---------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERKAHWINAN
- LOKASI : JALAN KEBUN, SHAH ALAM
- TARIKH : 4hb NOVEMBER 2012 (19 ZULHIJJAH 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...
Ini dia perkongsian saya tentang tugasan saya siang tadi. Seperti biasa, saya telah mengendalikan sebuah majlis perkahwinan dan ianya bertempat di Jalan Kebun, Shah Alam. Tugasan saya sebenarnya telah bermula pada malam sebelumnya dan bersambung pada hari ini. Oleh itu, saya sudah pun berkenalan dan beramah-mesra dengan mempelai serta sanak-saudara yang ada. Pada hari ini tadi, tugasan saya bermula seperti biasa dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu serta mempelawa tetamu ber-jamming karaoke suka-suka bersama saya. Akhirnya gelanggang karaoke dibuka dengan penampilan pengantin lelaki sendiri. Wah, sungguh sporting dan sempoi kan? Kemudiannya, berduyun-duyun pula sanak-saudara yang tampil untuk menyumbang suara seperti yang dilihat pada gambar-gambar di bawah ini:
|
Otai yang sempoi~ |
|
Penanggah yang memang tak lepaskan peluang :) |
|
Adik kecil yang berjiwa besar. |
Selain daripada itu, saya juga turut bertanggungjawab untuk menjalankan sesi cabutan bertuah yang sememangnya banyak. Pelbagai hadiah disediakan untuk para penanggah berserta 3 hadiah utama untuk pertandingan karaoke yang telah diadakan pada malam sebelumnya. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut saya letakkan ketepi dan sesekali akan saya laungkan kembali kerana dikhuatiri para penanggah sedang sibuk dengan tugasan masing-masing.
Pasangan mempelai tiba pada masa yang dijangkakan dan diarak dengan paluan kompang. Selepas disandingkan, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab. Ketika itulah majlis diserikan dengan penampilan istimewa daripada Saudara Herman Tino. Saya menyangkakan beliau hanya akan menyanyikan paling banyak pun 2 buah lagu... tetapi rupanya sampai 5-6 buah lagu. Wah, memang sempoi! Salah seorang sanak-saudara juga tidak melepaskan peluang untuk berduet dengan beliau, begitu juga saya :P Cuba tengok dulu gambar-gambar di bawah:
|
Hadiah cabutan bertuah dan 3 hamper untuk pertandingan karaoke. |
|
Hadiah-hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh Tuan rumah. |
|
Tetamu yang memeriahkan majlis. |
|
Lauk-pauk yang dihidangkan.
|
|
Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai. |
|
Penampilan istimewa oleh Saudara Herman Tino. |
|
Salah seorang sanak-saudara yang mengambil kesempatan berduet bersama Saudara Herman Tino. |
|
Saya juga mengambil kesempatan untuk turut berduet bersama Saudara Herman Tino. |
|
Mengambil peluang untuk bergambar bersama Saudara Herman Tino. |
Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan sesi mendera mempelai. Mempelai dijemput ke tempat tugasan saya dan ketika itulah saya menyoal-siasat pasangan mempelai dan kemudian meneruskan dengan penderaan untuk mempelai menyampaikan sebuah lagu. Cenderahati juga sempat diberikan kepada pasangan mempelai dan saya harap semua ceria-ceria belaka dengan cara saya mengendalikan majlis. Terima kasih~
|
Cenderahati untuk mempelai. |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment