Sunday, 12 February 2012

DJ - Perkahwinan : Kg. Baru Telok Gong

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MOHD SHAHRIL BIN SAMINGAN ♥ FUJIYANTI BINTI KISO SUDARSO (ENCIK SAMINGAN BIN MAHMUD & PUAN NGAPINAH BINTI SEPIN)
  • LOKASI : LORONG UDANG TAMPANG, KAMPUNG BARU TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 12hb FEBRUARI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Yeahhh... Kembali semula bersama saya. Alhamdulillah, untuk minggu nie, hampir setiap minggu saya penuh dengan kenduri-kenduri perkahwinan. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Majlis pada hari ini berlangsung di Lorong Udang Tampang, Kampung Baru Telok Gong di Pelabuhan Klang. Perjalanan ke sana tidaklah terlalu jauh dan lebih menarik lagi pada hari ini, Tuan rumah sendiri sememangnya menyiapkan sebuah pentas yang sangat cantik untuk sesi karaoke.

Majlis bermula seperti biasa dan pada hari ini. Para penanggah juga sememangnya tidak malu untuk ber-karaoke dan ianya cukup menghiburkan kami. Dalam diam, pihak Tuan rumah turut menyediakan 3 hamper istimewa untuk penyumbang suara yang bertuah. Alhamdulillah... segala permintaan dapat ditunaikan dan kesudian otai-otai untuk menyumbangkan suara membuatkan kami rasa sungguh teruja! :)

Selain daripada itu, majlis hari ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran DJ Kieran dari Hot FM. Namun begitu, saya tidak berpeluang untuk mengetahui bagaimanakah kaitan sebenar kedatangan beliau. Apa yang saya dengari, beliau bersama salah seorang tetamu di situ yang sememangnya berasal dari Telok Gong. Tanpa diduga pula, pihak Tuan rumah requested untuk beliau menjadi DJ. Peluang tersebut kami berikan kepada beliau dan beliau tersangatlah profesional. Saya masih ingat lagi apa yang beliau katakan. Katanya, amat jarang kita lihat DJ orang kahwin ni perempuan dan sebenarnya tidak mudah menjadi DJ di majlis perkahwinan yang memerlukan seseorang tu bercakap panjang. Selepas itu, beliau terus memberikan sedikit ucapan kepada pihak Tuan rumah dan juga buat pasangan mempelai. Secara peribadinya, saya rasakan ianya sungguh profesional :)

Majlis berjalan seperti biasa selepas itu dan para penanggah dan tetamu juga sangat sporting untuk terus ber-karaoke sehingga jam 4:45 petang. Di samping itu juga, saya juga berkesempatan membuat persembahan penutup dengan 2 buah lagu. Apa pun, majlis di Telok Gong ini sememangnya meriah kerana suasana kampung dan sikap sporting semua yang menjayakan majlis tersebut. Ayuh, dapatkan segera perkhidmatan daripada saya segera! :)

Sekitar Majlis Pada Hari Ini...
DJ Kieran bersama set Pro Selamat :)
Team Pro Selamat bergambar bersama DJ Kieran.
Tetamu juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama DJ Kieran.
Pasangan mempelai yang sama padan.
Pasangan mempelai sedang disandingkan.
Upacara menabur gula-gula kepada kanak-kanak. Sememangnya sangat meriah!
Sempat juga saya bertemu sahabat saya sekali lagi di sini :D
Upacara makan beradab. Lauk-pauknya sungguh enak :P~
Upacara memotong kek.
Tetamu yang sememangnya ramai.
Macam-macam ragam tetamu yang ada =)
Antara lauk-pauk yang dihidangkan... memang sedap!
Ala-ala pasar malam... pelbagai jenis air tersedia untuk menghilangkan haus.
Yang bertugas hari ini.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment