Sunday, 25 March 2012

MC - Perkahwinan : Crystal Crown Hotel

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : AZREEN BINTI AHMAD ZAINAL ♥ AHMAD SAIFI BIN SOHAIMEH (ENCIK AHMAD ZAINAL BIN AMIR & PUAN ZARELAH BINTI MOHAMMED)
  • LOKASI : CRYSTAL BALLROOM, LEVEL 1, CRYSTAL CROWN HOTEL, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH :  25hb MAC 2012 (2 JAMADILAWAL 1433H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya baru sahaja pulang dari mengendalikan sebuah majlis perkahwinan. Cuma bezanya kali ini, ianya diadakan di sebuah hotel iaitu di Crystal Crown Hotel, Pelabuhan Klang. Di samping itu pula, kali ini saya bersama dengan Encik Kassim yang mana telah meminta saya untuk mempengerusikan majlis persandingan pada hari ini. Saya tiba di lokasi agak awal sebab terasa macam sedikit gugup pula hari ini. Ini disebabkan pada hari ini, majlis akan diserikan lagi oleh persembahan daripada kumpulan Sweet Melody. Jadi, saya sedikit gementar tentang suasana untuk mengendalikan majlis tersebut. Al-maklum lah, kebiasaannya saya mengendalikan majlis bersama dengan set karaoke.

Walau bagaimanapun, segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah... Encik Kassim banyak memainkan peranan dengan memberikan saya peluang dan ruang untuk bercakap bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini. Suasana majlis sememangnya sangat meriah ditambah pula dengan hidangan catering yang sangat menyelerakan. Pasangan mempelai tiba sedikit lewat atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Seperti kebiasaan juga, pasangan mempelai diarak dan seterusnya disandingkan di atas pelaminan yang serba indah. Pasangan pengantin kelihatan sangat dan sedondon. Istimewanya majlis pada hari ini adalah kerana, pasangan mempelai turut dihiburkan oleh persembangan tarian ketika sedang disandingkan.

Selesai sahaja upacara merenjis pasangan mempelai, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab. Sekali lagi, pasangan mempelai dihiburkan dengan persembahan tarian yang sememangnya mengasyikkan. Selepas itu, pasangan mempelai menukar persalinan dan muncul semula dengan persalinan yang sangat istimewa untuk upacara memotong kek. Ketika pasasngan mempelai sedang menukar persalinan, tetamu terus dihiburkan oleh kumpulan Sweet Melody yang menghidangkan pelbagai jenis lagu. Selain daripada itu pula, atas jemputan pihak Tuan rumah, majlis turut diserikan lagi oleh seorang penyanyi lelaki yang menyampaikan beberapa buah lagu.

Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan lancar pada hari. Saya juga berpuas hati kerana dapat bekerjasam dengan Encik Kassim dan juga bersama kumpulan Sweet Melody. Apa yang diharapkan adalah agar pihak Tuan rumah dan tetamu juga turut terhibur. Seandainya terdapat kekurangan, harap dapat dimaafkan dan Insya' Allah bersua lagi di majlis yang lainnya :)

 Kerja Saya Pada Hari Ini
Setting untuk kumpulan Sweet Melody.
Pelamin yang sangat indah.
Jemputan yang datang pelbagai bangsa.
Suasana di dalam Crystal Ballroom.
Hidangan yang sangat lazat dan menyelerakan!
Pasangan mempelai sedang disandingkan.
Pasangan mempelai dihiburkan dengan persembahan tarian ketika disandingkan.
Pose istimewa sebelum upacara makan beradab bermula.
Ala manjanya ;)
Sekali lagi pasangan mempelai dan tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian.
Keluarga pihak pengantin lelaki.
Hiburan daripada kumpulan Sweet Melody.
Upacara memotong kek.
Suapan si suami kepada isteri ;)
Pose istimewa daripada pasangan mempelai di atas pelamin.
 
Saya yang bertugas pada hari ini :D

Sekian dan wassallam~

Sunday, 18 March 2012

DJ - Perkahwinan : Kg. Baru Telok Gong


---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN  
  • PASANGAN : NOR FAIEZAH BINTI SAYUTI ♥ MOHAMMAD AZRI BIN ABU HASSAN (ENCIK SAYUTI BIN JAAFAR & PUAN SANIAH BINTI JAMAIIN)
  • LOKASI : KAMPUNG BARU TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 18hb MAC 2012
    ---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Salah Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Ini adalah cerita yang nak dikongsikan pada hari nie iaitu sekitar majlis perkahwinan Saudari Nor Faiezah dan juga Saudara Mohammad Azri di Kampung Baru Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sememangnya, setiap kali berlangsung majlis perkahwinan di sekitar Telok Gong, ianya adalah sesuatu yang boleh membuatkan saya teruja. Ini disebabkan oleh kemeriahan suasana yang tidak boleh disangkal lagi. Majlis perkahwinan di sekitar Telok Gong mempunyai aura kemeriahannya yang tersendiri.

Majlis bermula seperti biasa dan berjalan dengan lancar. Upacara kemuncaknya adalah apabila tibanya pengantin yang diarak dengan paluan kompang. Seterusnya, pasangan mempelai terus disandingkan di atas pelamin yang cukup cantik warnanya dan diteruskan dengan ucapara merenjis. Keluarga pihak pengantin lelaki juga kelihatan ceria dan gembira dengan sambutan yang diberikan oleh pihak Tuan. Jom layan seketika gambar-gambar ketika majlis persandingan sedang berlangsung.

Pasangan mempelai sedang disandingkan.
Close up pasangan mempelai di atas pelamin.
Kemeriahan pada ketika majlis berlangsung.
Keluarga pihak pengantin lelaki.





Seterusnya, seperti biasa juga, majlis diserikan lagi dengan satu upacara istimewa. Saya sememangnya sentiasa teruja ketika upacara ini berlangsung kerana kemeriahannya cukup terasa. Pada masa ini, pasangan mempelai akan membaling gula-gula kepada kanak-kanak yang turut serta pada majlis tersebut. Semestinya, sebelum upacara ini berlangsung, saya memainkan peranan yang penting dalam memanggil kanak-kanak yang ada untuk bersiap sedia di hadapan pelamin. Apabila gula-gula dibaling atau ditabur, kanak-kanak tersebut akan berebut-rebut untuk mendapatkan sebarapa banyak gula-gula yang mereka mahukan.

Selesai sahaja upacara tersebut, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab dan memotong kek. Pada ketika itu, majlis terus diserikan dengan pelbagai hiburan. Tetamu yang hadir juga terus menikmati hidangan yang sememangnya lazat. Jom layan seketika suasana ketika itu.

Kanak-kanak yang standby untuk mengutip gula-gula.
Suasana yang dapat dilihat dari bawah khemah.
Keluarga daripada pihak pengantin lelaki.
Kek yang disediakan untuk pasangan mempelai.
Sangat cantik dengan gambar pasangan mempelai di atas kek.
Lauk-pauk yang dihidangkan untuk tetamu yang hadir.
Tidak dilupakan juga kambing bakar untuk tetamu.
Air yang disediakan ala pasar malam :)
Pose istimewa sebelum upacara makan beradab.
Ketika majlis makan beradab,
Upacara memotong kek.
Adegan suap-menyuap oleh pasangan mempelai.

Selesai sahaja upacara tersebut, majlis diteruskan lagi dengan upacara cabutan nombor bertuah. Pasangan mempelai telah dijemput untuk membuat cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah. Suasana sangat meriah kerana masing-masing menantikan nombor dipanggil dan juga mengharapkan untuk membawa pulang hamper yang disediakan. Akhirnya, pasangan mempelai telah berjaya dipaksa untuk menyumbang suara setelah selesainya upacara cabutan nombor bertuah. Selepas itu, majlis berjalan meriah dengan sesi karaoke suka-suka. Majlis selesai sekitar masuknya waktu solat fardu Asar. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan diharapkan pihak Tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Pasangan mempelai standby untuk cabutan nombor bertuah.
Antara yang bertuah pada hari ini.
Adik ini juga tidak terkecuali untuk menerima hadiah.
Salah seorang lagi yang bertuah.
Paduan suara pasangan mempelai.
Pasangan mempelai yang dipaksa untuk menyumbangkan suara :)
Antara penyumbang suara yang setia memilih lagu.
Otai lama yang juga menyumbangkan suara.
Satu-satunya pasangan duet pada hari ini.
Kemeriahan yang dapat dilihat.
Inilah dia hamper yang disediakan oleh pihak Tuan rumah.
Bergambar bersama pasangan mempelai.

