----------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERSANDINGAN
- PASANGAN : NUR MASTURA BINTI ALIYASAA' ♥ MOHAMMED HAZIMI BIN ABDUL RAZAK (ENCIK ALIYASAA' BIN MD ZAIN & PUAN SALMAH BINTI MAT NOR)
- LOKASI : BANGI GOLF RESORT
- TARIKH : 16hb FEBRUARI 2013 (5 RABIUL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini saya ingin menulis tentang tugasan saya mengendalikan majlis persandingan Mastura dan Hazimi. Malam sehari sebelumnya, saya turut bertugas mengendalikan majlis akad nikah di rumah mempelai wanita iaitu di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras. Majlis persandingan bermula jam 11:30 pagi dan saya sampai tepat pada masanya. Ini kerana, tugasan saya agak mudah memandangkan pihak Tuan rumah menggunakan PA sistem yang telah disediakan di dewan tersebut. Mempelai dijangkakan sampai sekitar jam 12:30 tengah hari jadi saya terus menyuntik debaran kepada tetamu untuk terus menantikan ketibaan mempelai. Selain daripada itu, saya juga sempat berkongsikan beberapa tips dan informasi kepada tetamu yang terus setia menantikan ketibaan mempelai. Tambahan pula, tetamu juga sedang leka menjamu selera dengan pelbagai hidangan iaitu:

- Nasi putih & nasi beriyani
- Pajeri nenas
- Sayur goreng campur
- Ayam masak merah
- Rendang tok
- Ikan sweet & sour
- Buah tembikai
- Kuih-muih - Karipap, kuaci & seri muka
- Candy buffet
- Minuman - Teh tarik, ABC, ais krim, anggur & sirap
- Kambing bakar
Hiasan pelamin yang cantik untuk upacara persandingan. |
Buffet gula ini menarik perhatian kanak-kanak. |
Kambing bakar yang siap terhidang. |
Kek yang disediakan untuk mempelai. |
Mempelai tiba sedikit lewat dari yang direncanakan. Saya terus bergegas untuk mendapatkan mempelai apabila diberitahu bahawa perarakan akan bermula. Kemudian, paluan kompang pun terus berbunyi dan mempelai mula berjalan beriringan menuju ke dalam dewan untuk disandingkan di atas singgahsana pelamin. Perjalanan menuju ke dalam dewan sedikit jauh dan berbelok-belok dan setelah duduk di atas pelamin, kompang berhenti seketika bagi menukar posisi.
Selepas semuanya sedia, mempelai terus disandingkan di atas singgahsana pelamin sambil diiringi paluan kompang tersebut iaitu dari Kelab Kompang Kampung Dusun Tua, Hulu Langat. Selesai sahaja persembahan kompang, saya terus mempersilakan Tuan Haji Yaakob bin Saidin untuk melakukan bacaan doa.
Mempelai bersiap sedia untuk berarak. |
Mempelai berjalan beriringan menuju ke dalam dewan. |
Perarakan mempelai diiringi oleh paluan kompang dari Kelab Kompang Kampung Dusun Tua. |
Mempelai disandingkan di singgahsana pelaminan yang indah. |
Bacaan doa dilakukan oleh Tuan Haji Yaakob bin Saidin. |
Mempelai di singgahsana pelaminan ketika bacaan doa dilakukan. |
Ahli keluarga mempelai lelaki dan tetamu yang turut serta menadah tangan memohon rahmat daripada Allah. |
Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan upacara menepung-tawar mempelai yang mana telah disempurnakan oleh:
Ayahanda & bonda mempelai lelaki
- Tuan Haji Abdul Razak bin Osman & Puan Hajah Jamilah Hanum binti Mat Jaya
Bapa saudara mempelai lelaki
- Prof. Dato' Dr. Haji Omar bin Haji Osman & Datin Norizan
- Dato' Ishak bin Osman & Datin Norbi binti Abdullah
Bapa saudara mempelai wanita
- Tuan Haji Yazid bin Yakin & Puan Aisyah binti Mat Nor
Bapa saudara mempelai wanita
- Prof. Dr. Haji Mohd Basri bin Mat Nor & Puan Faizah binti Abdullah
Ibu saudara mempelai wanita
- Puan Hajah Marziah binti Md. Zain & Tuan Haji Othman bin Zain
Majlis selepas itu diteruskan lagi dengan mempersilakan mempelai untuk upacara makan beradab. Antara yang turut serta ialah:
Ayahanda & bonda mempelai lelaki
- Tuan Haji Abdul Razak bin Osman & Puan Hajah Jamilah Hanum binti Mat Jaya
Bapa saudara mempelai lelaki
- Prof. Dato' Dr. Haji Omar bin Haji Osman & Datin Norizan
- Dato' Ishak bin Osman & Datin Norbi binti Abdullah
Bapa saudara mempelai wanita
- Tuan Haji Yazid bin Yakin & Puan Aisyah binti Mat Nor
Ketika upacara makan beradab ini, mempelai serta tetamu telah dihidangkan dengan tayangan video majlis akad nikah yang berlangsung sehari sebelumnya di kediaman mempelai wanita. Majlis kemudiannya diakhiri dengan upacara memotong kek serta sesi fotografi bersama mempelai. Terima kasih Saudara Dee Jab kerana mengesyorkan saya kepada pihak Tuan rumah. Diharapkan semua berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Ayahanda dan bonda mempelai lelaki memulakan upacara menepung-tawar mempelai. |
Upacara menepung-tawar oleh ibu dan bapa saudara mempelai lelaki. |
Apa agaknya diperhatikan oleh suami kepada isterinya ye? Yang pasti, isterinya sedang 'terpesona' seketika. |
Suasana di bahagian luar dewan yang juga cukup meriah dan cantik. |
Upacara memotong kek yang dilakukan oleh mempelai. |
Suapan suami kepada isteri. |
Suapan isteri kepada suami pula. |
Gambar kenangan mempelai bersama ayahanda dan bonda mempelai lelaki. |
Ayahanda dan bonda kedua-dua belah pihak bergambar bersama. |
Mempelai bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita. |
Gambar kenangan bersama seluruh ahli keluarga mempelai lelaki. |
Sekian dan wassallam~