Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Yeah... saya merupakan seorang pencinta sajak! Saya sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai mana-mana sayembara deklamasi sajak. Namun begitu, disebabkan oleh mutu suara saya sendiri, saya hanya akan menyertai sayembara deklamasi sajak bertemakan kemerdekaan. Semamangnya saya tidak mampu mendeklamasikan sajak yang mendayu-dayu dan kelebihan saya adalah pada sajak kemerdekaan yang memerlukan pendeklamatornya melontarkan sepenuh suara.
Saya menyertai sayembara pada hari ini sekadar untuk mencuba nasib. Ini kerana, seandainya saya terpilih, saya akan dibawa ke peringkat yang seterusnya pula. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi saya pada hari ini kerana tidak dapat mara ke peringkat seterusnya. Tetapi ianya tidak mematahkan semangat saya untuk terus bersajak. Saya juga sebenarnya mencari-cari peluang untuk membuat persembahan mendeklamasikan sajak kerana bersajak adalah kegemaran saya. Selain daripada itu pula, sajak bertajuk Wasiat Rimba Merdeka yang saya sampaikan itu merupakan sajak kegemaran saya juga. Mungkin juga beberapa kesilapan dalam deklamasi saya itu menyumbang kepada kekalahan saya. Jadi, saya perlu lebih berlatih seandainya ingin menyertai sayembara selepas ini. Al-maklumlah, saya sebenarnya sudah lama tidak mendeklamasikan sajak.
Berbalik kepada sajak pilihan itu, sebenarnya sajak tersebut pernah membawa tuah kepada saya suatu ketika dulu. Meskipun sajaknya panjang, tetapi saya tetap yakin untuk mendeklamasikannya. Jadi untuk pembaca sekalian, semaikanlah minat anda dalam bersajak dan jangan sesekali malu dan segan untuk menyertai mana-mana sayembara deklamasi sajak. Sama-samalah kita mencintai seni dan budaya kita sendiri agar ianya tidak hilang ditelan zaman. Di bawah ini saya sertakan secara penuh sajak yang telah saya deklamasikan. Selamat menghayati dan jumpa lagi! :)
Wasiat Rimba Merdeka
Hassan Jaidin
[Maka Raja Iskandar bertanya, “Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?”]
mari kita elus makna akar dari sebatang pohon sebijaknya; dengan akar yang menujah bumi terfikir kita keakraban paling mutlak tanpa akar bumi takkan kejap tanpa bumi akar takkan hidup itulah akar asal bangsa menunjang batang ketamadunan gemilang meski dibadai petaka lapan penjuru angin meski digegar bencana tujuh jurus benua meski disimbah sengsara tujuh jurus samudera takkan goyah batang ini, takkan goyah!
ini akar asal bangsa mengaut gizi agung dari bumi gizi membentuk budaya murni gizi membentuk adat harmorni gizi membentuk iman hakiki pantaslah batang ketamadunan gemilang gagah membenteng diri
pohon apakah ini sebenarnya? mari kita gapai makna pucuk dari sebatang pohon sebijaknya; dengan pucuk yang melakar langit terfikir kita keinginan paling waja tanpa pucuk pohon mati segera tanpa pohon pucuk tiada bertunas itulah pucuk aspirasi bangsa menyegar batang ketamadunan gemilang meski diamuk dermaga tujuh petala langit meski digait durjana berjuta parasit rimba meski dipulas seksa nasar tujuh turunan takkan lemah batang ini, takkan lemah!
ini pucuk aspirasi bangsa mengaut gizi agung dari jagat terbuka gizi membentuk citra unggulan gizi membentuk naungan ikhlas gizi membentuk keindahan peribadi sewajarnya batang ketamadunan gemilang mencuat mercu wijaya
pohon apakah ini sebenarnya? mari kita analisa pohon ini sebagai kita negara bangsa sepadu; pohon ini segak namanya ke seluruh rimba buana pohon ini rimbun keprihatinannya menaungi sengsara mergasatua pohon ini kukuh pendiriannya meski kerdil diukur mata ini bukan pohon Melaka, bukan ini pohon Malaysia! menjadi daunnya sahaja teramat agung untungnya bagaimana pula jika kita adalah buahnya?
[Maka Raja Iskandar berseru, “ini kayu jangan tebangkan, ini rimba jangan hapuskan, semangat rimba harus ada pada anak cucu kita!”]
Sekitar Sayembara Pada Hari Ini
Inilah dia Rumah Gapena.
Keadaan Rumah Gapena dari luar.
Di celah-celah pohon itulah saya berlatih sambil menunggu giliran :)
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Hari ini, sekali lagi saya bertugas sebagai DJ bagi sebuah majlis persandingan di Gombak. Majlis diadakan di dalam sebuah dewan di Gombak iaitu di Taman Koperasi Polis II. Majlis pada hari ini sedikit simple bagi saya. Hal ini kerana, meskipun saya bertugas sebagai DJ dan mengendalikan PA system bagi sesi karaoke, tetapi majlis turut diserikan dengan persembahan sebuah band. Oleh itu, tugasan saya sedikit terhad. Namun begitu, saya tetap menjalankan tugasan saya sebaik mungkin.
Seperti kebiasaan juga, apabila pasangan mempelai tiba, mempelai diarak sehingga ke jinjang pelamin dan terus disandingkan. Kemudian, upacara merenjis dimulakan diikuti dengan upacara makan beradab dan memotong kek. Tidak ramai yang ber-karaoke pada hari ini kerana majlis lebih banyak diserikan oleh persembahan kumpulan band tersebut yang sememangnya merancakkan lagi suasana. Majlis berakhir dengan lancarnya sekitar jam 4:30 petang.
Gambar-Gambar Sekitar Majlis
Pelamin yang disediakan untuk persandingan pasangan mempelai.
Meja makan beradab yang disediakan bagi upacara makan beradab.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Inilah adalah sekitar latihan bagi job pada 15 dan 16hb ini di Berembang. Dijangkakan akan ada joget lambak, jadi beberapa sebelum latihan, senarai lagu joget atau pun yang boleh menari tu telah pun diedarkan. Dijangkakan juga majlis akan diserikan oleh Saudari Qin yang mana merupakan seorang pelajar muzik UiTM Shah Alam, saya sendiri sebagai vokalis dan Saudari Liza. Jadi, saya pun ternanti-nanti juga majlis pada 15 dan 16hb ni walaupun sedikit terkejar-kejar. Apa pun, saya harap semuanya mantap-mantap belaka. Enjoy! :)
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Function anak boss - Ayien bakal berlangsung dari Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Jadi, nantikan sahaja update terkini daripada saya. Ni sebenarnya majlis di sebelah pihak lelaki dan majlis di sebelah perempuan dah pun berlangsung beberapa minggu yang lalu. Memandangkan ini anak boss yang kahwin, kena datang cepat dan kena rewang juga. ahahaha... Baiklah boss! Uncle cakap semalam, hari Jumaat karaoke dah pasang untuk penanggah-penanggah. Hari Sabtu pula lebih kepada suasana santai dan mana tau malamnya pula nanti ada joget lambak. haaa... Ambil kau! Siang Ahad pula dengarnya band Erin akan ada. jadi, sama-sama nantikan update berserta gambar-gambar pada hari tersebut.
Rabu ni pula, saya ada practice untuk function 15 dan 16hb ni. Terasa juga penatnya tapi dah komitmen, nak tak nak kenalah pergi juga. Apa yang penting, report latihan praktikal kena cepat selesaikan dan deadline 7hb. Okey... sekarang telinga tengah kena sumbat dengan lagu-lagu yang tak pernah dengar. KENA DENGAR JUGA. ahahahaha! :)
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Ini adalah satu perkongsian yang menarik. Menariknya kerana sehari sebelum kejadian, saya telah dihubungi oleh Uncle Selamat. Saya sendiri pun memang nak menghubungi Uncle Selamat sebab sejak bergelar FREELANCER ni, jadual agak padat dan diharapkan akan sentiasa padatlah... Insya' Allah. Jadi, bila masing-masing dah sesama menghubungi, rupanya Uncle Selamat nak mengkhabarkan sesuatu. Bukan sekadar memberitahu tetapi meminta saya memenuhi permintaan salah seorang kawan lamanya yang ketiadaan penyanyi perempuan di saat-saat akhir. Al-kisahnya kawan Uncle Selamat ni bernama Uncle Raja Sulaiman. Uncle Raja mempunyai jamuan hari raya dan dijangkakan ada penyanyi perempuan yang akan menghiasi majlis tersebut. Namun, di saat-saat akhir, beliau ketiadaan penyanyi. Walaupun busy sebab nak memenuhi undangan open house, saya akhirnya bersetuju untuk melapangkan masa demi Uncle Raja.
Tetapi sebenarnya agak nervous sebab boleh dikira ni yang pertama saya memenuhi undangan menyanyi untuk jamuan raya. Maka, kelam-kabut juga mendengar lagu raya dan hanya berkesempatan 30 minit sebelum sound check, saya practice di rumah. Macam tulah singkatnya masa. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar sebab memang dah ada tentatif program. Saya hanya perlu menyanyi bila diarahkan sahaja. Bermakna, masa selingan tu ada DJ yang bertugas dan saya duduk diam je. Selain daripada tu, ada juga anak-anak yatim dari Johan Setia rasanya. Sempat jugalah saya usik-mengusik. Tetapi, dalam kesibukan tu, gambar dengan krew-krew tak sempat pula dan gambar saya sendiri pun tak ada walaupun hati tu nak sangat bergambar. Yang ada, cuma 2 keping gambar anak-anak yatim ni semua. Walaupun apa pun, rasa seronok jugalah bekerjasama dengan team Uncle Raja ni :)