Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Baiklah... hari ini saya mempunyai mood untuk bercerita secara ringkas sahaja. Mungkin sedikit kepenatan kerana terkejar-kejar dengan beberapa job yang mendatang. Alhamdulillah kerana dimurahkan rezeki oleh Allah. Semalam, saya telah berkolaborasi bersama kumpulan band saya dulu iaitu Spit Fire. Ini pun sebenarnya permintaan di saat-saat akhir dan disebabkan oleh semangat setiakawan, saya turutkan sahaja. Namun begitu, saya tidak bertugas sebagai vokalis wanita pada hari ini tetapi sebagai MC kerana majlisnya sedikit formal. Berdebar juga rasanya mengendalikan jamuan makan malam sebegini tetapi saya berjaya melakukan yang terbaik.
Rata-rata yang hadir adalah pekerja-pekerja daripada syarikat tersebut. Jamuan makan malamnya agak simple kerana seperti biasa, ianya dimulakan dengan upacan aluan-aluan dan seterusnya mempersilakan tetamu untuk menikmati hidangan. Pada ketika itu, kumpulan band mengambil alih dan saya berkesempatan untuk berehat seketika. Namun begitu, terdapat banyak permintaan terhadap lagu-lagu wanita dan kebanyakannya inginkan lagu yang rancak agak mereka boleh menari. Oleh itu, saya telah mengambil risiko dengan menyampaikan beberapa buah lagu. Sememangnya ianya adalah cubaan berani mati saya kerana tanpa lirik, saya membelasah sahaja apa yang mampu saya ingati. Nampaknya, percubaan saya tidak sia-sia kerana semua yang hadir sungguh teruja dan mula membuka langkah tarian masing-masing. Kemudian, majlis berehat sebentar apabila saya perlu kembali kepada tugas MC saya bagi cabutan nombor bertuah. Selepas itu, kumpulan band mengambil alih secara berselang-seli dengan saya sehinggalah ke akhir majlis.
Suasana Majlis Semalam
Persembahan pembukaan daripada Spit Fire Band
Kumpulan Spit Fire sedang 'goreng' nampaknya ;)
Vokalis lelaki sedang berinteraksi bersama tetamu.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Maaf di atas kesibukan yang melanda. Keadaan tidak mengizinkan saya untuk mengekasmkini beberapa perkembangan terkini melalui lama blog ini. Walau bagaimanapun, saya masih lagi berkesempatan memenuhi job yang telah ditawarkan terlebih awal kepada saya. Insya' Allah, pada hari Jumaat ini, saya akan kongsikan sedikit sebanyak perkembangan terkini saya dan juga segala cerita di sebalik setiap job yang saya kendalikan.
Dalam kesibukan sebagai pelajar pada 3 minggu terakhir ini (sehingga 13hb Januari 2012), anda masih lagi boleh menghubungi saya... tidak kiralah melalui panggilan telefon, sms, Facebook mahu pun melalui blog ini. Kalau berkenan dan inginkan kepastian serta kesahihan, jangan malu dan jangan segan untuk menghubungi saya bagi mendapatkan segala maklumat yang tepat. Semoga saya dapat terus berkongsi lagi di lain waktu~
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Hye. Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah sebab hari nie saya akhirnya berkesempatan juga untuk berkongsi segala cerita berkenaan jobs yang telah pun berlalu. Apa yang saya harapkan, perkongsian ini bermanfaat kepada anda dan mampu memupuk minat anda untuk mengambil saya sebagai menceriakan lagi suasana majlis anda kelak. Sehubungan dengan ini, pada 26hb Disember 2011, saya telah pun ditugaskan untuk menhidupkan lagi suasana majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan di Bukit Tinggi, Klang.
Majlis berjalan dengan lancar dengan alunan lagu-lagu berentak perlahan. Majlis diserikan dengan lagu pembuaan iaitu lagu Menaruh Harapan. Segalanya berjalan dengan lancar dan selain daripada 2 orang vokalis wanita tersebut, majlis turut diserikan dengan alunan seorang oleh pemain rhythm yang juga berkemampuan untuk menyanyi. Kami turut menerima beberapa lagu permintaan untuk dimainkan. Alhamdulillah, segala permintaan tersebut berjaya ditunaikan dengan jayanya. Majlis kemuncak adalah ketika persandingan pasangan mempelai tersebut. Pada waktu tersebut, majlis diserikan lagi dengan alunan lagu-lagu yang mampu membuai perasaan anda selain daripada lagu kewajipan yang biasa iaitu lagu Selamat Pengantin Baru dendangan asal oleh Saloma dan juga Anita Sarawak. Selepas majlis persandingan tersebut, suasana menjadi semakin rancak dengan alunan lagu-lagu dangdut yang telah menghangatkan lagi suasana. Sememangnya, sikap 'sporting' daripada para penanggah yang terus-menerus pelbagai lagu telah menceriakan lagi keadaan. Selain daripada itu, pihak kami juga turut memenuhi permintaan beberapa tetamu yang ingin juga menyumbangkan suara bagi memeriahkan suasana. Majlis pada sebelah petang berakhir sekitar jam 5:30 petang.
