----------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : BAND
- MAJLIS : PERKAHWINAN
- LOKASI : PERUMAHAN BANDAR BUKIT TINGGI 1, KLANG
- TARIKH : 26hb DISEMBER 2011
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Hye. Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah sebab hari nie saya akhirnya berkesempatan juga untuk berkongsi segala cerita berkenaan jobs yang telah pun berlalu. Apa yang saya harapkan, perkongsian ini bermanfaat kepada anda dan mampu memupuk minat anda untuk mengambil saya sebagai menceriakan lagi suasana majlis anda kelak. Sehubungan dengan ini, pada 26hb Disember 2011, saya telah pun ditugaskan untuk menhidupkan lagi suasana majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan di Bukit Tinggi, Klang.
Majlis berjalan dengan lancar dengan alunan lagu-lagu berentak perlahan. Majlis diserikan dengan lagu pembuaan iaitu lagu Menaruh Harapan. Segalanya berjalan dengan lancar dan selain daripada 2 orang vokalis wanita tersebut, majlis turut diserikan dengan alunan seorang oleh pemain rhythm yang juga berkemampuan untuk menyanyi. Kami turut menerima beberapa lagu permintaan untuk dimainkan. Alhamdulillah, segala permintaan tersebut berjaya ditunaikan dengan jayanya. Majlis kemuncak adalah ketika persandingan pasangan mempelai tersebut. Pada waktu tersebut, majlis diserikan lagi dengan alunan lagu-lagu yang mampu membuai perasaan anda selain daripada lagu kewajipan yang biasa iaitu lagu Selamat Pengantin Baru dendangan asal oleh Saloma dan juga Anita Sarawak. Selepas majlis persandingan tersebut, suasana menjadi semakin rancak dengan alunan lagu-lagu dangdut yang telah menghangatkan lagi suasana. Sememangnya, sikap 'sporting' daripada para penanggah yang terus-menerus pelbagai lagu telah menceriakan lagi keadaan. Selain daripada itu, pihak kami juga turut memenuhi permintaan beberapa tetamu yang ingin juga menyumbangkan suara bagi memeriahkan suasana. Majlis pada sebelah petang berakhir sekitar jam 5:30 petang.
Majlis tidak tamat di situ apabila bermula kembali pada sebelah malamnya sekita jam 8:45 malam. Majlis pada sebelah malam diserikan dengan lagu-lagu berentak perlahan seperti lagu Kelmarin, Kad Ucapanmu dan juga turut dimeriahkan dengan kejutan sambutan ulangtahun kelahiran berserta dengan upacara pemotongan kek oleh pasangan mempelai. Majlis diteruskan dengan ucapara joget lambak dengan alunan lagu-lagu joget. Pada awalnya, tetamu yang hadir agak malu untuk memulakan langkah tarian masing-masing, namun pihak kami bijak memainkan peranan dengan merancakkan lagi rentak suasana. Majlis pada sebelah malam menjadi lebih hangat apabila tibanya alunan lagu-lagu dangdut seperti Sir Gobang Gosir, Angkat Kaki dan pelbagai lagi. Pelbagai ragam dapat disaksikan dan sebelum berakhir sekitar jam 12 tengah malam, tetamu paling sporting dengan tarian tanpa henti telah dinobatkan. Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan layanan yang diterima dan diharapkan agar pihak tuan rumah juga begitulah hendanknya. Insya' Allah untuk anda di luar sana, kami janjikan sesuatu yang lebih baik dan jangan ragu untuk menghubungi saya untuk mendapatkan perkhidmatan daripada kami :)
Jom layan antara sorotan pada hari majlis berlangsung :)
Antara pemain-pemain... otai-otai gitu~ |
Lepas habis job pada malam tue. |
2 orang penyanyi wanita : Liza dan saya sendiri (Yana) |
Bergambar selepas tamatnya majlis~ |
Liza bersama salah seorang tenaga kerja... Abang Man~ |
Liza bersama salah seorang pihak tuan rumah. Terima kasih atas jemputan untuk kami memeriahkan majlis |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment