Sunday, 17 February 2013

DJ - Akad Nikah : Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : AKAD NIKAH
  • PASANGAN : NUR MASTURA BINTI ALIYASAA' ♥ MOHAMMED HAZIMI BIN ABDUL RAZAK (ENCIK ALIYASAA' BIN MD ZAIN & PUAN SALMAH BINTI MAT NOR)
  • LOKASI : BANDAR TUN HUSSIEN ONN, CHERAS
  • TARIKH : 15hb FEBRUARI 2013 (4 RABIUL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hai semua... hari ini saya nak kongsikan cerita tentang majlis pernikahan dan selepas itu disusuli dengan majlis persandingan di antara Mastura dan Hazimi. Sebelum terus bercerita, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat FB saya yang me-rekomen-kan saya kepada pihak Tuan :) Berbalik kepada majlis yang pertama iaitu majlis akad nikah, ianya berlangsung pada hari Jumaat yang lalu pada sebelah malamnya. Saya tiba awal iaitu sekitar jam 6 petang bagi membuat persiapan. Semuanya perlu siap dengan segera kerana pihak Tuan rumah ingin menunaikan solat maghrib secara berjemaah, diikuti dengan tahlil dan disusuli pula dengan solat Isya' yang juga secara berjemaah.

Selesai sahaja menunaikan solat Isya' berjemaah, tetamu yang ada dijemput untuk menghayati hiburan yang saya putarkan. Penantian tetamu tidak lama kerana tidak sampai 10 minit, pihak sebelah lelaki pun sampai dan segala persiapan untuk majlis akad nikah pun dilakukan. Saya mengambil posisi terbaik untuk melihat perjalanan majlis sekaligus mengendalikannya. Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dan kemudiannya saya menyerahkan majlis kepada keluarga sebelah lelaki dan diikuti dengan sebelah perempuan. Selepas itu, saya menyerahkan majlis kepada Imam bagi memberikan khutbah.

Selesai sahaja semuanya, majlis pun diteruskan dengan upacara kemuncak iaitu upacara akad nikah. Upacara akad nikah telah disempurnakan oleh ayahanda mempelai wanita dan dengan hanya sekali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri. Majlis diteruskan lagi dengan satu upacara yang mungkin baru sesetengah orang di sekitar Selangor iaitu melafazkan Lafaz Sakinah. Bagi saya, ianya merupakan simbolik penyerahan anaknya oleh si ayah kepada menantunya itu. Ayat yang syahdu di dalam teks Lafaz Sakinah mampu mengalirkan air mata. Saya sebenarnya telah menyiapkan teks tersebut dan ianya merangkumi ucapan daripada mempelai lelaki (menantu), mempelai wanita (anak), ayahanda dan bonda mempelai wanita. Namun begitu, Tuan rumah telah siap dengan teksnya sendiri dan Lafaz Sakinah itu berjalan dalam suasana yang ringkas sahaja.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan menjemput tetamu untuk menjami selera. Pada ketika saya terus menghiburkan tetamu dengan memutarkan seleksi-seleksi lagu. Semasa itu jugalah mempelai terus dengan upacara seterusnya iaitu sesi penyerahan mas kahwin serta membatalkan air sembahyang sejurus selepas mempelai lelaki selesai menunaikan solat. Majlis berakhir sekitar jam 11:30 malam da selepas mendapatkan segala informasi yang diperlukan, saya terus bergegas pulang kerana keesokannya saya perlu mengendalikan majlis persandingannya pula.

Suasana di rumah sebelum majlis bermula.
Mini pelamin yang disediakan untuk akad nikah.

Mempelai dan keluarga yang tiba.
Mempelai wanita menuruni tangga.
Persiapan terakhir sebelum upacara akad nikah bermula.
Alhamdulillah, hanya dengan sekali lafaz, mempelai pun bersatu sebagai suami isteri.
Pose menarik mempelai selepas disatukan.

Upacara penyerahan mas kahwin.

Suami menyarungkan cincin di jari isteri.
Isteri mencium tangan suami.
Isteri pula menyarungkan cincin di jari suami.
Antara tetamu yang hadir menunggu giliran untuk menjamu selera.
Kemeriahan dalam meraikan majlis akad nikah.

Sekian dan wassallam~

Monday, 11 February 2013

Wedding Kas ♥ Shaz : Dewan Al-Islah, Jln. Kastam, Pel. Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : KAS ♥ SHAZ (ENCIK BAHARUDDIN BIN OMAR & PUAN ZAINU BINTI YUSUFF)
  • LOKASI : DEWAN AL-ISLAH, JALAN KASTAM, PELABUHAN KLANG
  • TARIKH : 10hb FEBRUARI 2013
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini cerita saya adalah tentang majlis persandingan salah seorang sahabat saya sendiri. Sebenarnya, tugasan ini adalah permintaan di saat-saat akhir daripada salah seorang ahli daripada salah satu team yang sering saya ikuti. Meskipun mood saya adalah untuk meraikan Tahun Baru Cina, namun saya tidak menghampakan permintaan tersebut dan persiapan biasa saya lakukan dengan sebaik-baiknya. Pada awalnya, saya tidak mengetahui langsung tentang majlis tersebut kerana ia merupakan majlis di sebelah pihak perempuan. Saya hanya mengetahuinya setelah tiba di lokasi majlis.

Saya memulakan tugasan saya seperti biasa dan jemputan mula memenuhi ruangan dewan sekitar 12 tengah hari. Pelbagai lauk-pauk dihidangkan dan saya terus menjemput tetamu untuk menjamu selera sambil berhibur dengan pelbagai lagu yang diputarkan.

Antara hiasan di bahagian Guest Book :)
Pemanis mulut untuk tetamu.
Hidangan utama yang memang best!
Juadah cendol ketika berborak sakan bersama saudara-mara.
Antara tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis.

Mempelai tiba awal daripada yang dijangkakan. Perancangan awalnya adalah mempelai akan disandingkan terlebih dahulu dan kemudiannya diikuti dengan makan beradab serta diakhiri dengan menepung-tawar. Namun atas beberapa faktor, majlis perlu diteruskan dengan plan biasa iaitu mempelai diarak masuk dan menuju ke singgsahsana pelamin. Kemudian, majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dan bacaan doa telah dilakukan oleh Encik Muhd Fauzi bin Jaafar. Mempelai disandingkan dan diikuti dengan upacara menepung-tawar.


Mempelai yang tiba diarak masuk ke singgahsana pelamin.
Bacaan doa bagi memberkati majlis.
Mempelai ketika di atas pelamin ketika bacaan doa.
Upacara menepung-tawar dimulakan oleh ayahanda dan bonda mempelai wanita.
Upacara menepung-tawar diteruskan oleh ayahanda dan bonda mempelai lelaki.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan upacara makan beradab dan diikuti dengan upacara memotong kek. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan suasana majlis meriah dengan persembahan istimewa daripada adik-beradik mempelai lelaki yang menghiburkan tetamu dengan beberapa buah lagu. Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada mempelai dan diharapkan semua gembira dengan cara pengendalian saya. Terima kasih~

Sesi makan beradab yang turut disertai ahli keluarga yang lain.
Suapan suami buat isteri.
Suapan daripada isteri pula suami.
Upacara memotong kek oleh mempelai.
Pandangan manja oleh isteri ketika disuapkan oleh suami.
Suapan penuh kasih sayang daripada isteri pula.
Adik mempelai lelaki yang baru naik pelamin menyumbang suara.
Paduan suara adik dan abang mempelai lelaki memeriahkan lagi majlis.
Jurugambar juga tidak melepaskan peluang melepaskan gian~
Gambar kenangan bersama ahli keluarga dan sanak-saudara mempelai lelaki.

Gambar kenangan bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita.
Gambar kenangan bersama mempelai sebelum mengakhiri tugasa :)

Sekian dan wassallam~

Saturday, 9 February 2013

Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua! :)



Sekian dan wassallam~

Tuesday, 5 February 2013

Terma & Syarat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kebelakangan ini saya sedikit sibuk. Ianya adalah disebabkan oleh beberapa urusan peribadi yang melibatkan ahli keluarga. Saya juga sedikit sibuk dengan urusan pengendalian majlis yang mana dijangkakan pada bulan Jun nanti... Insya Allah~  Sebelum saya terus menulis untuk tatapan semua (tidak kira siapa jua anda yang singgah atau membaca blog ini) tulisan saya pada hari ini tidak ada kena-mengena serta tidak ada kaitan dengan sesiapa secara langsung mahu pun tidak langsung. Ianya ada pemerhatian peribadi saya sendiri dan ianya telah menjadikan saya lebih berhati-hati untuk terus menapak ke hadapan.

Sebenarnya dalam kesibukan saya menguruskan beberapa urusan peribadi kebelakangan ini, saya telah berhubung dan bertemu dengan pelbagai ragam manusia dan juga pelbagai cara kendalian urusniaga. Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil keputusan untuk menetapkan TERMA & SYARAT saya sendiri untuk menjamin kelangsungan dan kesejahteraan perniagaan yang berunsurkan perkhidmatan yang saya kendalikan ini. Sebagai tambahan pula, anda (sebagai pembaca) yang ingin mengetahui tentang perkhidmatan saya ini dan juga yang amat berminat untuk mendapatkan perkhidmatan saya ini, tidak perlu risau. Ini kerana, terma dan syarat yang saya letakkan terlalu mudah. Ianya merupakan satu perjanjian agar tidak ada kesulitan yang akan berlaku selepas selesainya sesuatu tugasan itu. Saya harapkan agar semua pembaca serta bakal pelanggan saya memahami isi kandungan terma dan syarat tersebut dan Insya Allah dalam masa terdekat ini, saya akan nyatakan semua perkhidmatan (pakej-pakej) yang saya tawarkan.

Terima kasih di atas sokongan anda :)

TERMA & SYARAT :

Sesiapa atau mana-mana individu yang berhubung terus atau secara tidak langsung mahu pun berurusan melalui orang tengah dan sebagainya yang membawa kepada penggunaan perkhidmatan daripada DDeana Freelancer Enterprise (SA 0212167-V) untuk apa jua majlis dan tujuan:

  • Sila kemukakan sebarang permintaan-permintaan yang terperinci kepada saya sekurang-kurangnya DUA (2) minggu sebelum majlis bermula. Urusan permintaan-permintaan di saat-saat akhir akan tetap dilayan atas budi bicara dan ini merangkumi semua aspek sama ada berunsur permintaan peribadi dalam pengendalian majlis, permintaan sampingan seperti lagu-lagu dan sebagainya.

  • Sehubungan dengan itu, bermula 1hb Januari 2013, apa jua bentuk perkongsian sama ada berbentuk visual dan informasi yang saya paparkan melalui nama syarikat saya ini adalah hak milik saya. Toleransi, pertikaian, permintaan peribadi dan permintaan-permintaan lain sama sekali TIDAK AKAN DILAYAN selepas tamatnya urusan.

  • Sebarang bentuk perkongsian sama ada berbentuk visual dan informasi yang saya paparkan melalui nama syarikat saya ini SEBELUM tarikh yang dinyatakan, hanya akan dilayan atas budi bicara saya sahaja. Terma dan syarat ini berkuatkuasa serta-merta.

Harap maklum dan terima kasih.

: Yana Adnan
: 019-664 2254
: facebook.com/ddeanafreelancer
: twitter.com/ddeanafreelance
:
ddeanafreelancer.blogspot.com
:
ddeanafreelancer@gmail.com
 

Sekian dan wassallam~

Monday, 4 February 2013

DJ - Perkahwinan : Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MOHD ZULKHAIRI BIN MOHAMED KASSIM ♥ ZAIMAH BINTI MD AROF (ENCIK MOHAMED KASSIM BIN SULAIMAN & PUAN NORMAH BINTI MAT DAUD SERTA ENCIK MD AROF BIN MAHAT & PUAN ROHANI BINTI YUSOFF)
  • LOKASI : DEWAN SERBAGUNA PRESINT 8, PUTRAJAYA
  • TARIKH : 2hb FEBRUARI 2013 (21 RABIUL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini sekali lagi saya ingin berkongsi cerita tentang majlis persandingan yang saya kendalikan pada hari Sabtu yang lalu. Tempahan telah pun dilakukan seawal tahun lepas jadi saya sememangnya tidak sabar ingin mengendalikan majlis tersebut. Memandangkan perjalanan sedikit jauh iaitu di Putrajaya, saya mengambil keputusan untuk bertolak lebih awal. Setelah sampai, kami melakukan persiapan yang diperlukan. Keadaan dewan sememangnya sungguh sesuai bagi majlis sebegini terutamanya bagi majlis besar yang melibat kedua-dua keluarga iaitu mempelai wanita dan juga mempelai lelaki.

Selamat Datang! :)
Hiasan bunga meja yang comel~
Persiapan terakhir sebelum majlis bermula.

Setelah semuanya siap, saya memulakan tugasan lebih awal bagi mengalu-alukan semua pihak yang terlibat agar terus bekerjasama dalam menjayakan majlis tersebut. Lauk-pauk juga telah terhidang maka semua yang ada dijemput untuk menjamu selera terlebih dahulu. Ada juga tetamu yang telah sampai seawal majlis bermula iaitu 11:30 pagi dan semua jemputan dipersilakan untuk menjamu selera. Pelbagai hidangan yang tersedia iaitu:
  • Nasi beriyani & nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Daging masak hitam
  • Dalca
  • Papedom
  • Buah-buahan
  • Air manis & mineral
  • Kuih-muih - Kuaci, puding jagung, kuih loyang & seri muka
  • Candy buffet

Inilah dia lauk-pauk yang telah pun siap dihidangkan.
Candy buffet sememangnya cukup meninggalkan kenangan manis untuk anda!

Mempelai tiba sekitar jam 1 petang dengan diarak oleh paluan kompang yang dipimpin oleh Tuan Haji Salleh. Mempelai terus diarak masuk ke singgahsana pelamin dan terus disandingkan. Majlis kemudiannya bermula dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Samri bin Jaafar. Setelah bacaan doa selesai, majlis berhenti seketika bagi menghormati dan memberi laluan kepada masuknya waktu solat fardu zohor.

Ketibaan mempelai diiringi dengan paluan kompang yang cukup meriah.

Mempelai diarak masuk ke dalam dewan untuk disandingkan.
Bacaan doa di awal majlis untuk mendapatkan keberkatan.
Mempelai berada di pelamin ketika doa sedang dibaca.



Setelah berehat seketika dalam 10 minit, majlis diteruskan lagi dengan persembahan paluan kompang yang mana meraikan ketibaan serta persandingan mempelai. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan upacara salam restu bagi menggantikan menepung-tawar. Sememangnya ramai yang turut serta dalam upacara salam restu iaitu:
  • Ayahanda dan bonda mempelai wanita - Encik Md. Arof bin Mahat & Puan Rohani binti Yusoff
  • Ayahanda dan bonda mempelai lelaki - Encik Mohamed Kassim bin Sulaiman & Puan Normah binti Mat Daud
  • Adik-beradik mempelai wanita
  1. Along (Ruzila)
  2. Angah (Rashdi)
  3. Kekanda (Hanum) & suami
  4. Kekanda (Nora)
  5. Adik bongsu (Shahril)
    Kembar (Zakiah)
  • Adik-beradik mempelai lelaki
  1. Along & suami (Marlizan)
  2. Nurhasmah & suami (Isham)
  • Ibu dan bapa saudara mempelai wanita
  1. Mak Bong Tampin
  2. Mak Bong Pertang
  3. Pak Ndak (Mat Din)
  4. Pak Teh Ibrahim (Tuan Haji Mahmud)
  5. Mak Teh (Fatimah)
  • Ibu dan bapa saudara mempelai lelaki
  1. Mak Ngah Pauziah
  2. Pak Njang Mat Nor
  3. Ayah Ndak (Mohd Nizam)
  4. Abang Ann


Kumpulan kompang meneruskan persembahan dengan beberapa buah lagu.
Upacara salam restu membuka tirai dengan mendahulukan ayahanda dan bonda mempelai.
Upacara salam restu yang dimeriahkan oleh ahli keluarga dan sanak-saudara.

Selesai sahaja upacara salam restu, majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab, diikuti dengan upacara memotong kek dan sesi fotografi. Sempat juga salah seorang ahli keluarga mempelai wanita menghiburkan tetamu dalam sesi jamming karaoke suka-suka. Apabila majlis hampir sampai ke penghujungnya, satu majlis meraikan sambutan ulangtahun kelahiran telah dilakukan. Terima kasih diucapkan kepada mempelai di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengendalikan majlis. Diharapkan semua berpuas hati dengan komitmen yang saya berikan dan Insya Allah kita berjumpa lagi~


Mempelai sedang standby untuk makan beradab.

Wakil daripada keluarga mempelai wanita menghiburkan tetamu.

Upacara memotong kek oleh mempelai.

Suapan suami kepada isteri tercinta.

Suapan isteri pula kepada suami yang disayangi.

Mempelai bergambar bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita.

Mempelai bergambar bersama ayahanda dan bonda mempelai lelaki.
Gambar kenangan bersama kedua-dua keluarga.

Hiburan selingan oleh salah seorang tetamu yang hadir.

Kejutan sambutan ulangtahun kelahiran kakak kepada mempelai lelaki :)
Posing istimewa mempelai di singgahsana pelamin.

Gambar kenangan bersama mempelai sebelum pulang.
Sekian dan wassallam~