Majlis tidak tamat di situ apabila bermula kembali pada sebelah malamnya sekita jam 8:45 malam. Majlis pada sebelah malam diserikan dengan lagu-lagu berentak perlahan seperti lagu Kelmarin, Kad Ucapanmu dan juga turut dimeriahkan dengan kejutan sambutan ulangtahun kelahiran berserta dengan upacara pemotongan kek oleh pasangan mempelai. Majlis diteruskan dengan ucapara joget lambak dengan alunan lagu-lagu joget. Pada awalnya, tetamu yang hadir agak malu untuk memulakan langkah tarian masing-masing, namun pihak kami bijak memainkan peranan dengan merancakkan lagi rentak suasana. Majlis pada sebelah malam menjadi lebih hangat apabila tibanya alunan lagu-lagu dangdut seperti Sir Gobang Gosir, Angkat Kaki dan pelbagai lagi. Pelbagai ragam dapat disaksikan dan sebelum berakhir sekitar jam 12 tengah malam, tetamu paling sporting dengan tarian tanpa henti telah dinobatkan. Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan layanan yang diterima dan diharapkan agar pihak tuan rumah juga begitulah hendanknya. Insya' Allah untuk anda di luar sana, kami janjikan sesuatu yang lebih baik dan jangan ragu untuk menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan daripada kami :)
Jom layan antara sorotan pada hari majlis berlangsung :)
Antara pemain-pemain... otai-otai gitu~
Lepas habis job pada malam tue.
2 orang penyanyi wanita : Liza dan saya sendiri (Yana)
Bergambar selepas tamatnya majlis~
Liza bersama salah seorang tenaga kerja... Abang Man~
Liza bersama salah seorang pihak tuan rumah. Terima kasih atas jemputan untuk kami memeriahkan majlis
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Hari ini satu lagi majlis persandingan telah berlangsung. Kali ini juga boleh saya katakan bahawa majlis agak mudah bagi saya. Hal ini kerana, saya bersama dengan seorang lagi rakan yang bertugas sebagai DJ. Suasana majlis berjalan lancar dan meriah seperti kebiasaan, tetapi tugasan saya lebih terarah kepada pemilihan lagu.
Mempelai juga sempat ditemuramah seketika namun begitu pengantin perempuan teramat pemalu. Mujurlah pengantin lelaki dapat menjawab soalan terjahan yang dilakukan. Walau apa pon, semuanya berjalan dengan baik dan selesai seperti yang dijangkakan.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Sedikit kepenatan. Ya... kerana itu jugalah saya hanya berkesempatan memberikan perkembangan terkini pada hari ini. Semalam saya baru sahaja mengendalikan sebuah majlis persandingan di Telok Gong, Pelabuhan Klang. Majlis hari ini sedikit istimewa kerana bukan hanya sepasang mempelai yang diraikan tetapi dua! Sememangnya saya sangat teruja untuk melihat kedua-dua pasangan mempelai tersebut.
Apabila mempelai-mempelai tiba, mereka diarak dan disandingkan seterusnya ke upacara makan beradab. Tetamu-tetamu dan ahli keluarga juga tidak melepaskan peluang ber-karaoke. Salah satu pasangan mempelai tersebut sangat sporting untuk menyumbangkan suara manakala untuk satu lagi pasangan, hanya pengantin lelaki yang menyampaikan sebuah lagu. Walau apa pun, saya sememangnya gembira serta ceria dengan kemeriahan suasana majlis persandingan semalam.
Jom Layan!
2 pasangan mempelai dalam upacara makan beradab.
Otai yang menyumbangkan suara semalam.
Pengantin lelaki bagi pasangan pertama menyumbangkan suara.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Yehaaa... saya kembali lagi dengan sayembara deklamasi sajak. Alhamdulillah... kali ini saya berjaya membawa pulang hadiah di tempat yang ketiga. Ye... kali ini juga saya membawakan sajak yang sama iaitu Wasiat Rimba Merdeka yang mana merupakan sajak kegemaran saya. Memandangkan ini penyertaan yang seterusnya pada tahun ini, maka banyak persediaan telah dilakukan dengan rapi. Saya sememangnya berharap untuk menang pada kali ini. Nampaknya Allah memakbulkan hasrat saya meskipun hanya berjaya menggondol hadiah di tempat ketiga. Pada awalnya saya berhasrat untuk menukar sajak yang lain namun begitu saya padamkan sahaja hasrat tersebut kerana kesuntukan masa.
Meskipun persediaan telah dilakukan bagi sayembara ini, namun begitu sebenarnya saya agak sibuk. Pada sebelah siangnya, saya dan keluarga telah meluangkan masa bersama-sama dalam program Hari Keluarga Proton memandangkan abang saya yang sulung bekerja di Proton. Jadi, ketika sedang seronok bergembira di sebelah petangnya, saya sama sekali tidak memberikan sebarang fokus terhadap sayembara ini. Hanya pada sebelah petang sahaja, sekembalinya saya daripada program tersebut, saya dapat meluangkan masa berlatih buat seketika. Jadi, mungkin semuanya memberikan impak kepada kejayaan saya pada malam mungkin. Ini bermakna, kalau saya mempunyai masa yang lebih panjang, saya mampu memberikan yang lebih baik kepada pihak juri. Tetapi tidak mengapa kerana saya percaya peluang akan sentiasa ada pada masa hadapan.
Sayembara berjalan meriah semalam. Sebenarnya, selain daripada sayembara deklamasi sajak ini, terdapat juga pertandingan karaoke yang dianjurkan. Namun begitu, saya tidak dapat turut serta kerana ianya merupakan peringkat final. Oleh itu, suasana program sememangnya meriah dengan nyanyian para peserta serta persembahan yang telah direncanakan. Okey lah, sekali lagi saya sertakan sajak yang telah saya deklamasikan dan membawa tuah tempat ketiga untuk saya :)
Wasiat Rimba Merdeka Hassan Jaidin
[Maka Raja Iskandar bertanya, “Apa nama kayu ini, tempat kita bersandar?”]
mari kita elus makna akar dari sebatang pohon sebijaknya; dengan akar yang menujah bumi terfikir kita keakraban paling mutlak tanpa akar bumi takkan kejap tanpa bumi akar takkan hidup itulah akar asal bangsa menunjang batang ketamadunan gemilang meski dibadai petaka lapan penjuru angin meski digegar bencana tujuh jurus benua meski disimbah sengsara tujuh jurus samudera takkan goyah batang ini, takkan goyah!
ini akar asal bangsa mengaut gizi agung dari bumi gizi membentuk budaya murni gizi membentuk adat harmorni gizi membentuk iman hakiki pantaslah batang ketamadunan gemilang gagah membenteng diri
pohon apakah ini sebenarnya?
mari kita gapai makna pucuk dari sebatang pohon sebijaknya; dengan pucuk yang melakar langit terfikir kita keinginan paling waja tanpa pucuk pohon mati segera tanpa pohon pucuk tiada bertunas itulah pucuk aspirasi bangsa menyegar batang ketamadunan gemilang meski diamuk dermaga tujuh petala langit meski digait durjana berjuta parasit rimba meski dipulas seksa nasar tujuh turunan takkan lemah batang ini, takkan lemah!
ini pucuk aspirasi bangsa mengaut gizi agung dari jagat terbuka gizi membentuk citra unggulan gizi membentuk naungan ikhlas gizi membentuk keindahan peribadi sewajarnya batang ketamadunan gemilang mencuat mercu wijaya
pohon apakah ini sebenarnya? mari kita analisa pohon ini sebagai kita negara bangsa sepadu; pohon ini segak namanya ke seluruh rimba buana pohon ini rimbun keprihatinannya menaungi sengsara mergasatua pohon ini kukuh pendiriannya meski kerdil diukur mata ini bukan pohon Melaka, bukan ini pohon Malaysia! menjadi daunnya sahaja teramat agung untungnya bagaimana pula jika kita adalah buahnya?
[Maka Raja Iskandar berseru, “ini kayu jangan tebangkan, ini rimba jangan hapuskan, semangat rimba harus ada pada anak cucu kita!”]
Koleksi Gambar Semasa Program
Kain rentang program.
Inilah dia barisan pemenang dan lelaki di sebelah saya itu ialah salah seorang daripada juri.
Juri-juri dan VVIP.
Inilah dia suasana ketika program berlangsung.
Tetamu yang terus memberikan sokongan kepada para peserta.
Posing saya setelah selesai mendeklamasikan sajak.