Tuesday, 5 February 2013

Terma & Syarat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebelakangan ini saya sedikit sibuk. Ianya adalah disebabkan oleh beberapa urusan peribadi yang melibatkan ahli keluarga. Saya juga sedikit sibuk dengan urusan pengendalian majlis yang mana dijangkakan pada bulan Jun nanti... Insya Allah~  Sebelum saya terus menulis untuk tatapan semua (tidak kira siapa jua anda yang singgah atau membaca blog ini) tulisan saya pada hari ini tidak ada kena-mengena serta tidak ada kaitan dengan sesiapa secara langsung mahu pun tidak langsung. Ianya ada pemerhatian peribadi saya sendiri dan ianya telah menjadikan saya lebih berhati-hati untuk terus menapak ke hadapan.

Sebenarnya dalam kesibukan saya menguruskan beberapa urusan peribadi kebelakangan ini, saya telah berhubung dan bertemu dengan pelbagai ragam manusia dan juga pelbagai cara kendalian urusniaga. Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil keputusan untuk menetapkan TERMA & SYARAT saya sendiri untuk menjamin kelangsungan dan kesejahteraan perniagaan yang berunsurkan perkhidmatan yang saya kendalikan ini. Sebagai tambahan pula, anda (sebagai pembaca) yang ingin mengetahui tentang perkhidmatan saya ini dan juga yang amat berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya ini, tidak perlu risau. Ini kerana, terma dan syarat yang saya letakkan terlalu mudah. Ianya merupakan satu perjanjian agar tidak ada kesulitan yang akan berlaku selepas selesainya sesuatu tugasan itu. Saya harapkan agar semua pembaca serta bakal pelanggan saya memahami isi kandungan terma dan syarat tersebut dan Insya Allah dalam masa terdekat ini, saya akan nyatakan semua perkhidmatan (pakej-pakej) yang saya tawarkan.

Terima kasih di atas sokongan anda :)

TERMA & SYARAT :

Sesiapa atau mana-mana individu yang berhubung terus atau secara tidak langsung mahu pun berurusan melalui orang tengah dan sebagainya yang membawa kepada penggunaan perkhidmatan daripada DDeana Freelancer Enterprise (SA 0212167-V) untuk apa jua majlis dan tujuan:

  • Sila kemukakan sebarang permintaan-permintaan yang terperinci kepada saya sekurang-kurangnya DUA (2) minggu sebelum majlis bermula. Urusan permintaan-permintaan di saat-saat akhir akan tetap dilayan atas budi bicara dan ini merangkumi semua aspek sama ada berunsur permintaan peribadi dalam pengendalian majlis, permintaan sampingan seperti lagu-lagu dan sebagainya.

  • Sehubungan dengan itu, bermula 1hb Januari 2013, apa jua bentuk perkongsian sama ada berbentuk visual dan informasi yang saya paparkan melalui nama syarikat saya ini adalah hak milik saya. Toleransi, pertikaian, permintaan peribadi dan permintaan-permintaan lain sama sekali TIDAK AKAN DILAYAN selepas tamatnya urusan.

  • Sebarang bentuk perkongsian sama ada berbentuk visual dan informasi yang saya paparkan melalui nama syarikat saya ini SEBELUM tarikh yang dinyatakan, hanya akan dilayan atas budi bicara saya sahaja. Terma dan syarat ini berkuatkuasa serta-merta.

Harap maklum dan terima kasih.

: Yana Adnan
: 019-664 2254
: facebook.com/ddeanafreelancer
: twitter.com/ddeanafreelance
:
ddeanafreelancer.blogspot.com
:
ddeanafreelancer@gmail.com
 

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment