---------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERKAHWINAN
- PASANGAN : SURAYA ALINA BINTI HARRIS ♥ MOHD SHUKRI BIN MOKHTAR (ENCIK HARRIS BIN AHMAD & PUAN ZAITON BINTI OTHMAN)
- LOKASI : LG PERDANA 1 & 2, DEWAN PERDANA FELDA
- TARIKH : 12hb JANUARI 2013
---------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kembali semula bersama saya dalam majlis persandingan bagi pasangan yang sama :) Majlis persandingan diadakan di LG Perdana 1 & 2, Dewan Perdana Felda dan bermula sekitar jam 12 tengah hari. Kali ini juga tugasan saya sedikit mudah dengan bantuan technician yang saya sendiri lupa hendak bertanyakan namanya. Tugasan saya bermula dengan mengalu-alukan kedatangan tetamu terutamanya untuk menjamu selera. Sememangnya, kelazatan hidangan tidak mampu disangkal lagi iaitu:
- Nasi putih & Nasi minyak
- Acar buah
- Dalca sayuran
- Sambal udang berserai
- Isi ikan harum wangi bunga kantan
- Rendak tok
- Ayam beriani
- Papedom
- Buah-buahan
- Sirap & mineral water
Pasangan mempelai tiba tepat jam 1:30 petang dan majlis dimulakan dengan bacaan selawat oleh Cikgu Jalal. Seterusnya, mempelai diarak dengan diiringi oleh kumpulan kompang Ezhar dan terus menuju ke pelamin. Selesai sahaja kompang dimainkan, saya terus membuka majlis dengan kata alu-aluan. Seterusnya Cikgu Jalal kembali semula untuk membacakan doa bagi memohon kerahmatan majlis. Majlis kemudian diteruskan dengan upacara bersalaman dengan pasangan mempelai. Saya telah mendahulukan keluarga sebelah pengantin lelaki yang datang dari Sungai Buloh yang mana terdiri daripada:
- Ayahanda dan bonda - Encik Mokhtar bin Sanusi & Puan Siti binti Ghani
- Ibu dan bapa saudara - Encik Isnaini & isteri
Kemudiannya, saya menjemput ahli keluarga sebelah pengantin perempuan pula untuk bersalaman dengan pasangan mempelai yang mana terdiri daripada:
- Ayahanda dan bonda - Encik Harris bin Ahmad & Puan Zaiton binti Othman
- Datuk dan nenek saudara - Datuk Harun Hashim & Datin Azim Zaleha
- Ibu saudara - Puan Zainab Othman
- Ibu dan bapa saudara - Encik Hasan bin Ahmad & Puan Norhani Ismail
Majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab. Saya terus mempersilakan ahli keluarga pengantin lelaki dan juga tetamu kehormat untuk mengambil tempat diikuti dengan pasangan mempelai. Selesai sahaja makan beradab, upacara memotong kek dan bergambar pula menyusul. Majlis selesai sekitar jam 4 petang dan tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai! :)
Lokasi majlis persandingan. |
Selamat Datang! |
Pelamin yang disediakan. |
Meja khas untuk rombongan pengantin lelaki. |
Hidangan yang memang mantap! |
Juadah sampingan untuk tetamu. |
Kek yang telah disediakan. |
Pasangan mempelai yang tiba. |
Bacaan selawat oleh Cikgu Jalal. |
Pasangan mempelai sedang disandingkan. |
Kumpulan kompang yang mengiringi pasangan mempelai. |
Bacaan doa oleh Cikgu Jalal. |
Best! |
Tetamu yang tiba dan duduk di bahagian dalam dewan. |
Upacara bersalaman oleh ayahanda pengantin lelaki. |
Upacara bersalaman oleh bonda pengantin lelaki. |
Mempelai bersalaman dengan bonda pengantin perempuan. |
Mempelai bersalaman dengan datuk saudara pengantin perempuan. |
Upacara makan beradab sedang berlangsung. |
Wah, romantik sungguh! |
Upacara memotong kek. |
Suapan suami kepada isteri. |
Suapan isteri kepada suami. |
Amboi, suap-menyuap! |
Bergambar bersama ayahanda dan bonda pengantin lelaki. |
Gambar kenangan bersama ahli keluarga pengantin lelaki. |
Bergambar bersama ayahanda dan bonda pengantin perempuan. |
Gambar kenangan bersama keluarga pengantin perempuan. |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment