Tuesday, 11 December 2012

DJ - Perkahwinan : Puchong Indah

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NUR IZWAN BIN RADWAN ♥ FARDAH BINTI KARON (ENCIK RADWAN BIN AHMAD & PUAN NORIZAN BINTI KHALIT)
  • LOKASI : PUCHONG INDAH, SELANGOR
  • TARIKH : 9hb DISEMBER 2012 (25 MUHARRAM 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Okey, saya ingin bercerita tentang majlis yang saya kendalikan pada Ahad yang lepas. Seperti biasa, saya sentiasa teruja untuk mengendalikan sebarang majlis perkahwinan, lebih-lebih lagi jika adanya sesi jamming karaoke suka-suka. Majlis perkahwinan pada hari Ahad itu merupakan majlis persandingan anak buah kepada salah seorang ahli team saya pada hari tersebut. Ini maknanya, bukan orang lainlah kan... saudara-mara team saya sendiri pada hari itu. Tidak kira siapa pun orangnya, tugasan saya perlu dilakukan dengan sebaik-baiknya. Bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan, saya bertolak awal dan tanpa dijangka, van kepada team saya mengalami kerosakan pada hari tersebut. Mujurlah ada bantuan yang tiba dan saya tiba terlebih dahulu di lokasi majlis dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan aturcara majlis daripada mempelai sendiri.

Saya terus menantikan ketibaan pasangan mempelai dan gelanggang karaoke suka-suka juga telah dibuka. Pada awalnya, sesi karaoke berjalan sedikit perlahan tetapi lama-kelamaan menjadi semakin gamat. Semua yang tampil menyanyi terdiri daripada kalangan saudara-mara dan masing-masing cukup ceria dan gembira dalam menghiburkan tetamu. Makanan yang dihidangkan juga cukup menyelerakan dan banyak juga hidangan yang disediakan adalah sumbangan daripada jiran tetangga. Jom layan sekejap gambar-gambar di bawah:
Antara sebahagian hantaran.
Antara hidangan-hidangan utama yang memang mantap!
Hidangan tapai pulut yang memang sedap... sumbangan Puan Azwa
Laksa yang terbaik... sumbangan Puan Norehan dari Terengganu

Hidangan-hidangan yang disediakan pada hari tersebut adalah:
  • Nasi minyak Wak Mael & Nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Dalca sayur Mat Tojen
  • Daging dendeng
  • Acar timun
  • Sambal belacan & ulam-ulaman
  • Laksa sumbangan Puan Norehan dari Terengganu
  • Air laici & air mineral
  • Tembikai & limau
  • Bubur kacang, kerepek & tapai pulut sumbang Puan Azwa

Pasangan mempelai tiba sekitar jam 2 petang dengan disambut oleh dendangan lagu dari Rumah Anak Yatim Baitul-Hidayah, Batu 13, Puchong. Anak-anak yatim ini dijangkakan tiba lebih awal namun disebabkan kelewatan itu, maka anak-anak yatim ini terus mengiringi mempelai yang tiba dan majlis diteruskan dengan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa, saya meneruskan majlis dengan upacara menepung-tawar. Tetapi, upaca menepung-tawar ini hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja yang mana hanya terdiri daripada ahli keluarga sebelah pengantin perempuan yang datang jauh dari Sabah. Jom layan gambar-gambar di bawah dulu:
Antara hadirin yang tiba yang memeriahkan suasana.
Bacaan doa sedang dilakukan.
Mempelai sedang disandingkan.
Restu daripada ahli keluarga.
Upacara menepung-tawar oleh ahli keluarga terdekat sebelah pengantin perempuan.
Sabar menanti giliran untuk menepung-tawar.
Persembahan oleh anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul-Hidayah, Batu 13, Puchong.
Memang berbakat adik-adik ini :)
Sungguh comel!

Selesai sahaja upacara menepung-tawar, saya mempersilakan mempelai untuk sesi makan beradab dan sesi jamming karaoke suka-suka juga diteruskan. Pada ketika itu, suasana menjadi semakin meriah! Jom layan gambar-gambar di bawah sebagai bukti:

Upacara makan beradab.
Adik ini memang berani! :)
Pasangan duet yang takut menyanyi secara solo. Layan!
Mak dara dengan lagu dangdutnya.
Mak dara berduet dengan sepupunya.

Majlis kemudian diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Saya terus menanti upacara ini selesai kerana ada kejutan yang ingin dilakukan. Apabila selesai sahaja upacara memotong kek dan ketika Mak dara sedang berkaraoke, saya terus memainkan lagu Selamat Hari Lahir dan kek pasangan mempelai terus dibawa kepada beliau. Beliau kelihatan terharu ketika itu dan sememangnya ibu saudara-ibu saudara beliau sungguh sporting dan terus menyanyi. Saya terus terhibur dengan gelagat Tuan rumah yang sangat ceria. Kemudian, masa yang ditunggu-tunggu pun tiba apabila pasangan mempelai menyerahkan diri dengan tampil di tempat tugasan saya. Pada ketika itulah saya mengambil kesempatan mendera mempelai untuk berkaraoke. Tidak dinafikan, pengantin perempuan sedikit malu namun tetap sporting bersama suaminya. Saya mendera pengantin lelaki dengan menyuruhnya melafazkan kalimah cinta paling romantik di hadapan sanak-saudara dan kaum keluarga. Sememangnya gelagat sanak-saudara yang setia menanti di bawah khemah membuatkan pengantin lelaki berdebar! Meskipun malu-malu, pengantin lelaki tetap cool dan sporting dan saya pun menyerahkan cenderahati kepada pasangan mempelai. Saya pulang pada masa yang dijanjikan. Namun memandangkan ianya merupakan majlis saudara kepada salah seorang ahli team saya, maka beliau mengambil keputusan untuk bersurai sedikit lewat bagi memberi peluang Tuan rumah ber-karaoke. Suasana cukup ceria ketika saya meningglkan lokasi majlis dan saya sangat terhibur dengan telatah serta gelagat sanak-saudara dan ahli keluarga Tuan rumah hari ini. Terima kasih saya ucapkan! :)

Kek yang disediakan untuk mempelai.
Upacara memotong kek.
Senyum si isteri menyuapkan suaminya.
Giliran suami pula menyuapkan isterinya.
Mak dara menyanyi dengan diiringi tarian ibu saudara-ibu saudaranya!
Kejutan hari lahir buat Mak dara :)
Mak dara berduet bersama salah seorang sepupunya.
Wah, dapat ciuman gitu!
Wakil dari Sabah yang turut ber-karaoke!
Si bujang yang mencari calon isteri katanya.
Pasagan mempelai yang didera oleh saya :P
Wah, mempelai juga mendapat bunga!
Penyampaian cenderahati kepada pasangan mempelai.
Bergambar bersama mempelai... pengantin lelaki entah hilang ke mana~


Sekian dan wassallam~

Monday, 10 December 2012

DJ - Majlis Malam Berinai : Kg. Johan Setia, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : MALAM BERINAI
  • PASANGAN : NURUL EMILIA BINTI AMRAN ♥ MD NAZERI BIN ABD RAHMAT (PUAN ISLAMIAH BINTI ABU BAKAR SEKELUARGA & ENCIK MUHD ZAIDON BIN SALMAN & PUAN NORHANIZAH BINTI ABD RAHMAN)
  • LOKASI : KAMPUNG JOHAN SETIA, KLANG
  • TARIKH : 8hb DISEMBER 2012 (24 MUHARRAM 1434H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini saya hanya ingin berkongsi satu tugasan yang mudah. Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengendalikan satu majlis malam berinai di Kampung Johan Setia, Klang. Meskipun ianya adalah majlis malam berinai, tetapi majlis telah berawal seawal jam 2 petang. Saya hanya tiba sekitar jam 3 petang dan majlis bermula sepenuhnya selepas waktu Asar. Maka, sesi jamming karaoke suka-suka pun bermula dan pihak Tuan rumah tidak melepaskan peluang untuk melepaskan gian masing-masing. Saya berhenti sekitar jam 6:45 malam dan kembali memulakan tugasan pada jam 8 malam.

Namun begitu, hujan yang turun dengan lebatnya telah membuatkan tugasan saya tertangguh hingga ke jam 9:30 malam. Apabila hujan reda, mempelai pun tiba dan diarak dengan paluan kompang. Kumpulan kompang sungguh bersemangat dan terus mengiringi pengantin bagi sesi menepung-tawar. Setelah semuanya selesai, sesi fotografi pun bermula sambil diiringi oleh sesi jamming karaoka suka-suka sehingga jam 12 tengah malam. Majlis sememangnya ringkas dan saya bergegas pulang dengan segera kerana keesokan harinya saya perlu bertugas di Puchong Indah. Terima kasih Tuan rumah!

Penuh perasaan nampaknya!
Pasangan duet pada sebelah siangnya.
Suasana pada sebelah malam.
Antara hidangan yang cukup melazatkan!
Sanak-saudara yang hadir tidak melepaskan peluang menyaksikan persandingan.
Kumpulan kompang yang penuh bersemangat!
Pengantin lelaki menepung-tawar si isteri.
Si isteri mencium tangan suami.
Sanak-saudara mengambil kesempatan menepung-tawar mempelai.
Mempelai sedang disandingkan.
Close-up mempelai ketika disandingkan.
Bergambar bersama sanak-saudara.
Sesi jamming karaoke suka-suka yang memang meriah!
Tuan rumah juga tidak melepaskan peluang.

Sekian dan wassallam~

Tuesday, 4 December 2012

DJ - Perkahwinan : Dewan Serbaguna MBSA, Seksyen 7, Shah Alam

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NOOR HAFIZAH BINTI SOHARI ♥ MUJAHID BIN SHALIHON (ENCIK SOHARI BIN MOHD KASIM & PUAN ROHANI BINTI SURAJI) 
  • LOKASI : DEWAN SERBAGUMA MBSA, SEKSYEN 7, SHAH ALAM
  • TARIKH : 2hb DISEMBER 2012 (18 MUHARRAM 1434H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini saya mengendalikan sebuah majlis perkahwinan di Shah Alam. Sememangnya, ianya adalah sebuah majlis perkahwinan biasa dan aktiviti jamming karaoke suka-suka juga turut dibuka namun sambutan tidaklah hebat. Mungkin kerana tidak ada yang memulakan, maka tidak ada yang berani untuk membuka gelanggang karaoke suka-suka. Namun begitu, ianya tidak mematahkan semangat dan tugasan berjalan seperti biasa.

Pasangan mempelai tiba sekitar jam 1:30 petang dengan diarak oleh paluan kompang dari Bukit Kapar, Meru. Mempelai terus disandingkan dan diikuti oleh upacara menepung-tawar. Kemudian, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab. Mempelai kemudiannya beramah-mesra bersama dengan tetamu dan sempat singgah di tempat tugasan saya. Kesempatan itu saya gunakan untuk mengusik mempelai dan seterusnya menyampaikan cenderahati buat mempelai tersebut. Terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan rumah dan juga team pada hari ini. Insya Allah kita akan bekerjasama lagi!

Suasana dewan sebelum ketibaan mempelai.
Mempelai bersedia untuk berarak.
Mempelai sedang berarak.
Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai.
Juadah yang disediakan.
Mempelai sedang disandingkan.
Persembahan silat oleh ahli kumpulan kompang.
Upacara menepung-tawar bermula.
Ayahanda sedang menepung-tawar.
Memohon restu ketika upacara menepung-tawar.
Bacaan doa sedang berlangsung.
Ketika doa sedang dibacakan.
Pasangan mempelai sedang menjamu selera.
Menyampaikan cenderahati kepada mempelai.
Bergambar bersama dengan pasangan mempelai.

Sekian dan wassallam~

Monday, 3 December 2012

Jualan Akhir Tahun : UMW Advantech Sdn. Bhd.

---------------------------------------------------------------------------------
  • PERKHIDMATAN : PA SISTEM
  • PROGRAM : JUALAN AKHIR TAHUN
  • ANJURAN : UMW ADVANTECH SDN. BHD.
  • LOKASI : UMW ADVANTECH SDN. BHD., SEKSYEN 15, SHAH ALAM
  • TARIKH : 30hb NOVEMBER 2012 - 2hb DISEMBER 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Ini ada satu cerita job yang ringkas untuk saya kongsikan. Saya katakan ringkas bukan kerana aturcara majlis tetapi perkhidmatan yang saya tawarkan hanyalah perkhidmatan PA sistem. Pada 30hb November sehingga 2hb Disember yang lalu, saya dapat job untuk memasang PA sistem di UMW Advantech Sdn. Bhd. Shah Alam. Ianya adalah bersempena dengan Jualan Akhir Tahun. Saya telah diberitahu bahawa tiada khidmat DJ/MC diperlukan termasuk dengan technician. Ini kerana, hajat penganjur hanya untuk memasangkan lagu dan selesai sahaja aktiviti pada setiap hari, semua barang akan dikemaskan. Tambahan pula dengan lokasi yang sangat strategik, team saya tidak perlu untuk mengangkut dan memasang barang setiap hari. Cuma pada hari pertama sahaja sedikit mencabar kerana kedudukan peralatan hendak disusun dengan sebaiknya. Jom tengok antara gambar-gambar pada hari pertama:

Lokasi majlis... jangan terkeliru kerana memang banyak UMW.
UMW Advantach Sdn. Bhd. - Speciality Equipment.
Kepada yang lalu-lalang, pasti akan nampak.
Informasi yang boleh didapati melalui bunting ini.
Sebelum program bermula.
Kawasan yang digunakan.

Saya juga turut serta pada hari yang pertama dan kedua. Namun begitu, atas sebab kesibukan yang melanda diri, saya tidak dapat hadir pada hari yang ketiga. Ini kerana, saya perlu bertugas di sebuah majlis perkahwinan pada keesokan harinya. Oleh yang demikian, saya telah meluangkan masa untuk hadir pada hari yang kedua ketika program hampir selesai. Peluang tersebut telah saya gunakan dengan sebaiknya untuk beramah-mesra dengan tenaga kerja yang menjalan program tersebut serta menyampaikan cenderahati. Saya mengharapkan agar semua bergembira dengan perkhidmatan PA sistem yang saya berikan. Terima kasih juga untuk Saudara Shahreel atas kepercayaan yang diberikan.

Antara produk-produk yang dijual.
Pelanggan yang tiba memilih produk.
Selesai memilih, pelanggan membuat bayaran pula.
Antara tenaga kerja yang menjayakan program.
Sesi menyampaikan cenderahati :)

Sekian dan wassallam~