---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Salah Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Ini adalah cerita yang nak dikongsikan pada hari nie iaitu sekitar majlis perkahwinan Saudari Nor Faiezah dan juga Saudara Mohammad Azri di Kampung Baru Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sememangnya, setiap kali berlangsung majlis perkahwinan di sekitar Telok Gong, ianya adalah sesuatu yang boleh membuatkan saya teruja. Ini disebabkan oleh kemeriahan suasana yang tidak boleh disangkal lagi. Majlis perkahwinan di sekitar Telok Gong mempunyai aura kemeriahannya yang tersendiri.
Majlis bermula seperti biasa dan berjalan dengan lancar. Upacara kemuncaknya adalah apabila tibanya pengantin yang diarak dengan paluan kompang. Seterusnya, pasangan mempelai terus disandingkan di atas pelamin yang cukup cantik warnanya dan diteruskan dengan ucapara merenjis. Keluarga pihak pengantin lelaki juga kelihatan ceria dan gembira dengan sambutan yang diberikan oleh pihak Tuan. Jom layan seketika gambar-gambar ketika majlis persandingan sedang berlangsung.
|
Pasangan mempelai sedang disandingkan. |
|
Close up pasangan mempelai di atas pelamin. |
|
Kemeriahan pada ketika majlis berlangsung. |
|
Keluarga pihak pengantin lelaki. |
|
|
|
|
|
Seterusnya, seperti biasa juga, majlis diserikan lagi dengan satu upacara istimewa. Saya sememangnya sentiasa teruja ketika upacara ini berlangsung kerana kemeriahannya cukup terasa. Pada masa ini, pasangan mempelai akan membaling gula-gula kepada kanak-kanak yang turut serta pada majlis tersebut. Semestinya, sebelum upacara ini berlangsung, saya memainkan peranan yang penting dalam memanggil kanak-kanak yang ada untuk bersiap sedia di hadapan pelamin. Apabila gula-gula dibaling atau ditabur, kanak-kanak tersebut akan berebut-rebut untuk mendapatkan sebarapa banyak gula-gula yang mereka mahukan.
Selesai sahaja upacara tersebut, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab dan memotong kek. Pada ketika itu, majlis terus diserikan dengan pelbagai hiburan. Tetamu yang hadir juga terus menikmati hidangan yang sememangnya lazat. Jom layan seketika suasana ketika itu.
|
Kanak-kanak yang standby untuk mengutip gula-gula. |
|
Suasana yang dapat dilihat dari bawah khemah. |
|
Keluarga daripada pihak pengantin lelaki. |
|
Kek yang disediakan untuk pasangan mempelai. |
|
Sangat cantik dengan gambar pasangan mempelai di atas kek. |
|
Lauk-pauk yang dihidangkan untuk tetamu yang hadir. |
|
Tidak dilupakan juga kambing bakar untuk tetamu. |
|
Air yang disediakan ala pasar malam :) |
|
Pose istimewa sebelum upacara makan beradab. |
|
Ketika majlis makan beradab, |
|
Upacara memotong kek. |
|
Adegan suap-menyuap oleh pasangan mempelai. |
Selesai sahaja upacara tersebut, majlis diteruskan lagi dengan upacara cabutan nombor bertuah. Pasangan mempelai telah dijemput untuk membuat cabutan dan seterusnya menyampaikan hadiah. Suasana sangat meriah kerana masing-masing menantikan nombor dipanggil dan juga mengharapkan untuk membawa pulang hamper yang disediakan. Akhirnya, pasangan mempelai telah berjaya dipaksa untuk menyumbang suara setelah selesainya upacara cabutan nombor bertuah. Selepas itu, majlis berjalan meriah dengan sesi karaoke suka-suka. Majlis selesai sekitar masuknya waktu solat fardu Asar. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan diharapkan pihak Tuan rumah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
|
Pasangan mempelai standby untuk cabutan nombor bertuah. |
|
Antara yang bertuah pada hari ini. |
|
Adik ini juga tidak terkecuali untuk menerima hadiah. |
|
Salah seorang lagi yang bertuah. |
|
Paduan suara pasangan mempelai. |
|
Pasangan mempelai yang dipaksa untuk menyumbangkan suara :) |
|
Antara penyumbang suara yang setia memilih lagu. |
|
Otai lama yang juga menyumbangkan suara. |
|
Satu-satunya pasangan duet pada hari ini. |
|
Kemeriahan yang dapat dilihat. |
|
Inilah dia hamper yang disediakan oleh pihak Tuan rumah. |
|
Bergambar bersama pasangan mempelai. |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment