Sunday, 17 February 2013

DJ - Akad Nikah : Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : AKAD NIKAH
  • PASANGAN : NUR MASTURA BINTI ALIYASAA' ♥ MOHAMMED HAZIMI BIN ABDUL RAZAK (ENCIK ALIYASAA' BIN MD ZAIN & PUAN SALMAH BINTI MAT NOR)
  • LOKASI : BANDAR TUN HUSSIEN ONN, CHERAS
  • TARIKH : 15hb FEBRUARI 2013 (4 RABIUL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai semua... hari ini saya nak kongsikan cerita tentang majlis pernikahan dan selepas itu disusuli dengan majlis persandingan di antara Mastura dan Hazimi. Sebelum terus bercerita, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat FB saya yang me-rekomen-kan saya kepada pihak Tuan :) Berbalik kepada majlis yang pertama iaitu majlis akad nikah, ianya berlangsung pada hari Jumaat yang lalu pada sebelah malamnya. Saya tiba awal iaitu sekitar jam 6 petang bagi membuat persiapan. Semuanya perlu siap dengan segera kerana pihak Tuan rumah ingin menunaikan solat maghrib secara berjemaah, diikuti dengan tahlil dan disusuli pula dengan solat Isya' yang juga secara berjemaah.

Selesai sahaja menunaikan solat Isya' berjemaah, tetamu yang ada dijemput untuk menghayati hiburan yang saya putarkan. Penantian tetamu tidak lama kerana tidak sampai 10 minit, pihak sebelah lelaki pun sampai dan segala persiapan untuk majlis akad nikah pun dilakukan. Saya mengambil posisi terbaik untuk melihat perjalanan majlis sekaligus mengendalikannya. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dan kemudiannya saya menyerahkan majlis kepada keluarga sebelah lelaki dan diikuti dengan sebelah perempuan. Selepas itu, saya menyerahkan majlis kepada Imam bagi memberikan khutbah.

Selesai sahaja semuanya, majlis pun diteruskan dengan upacara kemuncak iaitu upacara akad nikah. Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh ayahanda mempelai wanita dan dengan hanya sekali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri. Majlis diteruskan lagi dengan satu upacara yang mungkin baru sesetengah orang di sekitar Selangor iaitu melafazkan Lafaz Sakinah. Bagi saya, ianya merupakan simbolik penyerahan anaknya oleh si ayah kepada menantunya itu. Ayat yang syahdu di dalam teks Lafaz Sakinah mampu mengalirkan air mata. Saya sebenarnya telah menyiapkan teks tersebut dan ianya merangkumi ucapan daripada mempelai lelaki (menantu), mempelai wanita (anak), ayahanda dan bonda mempelai wanita. Namun begitu, Tuan rumah telah siap dengan teksnya sendiri dan Lafaz Sakinah itu berjalan dalam suasana yang ringkas sahaja.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan menjemput tetamu untuk menjami selera. Pada ketika saya terus menghiburkan tetamu dengan memutarkan seleksi-seleksi lagu. Semasa itu jugalah mempelai terus dengan upacara seterusnya iaitu sesi penyerahan mas kahwin serta membatalkan air sembahyang sejurus selepas mempelai lelaki selesai menunaikan solat. Majlis berakhir sekitar jam 11:30 malam da selepas mendapatkan segala informasi yang diperlukan, saya terus bergegas pulang kerana keesokannya saya perlu mengendalikan majlis persandingannya pula.

Suasana di rumah sebelum majlis bermula.
Mini pelamin yang disediakan untuk akad nikah.

Mempelai dan keluarga yang tiba.
Mempelai wanita menuruni tangga.
Persiapan terakhir sebelum upacara akad nikah bermula.
Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz, mempelai pun bersatu sebagai suami isteri.
Pose menarik mempelai selepas disatukan.

Upacara penyerahan mas kahwin.

Suami menyarungkan cincin di jari isteri.
Isteri mencium tangan suami.
Isteri pula menyarungkan cincin di jari suami.
Antara tetamu yang hadir menunggu giliran untuk menjamu selera.
Kemeriahan dalam meraikan majlis akad nikah.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment