Tuesday, 13 November 2012

DJ - Perkahwinan : Kelab Impiana Kayangan, Kayangan Heights

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MUHAMMAD SYAZWAN BIN SHAWALUDDIN ♥ RUSLINA BINTI KAMARUL ZAINI (ENCIK SHAWALUDDIN BIN HASHIM & PUAN SITI MAZNAH BINTI ZAKARIA)
  • LOKASI : KELAB IMPIANA KAYANGAN, KAYANGAN HEIGHTS, SHAH ALAM
  • TARIKH : 10hb NOVEMBER 2012 (25 ZULHIJJAH 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya ingin berkongsi cerita job yang saya kendalikan pada hari Sabtu yang lalu. Sebenarnya ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan team ini dan tugasan saya sedikit mudah dengan bantuan tenaga kerja yang ada. Ketika mengendalikan majlis ini juga, saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana saya berususan dengan Cikgu Jalal. Ini bermakna, segala aturcara majlis adalah seperti biasa dan saya sudah biasa dengan kendalian majlis perkahwinan sebegitu. Oleh yang demikian, setibanya saya di lokasi majlis, saya mendapatkan informasi yang diperlukan dan mula mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir sekitar jam 12 tengah hari. Suasana cukup santai kerana majlis diadakan secara terbuka dan berhampiran dengan kolam renang. Jadi kanak-kanak mengambil kesempatan untuk bermain-main tetapi saya turut menasihati agar semua berhati-hati bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Jom layan dulu gambar-gambar di bawah:


Lokasi majlis :D
Suasana bahagian bawah yang berdekatan dengan kolam renang.

Pelamin yang cantik untuk mempelai.

Hidangan yang disediakan untuk tetamu.
Pembuat cendol :)
Saya diberitahu bahawa pasangan mempelai semakin menghampiri lokasi majlis. Oleh itu, saya bingkas bangun untuk bersiap sedia. Apabila diberikan isyarat bahawa pasangan mempelai sudah bersedia, saya terus mengumumkan ketibaan pengantin dan disambut dengan bacaan Selawat oleh Cikgu Jalal. Kemudiannya, pasangan mempelai diarak ke pelamin dengan paluan kompang oleh kumpulan kompang Ezhar di bawah pimpinan Cikgu Jalal sendiri. Sememangnya majlis hari ini ada keistimewaannya kerana saya dikhabarkan Tuan rumah berketurunan Raja, maka konsep yang digunakan sememangnya mengikut adat-istiadat Diraja. Terdapat hulubalang-hulubalang yang menanti ketibaan pasangan mempelai dan seterusnya turut serta mengiringi mempelai. Jom tengok suasana majlis di gambar-gambar di bawah:

Hulubalang-hulubalang yang setia menanti ketibaan mempelai.

Pasangan mempelai yang tiba dan diarak masuk.

Kumpulan kompang yang mengiringi pasangan mempelai.

Pengantin duduk di pelamin untuk disandingkan.

Apabila mempelai selesa duduk di pelamin, saya terus membuka majlis dengan mengalu-alukan kedatangan keluarga pasangan mempelai serta tetamu. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Cikgu Jalal dan diikuti pula dengan persembahan silat. Seterusnya, pasangan mempelai dijemput untuk sesi makan beradab dan juga upacara memotong kek. Selepas itu, tugasan saya hanyalah mengalu-alukan tetamu yang tidak putus-putus tiba dan sesekali tugasan saya terhenti bagi memberi laluan kepada kumpulan pemuzik yang turut menghiburkan tetamu. Begitulah cerita saya mengendalikan sebuah perkahwinan yang berkonsep Diraja... bersesuaian dengan gelaran 'Raja Sehari.' Semoga dapat bekerjasama lagi dengan semua yang terlibat... Insya Allah~


Bacaan doa oleh Cikgu Jalal.


Persembahan silat di hadapan pelamin.

Kumpulan pemuzik yang turut menghiburkan tetamu.


Antara tetamu yang memenuhi ruang apabila mempelai tiba.

Pasangan mempelai di meja santapan utama.

Upacars memotong kek oleh pasangan mempelai.
Sekian dan wasallam~

No comments:

Post a Comment