Sunday, 16 September 2012

DJ - Perkahwinan : Dewan Bukit Tinggi 2, Klang

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ALI NAJMI BIN MOHD NOORDIN ♥ NOR HAFIZAH BINTI MOKHYI (ENCIK MOHD NOORDIN BIN SHAKAFF & PUAN NORIATI BINTI ABD. RAHMAN)
  • LOKASI : DEWAN BUKIT TINGGI 2, KLANG
  • TARIKH : 16hb SEPTEMBER 2012 (29 SYAWAL 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hye, lama sungguh rasanya tak memberikan perkembangan terkini tentang DDeana Freelancer. Sememangnya sepanjang Ramadhan saya tidak terikat dengan sebarang job dan hari ini merupakan kemunculan saya kembali setelah sekian lama berehat. Terasa sedikit berdebar juga kerana terasa janggal setelah lama tidak beraksi sebagai DJ untuk sebarang majlis. Namun begitu, tugasan tetap diteruskan dengan sebaik-baiknya. Hari ini sebenarnya merupakan cuti umum buat seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan Hari 1Malaysia. Oleh kerana itulah ramai yang mengambil peluang mengadakan majlis pada hari terutamanya pihak Tuan rumah pada hari ini.

Keadaan pelamin pada hari ini.
Itu dia suasana dewan dan kelihatan replika unta di tepi pelamin.
Antara hidangan yang disediakan.
Wah, sedapnya lauk-pauk!


Saya tiba pada masa yang ditetapkan memandangkan jarak perjalanan tidaklah jauh. Saya hanya membawa sedikit kelengkapan memandangkan tugasan saya hanyalah sebagai DJ dan tiada acara jamming karaoke suka-suka pada hari ini. Keadaan dewan sungguh besar dan syiling yang tinggi memberikan saya sedikit cabaran pada hari ini. Tetapi, permasalah tersebut cuba diatasi dengan sebaik mungkin dan majlis berjalan seperti yang dirancangkan.

Mempelai tiba sekitar jam 1 petang dan terus diarak ke meja makan beradab. Itulah kelainannya pada hari ini kerana majlis dimualakan dengan upacara makan beradab. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong pulut kuning dan seterusnya menyuapkan pulut kuning ke mulut pasangan serta nenda tercinta. Selepas itu, mempelai dijemput untuk naik ke atas pelamin namun tiada upacara menepung tawar diadakan sebaliknya adalah upacara merestui mempelai dengan menjemput kaum keluarga, saudara-mara dan tetamu untuk berjumpa, bersalaman dan bergambar bersama mempelai. Istimewanya hari ini kerana majlis turut dihadiri oleh sekumpulan pelajar dari luar negara yang mana merupakan pelajar kepada bapa saudara pengantin lelaki.

Mempelai yang tiba dan berada di meja makan beradab.
Pose ketika upacara makan beradab.
Inilah dia pulut kuning untuk mempelai.
Upacara memotong pulut kuning.
Suapan suami kepada isteri.
Isteri pula menyuapkan suami.
Sesi memohon restu daripada nenda tercinta.
Pengantin perempuan bersalaman dengan nenda.
Suasana dewan yang dipenuhi oleh tetamu.
Pose istimewa daripada mempelai.
Mempelai ketika berada di atas pelamin.
Bergambar bersama para pelajar dari luar negara.
Potret bersama keluarga tercinta.
Himpunan ahli keluarga yang bekerja keras.

Selesai saja upacara tersebut, mempelai pun turut untuk bertemu dan beramah mesra dengan tetamu dan kesempatan itu saya ambil untuk 'menangkap' mempelai untuk ditemuramah. Meskipun sedikit malu-malu tetapi mempelai tetap sporting menjawab setiap terjahan soalan saya. Nampaknya mempelai ini akan menjalani kehidupan suami isteri secara jarak jauh. Kagum seketika saya mendengarnya. Hehehehe~ Majlis berakhir sekitar jam 4:30 petang dan secara keseluruhannya, semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada pihak Tuan rumah atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya.

Mempelai yang ditemuramah :)
Posing jangan tak posing :D
Terima kasih kerana memilih DDeana Freelancer :)
Saya dan Mieza, rakan ketika di ketika sekolah menenangah
P/s: Tak sabar nak naik pelamin ye. Tunggu bulan 11 yer :)

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment