----------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERSANDINGAN
- PASANGAN : ASRUL AFENDY BIN YAACOB ♥ NURFARAH IDAYU BINTI HASAN (ENCIK YAACOB BIN SHAHGOAL & PUAN FARIDAH HANIM BINTI RAMLI)
- LOKASI : KOLAM RENANG, APARTMENT AMAZING HEIGHT, SG. UDANG, KLANG
- TARIKH : 31hb MAC 2013 (19 JAMADIL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Saya kembali semula dengan perkongsian cerita terbaru. Ini adalah cerita tentang sebuah majlis persandingan yang diadakan di sekitar kolam renang di Apartment Amazing Height, Sungai Udang, Klang. Yang menariknya kali ini, majlis turut diserikan dengan persembahan oleh Saudara Joe yang menyanyikan lagu-lagu lama serta lagu-lagu Hindustan atas permintaan Tuan rumah.
Majlis bermula sekitar jam 12 tengah hari dan seperti kebiasaannya, mempelai tiba dengan diarak oleh paluan kompang. Cuaca sememangnya sangat terik dan Alhamdulillah cuaca tersebut berpanjangan sehinggalah lewat petang. Penat juga mempelai berjalan untuk ke pelamin kerana mempelai turut berjalan di sekitar kolam renang sebelum sampai di pelamin. Selepas itu, bacaan doa pun dilakukan oleh Encik Khairul dan diteruskan dengan upacara menepung-tawar.
Inilah dia suasana majlis tersebut. |
Mempelai bersedia untuk berarak. |
Mempelai berhenti seketika di arch. |
Kumpulan kompang yang setia mengiringi mempelai. |
Antara juadah yang disediakan. |
Persembahan silat sebelum upacara menepung-tawar. |
Bacaan doa yang khusyuk oleh Encik Khairul. |
Mempelai ketika bacaan doa sedang berlangsung. |
Upacara menepung-tawar oleh ayahanda mempelai wanita. |
Bonda mempelai wanita menepung-tawar mempelai. |
Majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab. Ketika itulah Saudara Joe bergelek sakan untuk menghiburkan tetamu. Sempat juga beliau mengusik pasangan mempelai. Selepas mempelai bertukar persalinan, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek serta sesi fotografi. Hujan turun ketika majlis semakin hampir ke penghujungnya namun ianya tidak mematahkan semangat mempelai untuk menyumbangkan suara sebelum kami bersurai.
Mempelai ketika upacara makan beradab. |
Saudara Joe dengan geleknya. |
Saudara Joe mengusik tetamu yang hadir. |
Ahli keluarga yang turut menyumbangkan suara. |
Kek yang disediakan untuk upacara memotong kek. |
Sesi memotong kek bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita. |
Mempelai sempat posing bersama kek. |
Sesi fotografi bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita. |
Mempelai yang sporting sempat ber-karaoke. |
Kami yang bertugas juga sempat ber-posing :) |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment