Wednesday, 30 January 2013

DJ - Perkahwinan : Dewan Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MOHD HASRIE KUSHAIRIE BIN SHAHABUDIN ♥ NURDIYANA BINTI MOHD DAHALAN (ENCIK SHAHABUDIN BIN HASSAN & PUAN HAJAR BINTI YUSUFF SERTA ENCIK MOHD DAHALAN BIN AHMAD & PUAN AZIZAH BINTI MAULUT)
  • LOKASI : DEWAN KOMPLEKS KEMENTERIAN DALAM NEGERI, KUALA LUMPUR
  • TARIKH : 27hb JANUARI 2013 (15 RABIUL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya ingin berkongsikan cerita tentang tugasan saya pada hari Sabtu yang lalu. Seperti biasa, ianya adalah sebuah majlis persandingan seperti kelazimannya. Oleh itu, saya pun tiba sedikit awal kerana ada briefing yang dikendalikan oleh Tuan rumah. Ketika itu juga, semua kelengkapan telah siap dipasang, jadi selepas selesai sahaja briefing, saya terus mendapatkan beberapa informasi yang diperlukan sebelum memulakan tugasan. Jom intai gambar-gambar permulaan ini:

Selamat Datang diucapkan!
Briefing sebelum majlis bermula.
Suasana semasa persiapan terakhir sebelum majlis bermula.

Majlis bermula sekitar jam 12 tengah hari. Dewan tersebut sememangnya besar dan amat bersesuaian dengan pengendalian 2 majlis serentak iaitu bagi pihak mempelai wanita dan juga mempelai lelaki. Pastinya seawal 12 tengah hari tersebut, saya terus mengalu-alukan ketibaan tetamu dan lauk-pauk juga telah siap dihidangkan. Layan dulu gambar-gambar di bawah dan antara hidangan pada hari tersebut:
  • Nasi putih & nasi mendy
  • Dalca
  • Ayam masak merah
  • Daging masak kicap
  • Ikan sweet & sour
  • Sayur acar buah
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Bubur - Jagung, pulut hitam & kacang
  • Dadih
    Cendol

Hidangan-hidangan utama untuk tetamu.
Dadih dengan pelbagai rasa untuk kanak-kanak.
Hidangan cendol di bahagian luar dewan.
Tetamu yang memenuhi ruangan dewan.

Saya terus menantikan ketibaan mempelai. Apabila mempelai tiba, majlis diteruskan seperti kelazimannya iaitu disandingkan, diikuti dengan menepung-tawar, makan beradab, memotong kek dan diakhiri dengan sesi fotografi. Pada awalnya saya dikhabarkan bahawa setelah selesai upacara memotong kek, sesi jamming karaoke suka-suka boleh dimulakan. Namun begitu, terdapat perubahan pada saat-saat akhir apabila sesi jamming karaoke suka-suka dihentikan. Walau apa pun, majlis berjalan seperti yang dirancangkan dan diharapkan semua ceria dan terhibur dengan cara kendalian saya. Layan~

Mempelai yang baru tiba dan berhenti di arch.
Mempelai diarak masuk menuju ke pelamin.
Mempelai ketika disandingkan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa.
Upacara menepung-tawar oleh ayahanda dan bonda mempelai wanita.
Upacara menepung-tawar oleh ayahanda dan bonda mempelai lelaki pula.
Upacara makan beradab oleh mempelai dan sanak-saudara.
Upacara biasa - suap menyuap oleh mempelai.
Suapan isteri kepada suami pula.
Kek 3 tingkat yang disediakan untuk mempelai.
Upacara memotong kek oleh mempelai.
Seorang saudara terdekat yang terlepas menyumbangkan 2 buah lagu.
Seluruh sanak-saudara bergambar bersama mempelai.
Sekian dan wassallam~

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Khas buat semua yang beragama Islam, saya menyeru anda untuk menghayati Maulidur Rasul. Bagi yang lain... selamat bercuti! :)





Sekian dan wassallam~

Tuesday, 22 January 2013

DJ - Perkahwinan : Rooftop Garden, 33rd Floor, Axis Residence Condo, Ampang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : RICHARD LOWE ♥ SITI NORAINI BINTI MOHD TAIB (ENCIK MOHD TAIB BIN ABDULLAH & PUAN SITI REFEAH BINTI MAATIN)
  • LOKASI : ROOFTOP GARDEN, 33rd FLOOR, AXIS RESIDENCE CONDO, AMPANG
  • TARIKH : 20hb JANUARI 2013
 ----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya ingin berkongsi kan majlis perkahwinan yang saya kendalikan pada Ahad yang lepas. Sebenarnya saya langsung tidak mengenali pasangan mempelai ini dan tempahan dibuat tidaklah terlalu awal dan tidak pula terlalu lewat. Pengantin perempuan telah menghubungi saya dan selepas semua persetujuan dilakukan, saya pun terus melakukan persiapan yang diperlukan. Majlis ini pada awalnya dijangkakan hanya secara sederhana. Bilangan tetamu juga tidaklah terlalu ramai dan saya perlu mengendalikan majlis secara dua bahasa. Ini kerana, pengantin lelaki merupakan seorang mat salleh dari UK yang sememangnya tidak mempunyai pendedahan tentang adat-istiadat perkahwinan orang Melayu.

Saya bertolak ke lokasi majlis agak awal memandangkan saya tidak berapa pasti tentang lokasi sebenar majlis. Namun begitu, dugaan datang pada Ahad yang lalu apabila van team saya yang membawa PA sistem mengalami sedikit masalah di dalam hujan yang agak lebat. Alhamdulillah... semuanya dapat diselesaikan dan kami sampai di lokasi sekitar jam 7 malam. Selepas itu, kami sedikit kelam-kabut kerana tidak mengetahui cara sebenar membawa barang-barang naik ke tingkat 33 kerana hanya penghuni sahaja yang dibenarkan masuk ke bahagian parking. Akhirnya, setelah berurusan dengan pihak keselamatan di situ, kami berjaya membawa semua barang-barang keperluan dan mula melakukan pemasangan dan persiapan. Saya juga turut bersiap dan sekitar jam 8 malam, saya sudah memulakan tugasan meskipun tetamu ramai yang hadir sekitar jam 8:45 malam. Maka saya terus mempersilakan tetamu untuk menikmati hidangan-hidangan yang disediakan bersama suasana malam yang indah dengan berlatar-belakangkan bangunan KLCC. Antara hidangan-hidangannya adalah:
  • Nasi beriyani
  • Ayam black pepper masak ros merah
  • Daging masak hitam
  • Acar buah
  • Dalca tulang
  • Kek pisang
  • Air sirap laici

Tugasan saya agak mudah pada awal majlis kerana tiada sesi karaoke diadakan dan sekitar jam 9:15 malam, pasangan mempelai pun tiba. Rumah pengantin perempuan hanya di tingkat 32 dan ini memudahkan lagi untuk saya mendapat tahu pergerakan mempelai. Apabila mempelai sedang berada di dalam lif, saya terus memutarkan audio paluan kompang dan mempelai pun keluar dari lif dan berjalan ke arch. Mempelai berhenti seketika di arch sebelum berjalan masuk ke pelamin dengan diiringi oleh lagu 'A Thousand Years.' Setelah mempelai selesa di atas pelamin, saya terus membuka majlis dengan kata alu-aluan yang dilakukan dalam dua bahasa. Selepas itu, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Salleh. Layan dulu gambar-gambar di bawah:

Pelamin indah yang disediakan untuk pasangan mempelai.
Meja makan beradab yang telah dihias indah.
Hidangan-hidangan utama untuk tetamu.
Hiddangan sampingan 
Ahli keluarga yang tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu.
Bacaan doa setelah mempelai tiba, diarak dan duduk di pelamin.
Pasangan mempelai duduk di pelamin ketika bacaan doa sedang berlangsung.

Selesai sahaja bacaan doa, upacara menepung-tawar pun bermula. Saya terus menjemput nama-nama yang telah disenaraikan kepada saya. Selepas habis senarai tersebut, saya terus pula membuka peluang kepada sanak-saudara yang lain, juga jiran tetangga dan sahabat-handai yang ingin turut serta menepung-tawar pasangan mempelai. Antara yang mengambil kesempatan menepung-tawar pasangan mempelai adalah:
  1. Wakil keluarga sebelah pengantin lelaki - Encik Che Ismail bin Che Husin & Puan Wan Mahyuni binti Wan Othman
  2. Ayahanda & bonda pengantin perempuan - Encik Mohd Taib bin Abdullah & Puan Siti Refeah binti Maatin
  3. Bapa saudara pengantin perempuan - Tuan Haji Rahim & isteri
  4. Ibu saudara pengantin perempuan - Puan Zainab binti Maatin & suami
  5. Ibu saudara pengantin perempuan - Puan Bedah binti Maatin
  6. Ibu saudara pengantin perempuan - Puan Normah binti Maatin & suami
  7. Bapa saudara pengantin perempuan - Encik Minhat bin Maatin & isteri
  8. Bapa saudara pengantin perempuan - Encik Shamsudin bin Maatin & isteri
Ayahanda pengantin perempuan sedang menepung-tawar pasangan mempelai.
Bonda pengantin perempuan juga mengambil kesempatan menepung-tawar pasangan mempelai.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan upacara makan beradab oleh pasangan mempelai. Saya terus mempersilakan wakil kepada keluarga sebelah pengantin lelaki dan diikuti oleh ayahanda dan bonda pengantin perempuan untuk turut serta dalam upacara makan beradab tersebut. Selepas itu seperti biasa, majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek dan diikuti dengan sesi fotografi. Suasana ketika itu memang sungguh ceria dengan ibu saudara-ibu saudara pengantin perempuan yang sungguh ramah. Majlis selesai sekitar jam 11 malam dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pasangan mempelai yang memberi kepercayaan kepada saya mengendalikan majlis pada malam tersebut. Jika ada sebarang kekuangan dan kesilapan, saya memohon maaf bagi pihak saya dan rakan-rakan setugas yang lain. Walau apa pun, tahniah untuk semua!

Pasangan mempelai ketika upacara makan beradab.




Gambar kenangan bersama wakil keluarga sebelah pengantin lelaki.
Gambar kenangan bersama ayahanda dan bonda pengantin perempuan.
Gambar kenangan bersama sahabat-sahabat dari Celcom.
Kami juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama pasangan mempelai.

Sekian dan wassallam~

Tuesday, 15 January 2013

MC - Majlis Makan Malam : Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : MMF ANNUAL DINNER 2012 'INTERNATIONAL NITE'
  • ANJURAN : MULTIMODAL FREIGHT SDN. BHD. (PELABUHAN KLANG)
  • LOKASI : REBANA 1 & 2, GRAND BLUE WAVE HOTEL, SHAH ALAM
  • TARIKH : 12hb JANUARI 2013
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekali lagi kembali semula bersama dengan cerita saya untuk 12hb Januari 2013. Memang benar... pada hari tersebut, terdapat 3 job yang telah saya kendalikan bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah ke lewat 12 tengah malam. Untuk sebelah malamnya, saya mengendalikan jamuan makan malam tahunan bagi Multimodal Freight Sdn Bhd, cawangan Pelabuhan Klang. Sebenarnya perancangan bagi pihak saya dibuat sedikit lewat disebabkan oleh kelewatan pihak penganjur memberikan kata putus. Namun begitu, kesempatan terakhir saya ambil sepenuhnya dengan melakukan persiapan terakhir dengan sebaik-baiknya.

Seperti yang telah sedia maklum, saya berada di Kuala Lumpur bagi mengendalikan majlis akad nikah diikuti dengan majlis persandingan. Selesai sahaja majlis tersebut sekitar jam 4 petang, saya terus bergegas ke Hotel Grand BlueWave untuk melaksanakan tugasan yang seterusnya. Sampai tiba di sana sekitar jam 5 petang dan menuju ke Surau bagi merehatkan badan, menunaikan solat dan seterusnya bersiap. Meskipun keletihan, namun ianya tidak melunturkan semangat saya untuk menyelesaikan satu lagi tugasan. Saya membuat persiapan diri sebelum waktu maghrib dan apabila selesai sahaja menunaikan solat, saya terus mengemaskan barang dan menuju ke Dewan Rebana 1 dan 2. Ketika itu, pendaftaran masih lagi berlangsung dan saya gunakan kesempatan untuk beramah-mesra bersama warga teknikal dan urusetia. Maklumlah, saya ini orang luar yang akan mengendalikan majlis pada malam itu :) Antara VVIP pada itu adalah:
  1. Datuk Elias bin Kadir, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad
  2. Encik Mohd Hasdey bin Yaakub, Pemangku Pengurus Besar, Multimodal Freight Sdn. Bhd.
  3. Encik Lokman bin Yaacob, Penolong Pengurus Besar, Global Logistics Division
  4. Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus Multimodal Freight Sdn. Bhd, Cawangan Pelabuhan Klang
  5. Encik Muhammad Fadhli bin Abdul Majid, Pengurus Perhubungan Korporat, Multimodal Freight Sdn. Bhd.
  6. Encik Zailan bin Marthan, Pengurus Kewangan, Multimodal Freight Sdn. Bhd.
  7. Encik Zulkifli bin Mohamad, Pengurus Management Information System

Majlis bermula pada jam 8:45 malam melalui bacaan doa oleh Encik Zaharuddin bin Haron. Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh saya, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus Multimodal Freight Sdn Bhd Cawangan Pelabuhan Klang dan diakhiri oleh ucapan perasmian oleh Datuk Elias bin Kadir, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad. Ucapan-ucapan yang disampaikan sememangnya ringkas dan tepat jam 9 malam, jamuan makan malam pun bermula dengan hidangan yang pertama dan berterusan sehingga ke akhir majlis. Hidangan-hidangannya memang menyelerakan yang merupakan:
  • Baby spinach soup with minced chicken and salted egg
  • Stewed spinach chicken wrapped in aluminium foil
  • Crispy garoupa fish with creamy milk
  • Fried rice with seafood and sambal
  • Stirred fried fresh squids ring with szechuan paste and peppers
  • Braised golden mushroom with black mushroom on siew pak choy
  • Sweetened chilled honey dew sago with vanilla ice-cream
  • Mixed fruits platter
  • Chinese tea

Saya hanya berkesempatan untuk berehat seketika dalam 10 minit dan kemudian, acara-acara yang telah diaturkan pun bermula. Acara pertama adalah sesi cabutan bertuah pusingan yang pertama sebanyak 30 cabutan. Terdapat 4 pusingan cabutan bertuah dan tiga yang pertama berjumlah 30 cabutan. Cabutan tiga yang pertama sedikit singkat kerana saya hanya perlu menyebut nombor meja, nombor cabutan dan nama individu terbabit. Tiga pusingan ini telah disempurnakan cabutannya oleh Encik Zulkifli bin Muhamad, Pengurus Management Information System, diikuti Encik Zailan bin Marthan, Pengurus Kewangan dan Encik Mohd Fadhli bin Abd Majid, Pengurus Perhubungan Korporat. Selain daripada itu, jamuan makan malam juga turut dihiasi dengan pertandingan karaoke sebanyak 10 penyertaan yang mana terdiri daripada:
  1. Puan Azura dan Encik Hatta - Jangan Pisahkan
  2. Encik Hanafiah dan Encik Wan Faizal - My Way
  3. Encik Mohd Faisal Shafiee - Episod Cinta
  4. Puan Nurul Azuwa binti Mohd Shariff - Terukir Di Bintang
  5. Encik Azman Ismail - Biarlah Bulan Bicara
  6. Encik Hanafiah - Suatu Masa
  7. Encik Mohd Hatta - Cinta Tak Kenal Siapa
  8. Encik Wan Faizal Anuar bin Umar - Berita Kepada Kawan
  9. Puan Azura - Kasih
  10. Encik Azizan bin Man - Untuk Nusa Bangsa

Selesai sahaja dua acara penting tersebut, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh Jabatan Sumber Manusia. Persembahan tersebut ternyata memukau hadirin yang bersorak terutamanya di bahagian terakhir dengan tarian gangnam style :D Kemudiannya, saya meneruskan majlis dengan empat games yang saya sediakan. Permainan-permainan tersebut mudah sahaja yang mana merangkumi soalan dan juga permainan biasa. Untuk permainan pertama, hadirin dikendaki mencari dua mikrofon untuk diberikan kepada saya. Ternyata hadirin berebut-rebut untuk mendapatkan mikrofon untuk diberikan kepada saya. Individu yang berjaya akan mendapat hadiah istimewa yang berupa sebuah hamper. Saya meneruskan permainan dengan meminta hadirin memberikan dua keping duit syiling 5 sen namun tiada siapa yang tampil. Permainan diteruskan dengan mencari saiz kasut yang terbesar dan dimenangi oleh seorang wanita. Permainan diakhiri dengan pencarian mahkota istimewa di atas kepala dan berjaya diperolehi oleh seorang wanita juga. Pada ketika itulah salah seorang hadirin cuba menarik hiasan di kepala salah seorang hadirin, semata-mata untuk mendapatkan hadiah namun tidak berjaya. Sesekali, apabila mendapati hadirin sedikit leka dan penat, saya akan menyebut 'Multi' dan disahut dengan 'Modal' oleh hadirin. Selain daripada itu, saya juga membuat permainan lawan sorakan antara meja dan ternyata meja 5 sentiasa ceria, peka dan bersemangat :)

Acara kemuncak pada malam itu tiba sekitar jam 11:30 malam iaitu cabutan bertuah pusingan terakhir dan diikuti oleh sesi penyampaian hadiah. Cabutan bertuah pusingan terakhir ini sememangnya istimewa kerana hanya 10 nombor yang akan dicabut berserta hadiah yang disediakan juga cukup menarik, yang mana disampaikan terus pada malam itu. Cabutan bertuah ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hasdey bin Yaakub, Pemangku Pengurus Besar dengan diiringi oleh Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus Cawangan Pelabuhan Klang. Selepas itu, majlis semakin gamat dengan penyampaian hadiah bagi pakaian terbaik yang mana telah dimenangi oleh:
  • Pakaian Terbaik Lelaki - Encik Wan Faizal Anuar Umar
  • Pakaian Terbaik Wanita - Puan Raja Saidah binti Raja Malek

Keputusan juri adalah muktamad dan majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan karaoke. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Encik Lokman bin Yaakub, Penolong Pengurus Besar, Global Logistics Division. Tiada pertikaian yang berlaku dan para peserta diadili perdasarkan:
  • Vokal - 50%
  • Persembahan - 40%
  • Lain-Lain - 10%

Makan, keputusannya adalah:
  1. Encik Mohd Hatta bin Daud - Cinta Tak Kenal Siapa
  2. Encik Hanafiah bin Semarat - Suatu Masa
  3. Puan Nurul Azuwa binti Mohd Shariff - Terukir Di Bintang

Begitulah berakhirnya majlis pada malam tersebut. Walaupun keletihan, saya tetap gembira dengan pelbagai telatah yang mencuit hati. Diharapkan agar saya akan dapat mengendalikan jamuan makan malam pada masa akan datang lagi.

Tempat sebenar majlis.
Inilah dia majlis pada malam ini :)
Grand BlueWave Hotel, Shah Alam :D
Antara hadiah-hadiah yang disediakan.
Pendaftaran yang sedang berlangsung.
Pihak teknikal sedang melakukan persiapan terakhir.
Hadiah-hadiah untuk pertandingan karaoke.
Bacaan doa oleh Encik Zaharuddin bin Haron.
Ucapan alu-aluan oleh Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus, Multimodal Freight Sdn. Bhd., Cawangan Pelabuhan Klang.
Ucapan perasmian oleh Datuk Elias bin Kadir, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad.
Keadaan dewan pada malam itu.
Pembukaan pertandingan karaoke oleh Puan Azura dan Encik Hatta dengan lagu Jangan Pisahkan.
Encik Wan Faizal dan Encik Hanafiah dengan lagu My Way.
Encik Mohd Faisal Shafiee dengan lagunya Episod Cinta.
Puan Nurul Azuwa dengan lagu Terukir Di Bintang.
Amboi, sempat lagi tu!
Encik Azman Ismail dengan lagu Biarlah Bulan Bicara.
Encik Mohd Hatta dengan lagu Cinta Tak Kenal Siapa.
Encik Azizan bin Man dengan lagunya Untuk Nusa Bangsa.
Persembahan tarian oleh Jabatan Sumber Manusia.
Amboi, sempat lagi ada yang nak join!
Urusetia yang telah menjayakan majlis. Tahniah!
Saya bergambar kenangan bersama Urusetia sebelum bersurai,. Terima kasih!

Sekian dan wassallam~