Sekian dan wassallam~

Sunday, 11 March 2012

DJ - Perkahwinan : Persiaran Hamzah Alang

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : FARIEZ FAIZAL BIN ABD HALIM ♥ NISA AMIRA BINTI ATTARUDIN (ENCIK ABD HALIM BIN AHMAD & PUAN MAIMON BINTI RAHMAT)
  • LOKASI : PERSIARAN HAMZAH ALANG, KLANG
  • TARIKH : 11hb MAC 2012 (18 RABIULAKHIR 1433H)
    ---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Meriah! Yup, itulah yang mampu saya gambarkan. Saya baru sahaja selesai mengendalikan sebuah majlis persandingan di Persiaran Hamzah Alang, Kapar, Klang.. Suasana sememangnya gamat dengan diserikan lagi oleh keluarga pihak pengantin lelaki sendiri yang sungguh sporting. Saya telah mula memulakan tugas seawal 10hb Mac 2012 bersempena dengan majlis malam berinai. Tetamu yang hadir sememangnya ramai dan suasana sungguh meriah. Saya yang bertugas didatangi oleh saudara-mara yang tidak henti-henti hendak ber-jamming karaoke suka-suka.

Keesokan harinya, saya tiba seperti biasa dan majlis juga berjalan seperti yang dirancangkan. Tetamu yang hadir lebih ramai lagi dan suasana sememangnya sungguh ceria. Tambahan pula dengan tema warna pada hari ini telah menjadikan saya dan yang lain sentiasa teruja. Sememangnya aura warna merah itu telah memberikan kami sedikit impak dan semangat yang luar biasa untuk terus melaksanakan tugasan pada hari ini. Apa yang menariknya juga adalah hidangan yang disediakan untuk tetamu yang hadir. Lauk-pauk yang disediakan sangat membuka selera dan antaranya adalah:
  • Nasi minyak
  • Nasi putih
  • Daging masak kurma
  • Dalca
  • Ayam goreng
  • Sup tulang
  • Pajeri nenas
  • Kuih-muih
  • Air sirap
Tiba sahaja pasangan mempelai, suasana menjadi semakin meriah. Pasangan mempelai diarak oleh kumpulan kompang yang mana bagi saya sangat menarik. Ini kerana, bunyi-bunyian yang dihasilkan sangat indah dan pasangan mempelai duduk seketika sambil dipersembahkan dengan persembahan silat. Jom layan seketika gambar-gambar di bawah.

Pengantin duduk seketika sebelum disandinkan di pelamin.
Kumpulan kompang yang mengiringi pasangan mempelai.
Persembahan silat untuk pasangan mempelai.

Kemudian, pasangan mempelai terus diarak dan disandingkan di atas pelamin. Seterusnya, upacara merenjis pasangan mempelai pun berjalan seperti biasa dan diteruskan dengan upacara makan beradab dan memotong kek. Selesai sahaja segala upacara penting pada hari ini, saya terus 'menangkap' pasangan mempelai. Seperti biasa, pasangan mempelai akan dipaksa untuk menyumbangkan suara. Meskipun keletihan dan pengantin lelaki juga sudah menukar uniform-nya, namun kami dan tetamu tidak hampa kerana pengantin lelaki sungguh sporting untuk ber-karaoke bersama kami. Kemudian, kemeriahan terus terasa dengan sanak-saudara dan juga ahli keluarga yang tidak putus-putus ber-jamming karaoke. Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dan diharapkan agar pihak keluarga pengantin, baik pihak pengantin lelaki mahu pun pengantin perempuan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan :) Layan dulu gambar-gambar di bawah.

Pasangan mempelai yang sedang disandingkan.
Upacara merenjis pasangan mempelai oleh ahli keluarga.
Sanak-saudara yang tidak melepaskan peluang merenjis pasangan mempelai.
Lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu/
Antara tetamu yang hadir.
Kemeriahan yang dapat dilihat.
Upacara makan beradab oleh pasangan mempelai.
Kek yang disediakan untuk pasangan mempelai.
Upacara memotong kek.
Ipar kepada pasangan mempelai.
Antara yang ber-karaoke bersama kami.
Penyumbang suara yang sungguh setia.
Otai lama yang ber-karaoke sambil diusik oleh adik pengantin lelaki.
Pasangan duet yang tidak melepaskan peluang.
Pengantin lelaki ambil mood dulu sebelum menyanyi.
Pengantin lelaki sedang menyumbangkan suara.
Ahli keluarga yang sangat sporting!
Insya' Allah bakal pengantin yang seterusnya :)
Pose istimewa daripada adik pengantin lelaki dan sepupunya.
Gambar kenangan bersama pasangan mempelai.
Terima kasih atas jemputan untuk memeriahkan suasana! ;)





Sekian dan wassallam~