah dosa-dosa kami. Berikanlah Taufik dan Hidayah
kepada jiwa-jiwa kami dan orang yang kami sayangi.
Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi.
Janganlah Kamu memalingkan hati kami setelah Engkau memberi
petunjuk kepada kami dan berikanlah kami rahmat-Mu Yang Besar.
Ya Allah, sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana
mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu. Wahai Tuhan kami, kayakanlah kami
dengan ilmu, hiasilah kami dengan ketenangan jiwa, muliakanlah kami dengan
takwa dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.
Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah
baraqah dan rahmat kepada mempelai ini, (NAMA MEMPELAI LELAKI) dan (NAMA MEMPELAI WANITA).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama
mereka dengan berkat ikatan ini.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kuniakan rahmat kepada pasangan mempelai ini agar ikatan
suami isteri mereka kekal abadi, aman damai berkekalan di alam rumahtangga,
sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia serta mendapat syafaat
daripada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, satukanlah hati mempelai ini seperti engkau
satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati pasangan mempelai ini
dan mengumpulkan mempelai ini, (NAMA MEMPELAI LELAKI) dan (NAMA MEMPELAI WANITA)
di dalam kebaikan.
،رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً
،وَفىِ الْأَخِرَةِ حَسَنَةً
،وَقِنَا عَذَابَ النَّار
،سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
،وَسَّلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ
.وَالْحَمْدُللهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment