Sunday, 1 January 2012

DJ - Perkahwinan : KBU International College, Bandar Utama

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NURHAZLIN BINTI HAMDAN ♥ NURHELMY BIN ZAID
  • LOKASI : KBU INTERNATIONAL COLLEGE, BANDAR UTAMA
  • TARIKH : 31hb DISEMBER 2011
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini saya mengendalikan sebuah majlis persandingan yang mana bagi diri saya agak eksklusif. Hal ini kerana, pada hari ini, tetamu yang hadir sangat menarik perhatian. Sebenarnya Tuan rumah majlis pada hari ini merupakan seorang pegawai polis. Oleh yang demikian, rata-rata yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai polis. Di samping itu, selain diri saya yang bertugas sebagai DJ yang mana menjaga PA system bagi karaoke, majlis turut diserikan lagi dengan pancaragam polis. Seperti biasa, majlis yang diadakan di dewan agak bermula sedikit lewat iaitu sekitar jam 12 tengah hari. Keadaan dewan sememangnya meriah dengan dipenuhi tetamu dan sanak-saudara. Majlis bertambah eksklusif pada hari ini apabila tibanya tetamu VVIP iaitu Ketua Polis Negara.

Selepas itu, pasangan mempelai pun sampai dan pada ketika itulah saat paling penting tugasan saya. Ini kerana, saya perlu memastikan pasangan mempelai disambut dengan meriahnya dan seterusnya dipersilakan untuk disandingkan. Kemudian, suasana riuh seketika apabila tibanya seorang lagi tetamu istimewa iaitu seorang pelakon popular iaitu Shahiezy Sam bersama ibunya. Pada ketika itu, tetamu kelihatan berebut-rebut untuk tidak melepaskan peluang bertentang mata dengan pelakon popular tersebut.

Pasangan mempelai pula terus diraikan dengan upacara merenjis, makan beradab dan memotong kek berjalan seperti yang direncanakan. Selepas itu, acara karaoke juga turut bermula sambil diselang-selikan dengan persembahan pancaragam polis tersebut. Saya juga berkesempatan 'menangkap' pengantin lelaki untuk menyumbangkan suara meskipun hanya sekadar berduet. Saya juga berkesempatan melepaskan gian dengan menyumbangkan suara bersama kumpulan pancaragam polis tersebut. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan diharapkan semua yang hadir terhibur dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Corat-Coret Pada Hari Ini :)
Ketua Polis Negara sedang menikmati hidangan.
Pasangan mempelai yang tiba dan berhenti seketika di arch.
Pose pasangan mempelai ketika upacara makan beradab.
Kek yang disediakan untuk pasangan mempelai.
Tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar.
Salah seorang tetamu bergambar sakan!
Pasangan mempelai bergambar bersama sanak-saudara.
Close-up pelakon Shahiezy Sam bersama pasangan mempelai.
Pengantin lelaki sedang menyumbangkan suara.
Saya yang bertugas pada hari ini :)

Video-Video Pada Hari Ini. Enjoy! :D
 




Sekian, wassallam~

No comments:

Post a Comment