----------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERKAHWINAN
- PASANGAN : MOHD ZULKHAIRI BIN MOHAMED KASSIM ♥ ZAIMAH BINTI MD AROF (ENCIK MOHAMED KASSIM BIN SULAIMAN & PUAN NORMAH BINTI MAT DAUD SERTA ENCIK MD AROF BIN MAHAT & PUAN ROHANI BINTI YUSOFF)
- LOKASI : DEWAN SERBAGUNA PRESINT 8, PUTRAJAYA
- TARIKH : 2hb FEBRUARI 2013 (21 RABIUL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini sekali lagi saya ingin berkongsi cerita tentang majlis persandingan yang saya kendalikan pada hari Sabtu yang lalu. Tempahan telah pun dilakukan seawal tahun lepas jadi saya sememangnya tidak sabar ingin mengendalikan majlis tersebut. Memandangkan perjalanan sedikit jauh iaitu di Putrajaya, saya mengambil keputusan untuk bertolak lebih awal. Setelah sampai, kami melakukan persiapan yang diperlukan. Keadaan dewan sememangnya sungguh sesuai bagi majlis sebegini terutamanya bagi majlis besar yang melibat kedua-dua keluarga iaitu mempelai wanita dan juga mempelai lelaki.
|
Selamat Datang! :) |
|
Hiasan bunga meja yang comel~ |
|
Persiapan terakhir sebelum majlis bermula. |
Setelah semuanya siap, saya memulakan tugasan lebih awal bagi mengalu-alukan semua pihak yang terlibat agar terus bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut. Lauk-pauk juga telah terhidang maka semua yang ada dijemput untuk menjamu selera terlebih dahulu. Ada juga tetamu yang telah sampai seawal majlis bermula iaitu 11:30 pagi dan semua jemputan dipersilakan untuk menjamu selera. Pelbagai hidangan yang tersedia iaitu:
- Nasi beriyani & nasi putih
- Ayam masak merah
- Daging masak hitam
- Dalca
- Papedom
- Buah-buahan
- Air manis & mineral
- Kuih-muih - Kuaci, puding jagung, kuih loyang & seri muka
- Candy buffet
|
Inilah dia lauk-pauk yang telah pun siap dihidangkan. |
|
Candy buffet sememangnya cukup meninggalkan kenangan manis untuk anda! |
Mempelai tiba sekitar jam 1 petang dengan diarak oleh paluan kompang yang dipimpin oleh Tuan Haji Salleh. Mempelai terus diarak masuk ke singgahsana pelamin dan terus disandingkan. Majlis kemudiannya bermula dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Samri bin Jaafar. Setelah bacaan doa selesai, majlis berhenti seketika bagi menghormati dan memberi laluan kepada masuknya waktu solat fardu zohor.
|
Ketibaan mempelai diiringi dengan paluan kompang yang cukup meriah. |
|
Mempelai diarak masuk ke dalam dewan untuk disandingkan. |
|
Bacaan doa di awal majlis untuk mendapatkan keberkatan. |
|
Mempelai berada di pelamin ketika doa sedang dibaca. |
Setelah berehat seketika dalam 10 minit, majlis diteruskan lagi dengan persembahan paluan kompang yang mana meraikan ketibaan serta persandingan mempelai. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan upacara salam restu bagi menggantikan menepung-tawar. Sememangnya ramai yang turut serta dalam upacara salam restu iaitu:
- Ayahanda dan bonda mempelai wanita - Encik Md. Arof bin Mahat & Puan Rohani binti Yusoff
- Ayahanda dan bonda mempelai lelaki - Encik Mohamed Kassim bin Sulaiman & Puan Normah binti Mat Daud
- Adik-beradik mempelai wanita
- Along (Ruzila)
- Angah (Rashdi)
- Kekanda (Hanum) & suami
- Kekanda (Nora)
- Adik bongsu (Shahril)
Kembar (Zakiah)
- Adik-beradik mempelai lelaki
- Along & suami (Marlizan)
- Nurhasmah & suami (Isham)
- Ibu dan bapa saudara mempelai wanita
- Mak Bong Tampin
- Mak Bong Pertang
- Pak Ndak (Mat Din)
- Pak Teh Ibrahim (Tuan Haji Mahmud)
- Mak Teh (Fatimah)
- Ibu dan bapa saudara mempelai lelaki
- Mak Ngah Pauziah
- Pak Njang Mat Nor
- Ayah Ndak (Mohd Nizam)
- Abang Ann
|
Kumpulan kompang meneruskan persembahan dengan beberapa buah lagu. |
|
Upacara salam restu membuka tirai dengan mendahulukan ayahanda dan bonda mempelai. |
|
Upacara salam restu yang dimeriahkan oleh ahli keluarga dan sanak-saudara. |
Selesai sahaja upacara salam restu, majlis diteruskan lagi dengan
upacara makan beradab, diikuti dengan upacara memotong kek dan sesi
fotografi. Sempat juga salah seorang ahli keluarga mempelai wanita menghiburkan tetamu dalam sesi jamming karaoke suka-suka. Apabila majlis hampir sampai ke penghujungnya, satu majlis meraikan sambutan ulangtahun kelahiran telah dilakukan. Terima kasih diucapkan kepada mempelai di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan majlis. Diharapkan semua berpuas hati dengan komitmen yang saya berikan dan Insya Allah kita berjumpa lagi~
|
Mempelai sedang standby untuk makan beradab. |
|
Wakil daripada keluarga mempelai wanita menghiburkan tetamu. |
|
Upacara memotong kek oleh mempelai. |
|
Suapan suami kepada isteri tercinta. |
|
Suapan isteri pula kepada suami yang disayangi. |
|
Mempelai bergambar bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita. |
|
Mempelai bergambar bersama ayahanda dan bonda mempelai lelaki. |
|
Gambar kenangan bersama kedua-dua keluarga. |
|
Hiburan selingan oleh salah seorang tetamu yang hadir. |
|
Kejutan sambutan ulangtahun kelahiran kakak kepada mempelai lelaki :) |
|
Posing istimewa mempelai di singgahsana pelamin. |
|
Gambar kenangan bersama mempelai sebelum pulang. |
Sekian dan wassallam~
Thanks puan, saya sangat berpuas hati dengan service puan... tak pnh kitorg boring pon sepanjang majlis...
ReplyDeletefrom-abang ipar lelaki...
Terima kasih :)
Delete