---------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : MC
- MAJLIS : AKAD NIKAH
- PASANGAN : NOR MULHAYATI BINTI DATO' ISMAIL ♥ FIRDAUS AZIM BIN DATO' MUSTAPHA KAMAL (DATO' ISMAIL BIN JUSOL & DATIN AYSHAH BINTI T AWANG & DATO' MUSTAPHA KAMAL BIN OMAR & DATIN ZAINU BINTI HAMID)
- LOKASI : KAPAL KELAH, CRUISE TASIK PUTRAJAYA
- TARIKH : 7hb JULAI 2012
---------------------------------------------------------------------------------
Assalamaualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Uh, terasa sungguh bz kebelakangan ini. Baiklah, untuk tidak melengahkan masa, ini saya nak kongsikan serba sedikit tentang majlis yang saya kendalikan pada sebelah siangnya Sabtu yang lalu. Sebenarnya ia adalah satu pengalaman yang baru untuk saya kerana buat pertama kalinya saya mengendalikan sebuah majlis akad nikah. Yang istimewanya, majlis pada hari Sabtu yang lalu diadakan di atas kapal di Cruise Tasik Putrajaya. Sememangnya ia adalah satu pengalaman baru dan membuatkan saya sangat teruja untuk mengendalikannya.
|
Kapal yang digunakan hari ini. |
|
Gambaran kapal dengan lebih dekat :) |
|
Laluan yang akan dilalui untuk majlis akad nikah. |
Tugasan saya sebenarnya tidaklah terlalu mencabar. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah mengawal keadaan ketika majlis akad nikah berlangsung yang mana hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat sahaja. Namun begitu, ramai juga kanak-kanak yang ada dan mujurlah ibu bapa masing-masing memainkan peranan yang penting dalam memastikan keadaan di atas kapal terkawal. Kapal cruise tersebut berjalan mengelilingi tasik Putrajaya dan mujur jugalah saya tidak mabuk! Hahahahaha~
Sebelum kapal tersebut berjalan, semua persiapan dilakukan dengan sebaik-baiknya. Pada ketika itu, saya hanya menggunakan segala kelengkapan yang telah disediakan oleh pihak Cruise Tasik Putrajaya. Apabila kapal tersebut mulai berjalan, saya meminta tetamu khususnya kanak-kanak untuk bertenang kerana sesungguhnya saya juga teruja apabila kapal tersebut memulakan perjalanan.
Sampai sahaja di destinasi yang telah dirancangkan, kapal tersebut berhenti dan upacara akad nikah pun bermula. Tugasan saya terhenti buat seketika bagi memberi laluan kepada Imam selaku jurunikah untuk mengendalikan majlis. Suasana akad nikah berjalan dengan lancar dan akhirnya 2 hati berjaya disatukan dengan ikatan suami isteri. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan saya menyambung tugasan dengan menjemput kaum keluarga serta sanak saudara untuk bersama pengantin bagi menyempurnakan sesi fotografi. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan pasangan pengantin baru bergambar di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya. Saya juga tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan di atas kapal tersebut dan majlis berakhir sekitar jam 12 tengah hari.
|
Pengantin perempuan sudah sedia :) |
|
Pengantin lelaki yang control debaran. Hehehehe~ |
|
Antara hantaran~ |
|
Saya yang sedang bertugas. |
|
Kapten kapal :D |
|
Suasana ketika upacara akad nikah. |
|
Itu dia pengantin perempuan sebelum bermulanya akad nikah. |
|
Penyerahan wali. |
|
Dup dap dup dap! |
|
Alhamdulillah... sah semuanya! |
|
Lega hati pengantin perempuan :P |
|
Pengantin perempuan menurunkan tandatangan. |
|
Sesi penyerahan. |
|
Pohon restu daripada keluarga. |
|
Bersalaman dengan ahli keluarga, |
|
Sesi menyarungkan cincin. |
|
Itu dia...~ |
|
Sarung cincin lagi. |
|
Kucupan daripada seorang suami. |
|
Bergambar bersama keluarga. |
|
Bergambar bersama sanak-saudara. |
|
Ini dia maklumat pengantin hari ini. |
|
Posing di atas kapal. |
|
Posing manja mempelai kita :) |
|
Saya juga sempat bergambar bersama kapten kapal! :D |
Sekian dan wassallam~