---------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERKAHWINAN
- PASANGAN : FARIEZ FAIZAL BIN ABD HALIM ♥ NISA AMIRA BINTI ATTARUDIN (ENCIK ABD HALIM BIN AHMAD & PUAN MAIMON BINTI RAHMAT)
- LOKASI : PERSIARAN HAMZAH ALANG, KLANG
- TARIKH : 11hb MAC 2012 (18 RABIULAKHIR 1433H)---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Meriah! Yup, itulah yang mampu saya gambarkan. Saya baru sahaja selesai mengendalikan sebuah majlis persandingan di Persiaran Hamzah Alang, Kapar, Klang.. Suasana sememangnya gamat dengan diserikan lagi oleh keluarga pihak pengantin lelaki sendiri yang sungguh sporting. Saya telah mula memulakan tugas seawal 10hb Mac 2012 bersempena dengan majlis malam berinai. Tetamu yang hadir sememangnya ramai dan suasana sungguh meriah. Saya yang bertugas didatangi oleh saudara-mara yang tidak henti-henti hendak ber-jamming karaoke suka-suka.
Keesokan harinya, saya tiba seperti biasa dan majlis juga berjalan seperti yang dirancangkan. Tetamu yang hadir lebih ramai lagi dan suasana sememangnya sungguh ceria. Tambahan pula dengan tema warna pada hari ini telah menjadikan saya dan yang lain sentiasa teruja. Sememangnya aura warna merah itu telah memberikan kami sedikit impak dan semangat yang luar biasa untuk terus melaksanakan tugasan pada hari ini. Apa yang menariknya juga adalah hidangan yang disediakan untuk tetamu yang hadir. Lauk-pauk yang disediakan sangat membuka selera dan antaranya adalah:

- Nasi minyak
- Nasi putih
- Daging masak kurma
- Dalca
- Ayam goreng
- Sup tulang
- Pajeri nenas
- Kuih-muih
- Air sirap
Tiba sahaja pasangan mempelai, suasana menjadi semakin meriah. Pasangan mempelai diarak oleh kumpulan kompang yang mana bagi saya sangat menarik. Ini kerana, bunyi-bunyian yang dihasilkan sangat indah dan pasangan mempelai duduk seketika sambil dipersembahkan dengan persembahan silat. Jom layan seketika gambar-gambar di bawah.
Kemudian, pasangan mempelai terus diarak dan disandingkan di atas pelamin. Seterusnya, upacara merenjis pasangan mempelai pun berjalan seperti biasa dan diteruskan dengan upacara makan beradab dan memotong kek. Selesai sahaja segala upacara penting pada hari ini, saya terus 'menangkap' pasangan mempelai. Seperti biasa, pasangan mempelai akan dipaksa untuk menyumbangkan suara. Meskipun keletihan dan pengantin lelaki juga sudah menukar uniform-nya, namun kami dan tetamu tidak hampa kerana pengantin lelaki sungguh sporting untuk ber-karaoke bersama kami. Kemudian, kemeriahan terus terasa dengan sanak-saudara dan juga ahli keluarga yang tidak putus-putus ber-jamming karaoke. Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dan diharapkan agar pihak keluarga pengantin, baik pihak pengantin lelaki mahu pun pengantin perempuan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan :) Layan dulu gambar-gambar di bawah.
Sekian dan wassallam~
Pengantin duduk seketika sebelum disandinkan di pelamin. |
Kumpulan kompang yang mengiringi pasangan mempelai. |
Persembahan silat untuk pasangan mempelai. |
Kemudian, pasangan mempelai terus diarak dan disandingkan di atas pelamin. Seterusnya, upacara merenjis pasangan mempelai pun berjalan seperti biasa dan diteruskan dengan upacara makan beradab dan memotong kek. Selesai sahaja segala upacara penting pada hari ini, saya terus 'menangkap' pasangan mempelai. Seperti biasa, pasangan mempelai akan dipaksa untuk menyumbangkan suara. Meskipun keletihan dan pengantin lelaki juga sudah menukar uniform-nya, namun kami dan tetamu tidak hampa kerana pengantin lelaki sungguh sporting untuk ber-karaoke bersama kami. Kemudian, kemeriahan terus terasa dengan sanak-saudara dan juga ahli keluarga yang tidak putus-putus ber-jamming karaoke. Alhamdulillah... majlis berjalan dengan lancar dan diharapkan agar pihak keluarga pengantin, baik pihak pengantin lelaki mahu pun pengantin perempuan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan :) Layan dulu gambar-gambar di bawah.
Pasangan mempelai yang sedang disandingkan. |
Upacara merenjis pasangan mempelai oleh ahli keluarga. |
Sanak-saudara yang tidak melepaskan peluang merenjis pasangan mempelai. |
Lauk-pauk yang dihidangkan kepada tetamu/ |
Antara tetamu yang hadir. |
Kemeriahan yang dapat dilihat. |
Upacara makan beradab oleh pasangan mempelai. |
Kek yang disediakan untuk pasangan mempelai. |
Upacara memotong kek. |
Ipar kepada pasangan mempelai. |
Antara yang ber-karaoke bersama kami. |
Penyumbang suara yang sungguh setia. |
Otai lama yang ber-karaoke sambil diusik oleh adik pengantin lelaki. |
Pasangan duet yang tidak melepaskan peluang. |
Pengantin lelaki ambil mood dulu sebelum menyanyi. |
Pengantin lelaki sedang menyumbangkan suara. |
Ahli keluarga yang sangat sporting! |
Insya' Allah bakal pengantin yang seterusnya :) |
Pose istimewa daripada adik pengantin lelaki dan sepupunya. |
Gambar kenangan bersama pasangan mempelai. |
Terima kasih atas jemputan untuk memeriahkan suasana! ;) |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment