----------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERKAHWINAN
- PASANGAN : MOHD NAZRI BIN ISMAIL ♥ MURNIYATI BINTO MOHAMAD (ENCIK ISMAIL BIN HAMIN / WAK LEMAN & KELUARGA)
- LOKASI : BATU 9 KEBUN BARU, TELOK PANGLIMA GARANG
- TARIKH : 10hb MAC 2013 (27 RABIUL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Jom ikuti perkembangan daripada saya lagi. Kali ini adalah tentang majlis di Batu 9 Kebun Baru di Telok Panglima Garang. Sebenarnya saya telah memulakan seawal malam 9hb Mac lagi. Pada malam sebelumnya, ianya adalah sebuah majlis jamuan makan yang santai sahaja. Majlis dimeriahkan dengan sesi jamming karaoke suka-suka yang tidak putus-putus sehingga jam 12 tengah malam. Ianya adalah suasana biasa bagi kawasan-kawasan tersebut dan saya telah dimaklumkan terlebih awal bahawa keadaan yang sama dijangkakan pada keesokan harinya. Jom layan dulu gambar-gambar di bawah.
|
Selamat datang!~ |
|
Rakan baik mempelai sedang menyampaikan sebuah lagu. |
|
Otai-otai pun tak melepaskan peluang. |
Saya tiba tepat jam 11 pagi pada
hari Ahad tersebut. Ianya sedikit lewat sebenarnya kerana saya
dijangkakan tiba awal namun begitu majlis baru sahaja bermula pada waktu
itu dan memandangkan semua kelengkapan telah dipasang, saya tidak
mempunyai masalah untuk terus memulakan tugasan. Seperti yang
dijangkakan, majlis pada hari Ahad yang lalu juga santai seperti malam
sebelumnya. Tetamu yang hadir tidak putus-putus dan permintaan untuk
ber-jamming karaoke juga tidak henti-henti. Saya terus melaksanakan
tugasan saya sebaik mungkin dengan bantuan daripada rakan setugas saya
yang terus setia menemani saya.
Saya
berhenti berehat seketika sekitar jam 1:20 petang. Tugasan saya
disambung semula pada jam 1:45 petang dan mempelai pun tiba pada jam 2
petang. Mempelai diiringi oleh audio paluan kompang yang saya pasangkan
berserta selawat dan doa bagi memberkati majlis. Mempelai terus dibawa
ke meja santapan utama bagi memulakan upacara makan beradab. Selepas
itu, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek. Sambil-sambil itu
juga, mempelai terus melayan tetamu yang turut ingin bergambar dan
selepas itu, mempelai pun berjalan beriringan bertemu dengan tetamu bagi
beramah mesra dan mengucapkan terima kasih.
Sesi
jamming karaoke suka-suka pula terus berjalan dengan pelbagai
permintaan lagu. Keadaan ini berlanjutan sehingga ke jam 4:30 petang
meskipun tugasan saya sepatutnya selesai jam 4 petang. Saya tiada
masalah bertolak-ansur jika keadaan memerlukan dan segala gelagat
daripada para petugas atau penanggah, ahli keluarga dan sanak-saudara
sememangnya amat mencuit hati. Diharapkan semua terhibur dan berpuas
hati dengan cara kendalian saya. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi.
Bagi anda yang inginkan perkhidmatan daripada saya, segeralah berbuat
demikian. Segala jadual telah saya letakkan di blog ini dan saya
kemaskini sekerap yang mungkin. Oleh itu, janganlah berlengah lagi
kerana adalah dikhuatiri jadual saya telah penuh ketika anda memerlukan
perkhidmatan saya. Jumpa lagi! Insya Allah~
|
Kemeriahan pada hari Ahad dengan sesi jamming karaoke. |
|
Antara yang menyumbangkan suara. |
|
Anak muda yang berani tampil solo. |
|
Yang tampil berduet menceriakan suasana. |
|
Lagi otai memeriahkan majlis. |
|
Sesi gotong-royong memasak bersama-sama. |
|
Inilah tempat di mana segala hidangan disediakan. |
|
Ketibaan mempelai. |
|
Kaum hawa juga sibuk menyiapkan bahan mentah. |
|
Mempelai wanita yang berjalan keluar menyambut ketibaan mempelai lelaki. |
|
Mempelai bersiap sedia untuk berjalan beriringan. |
|
Pose menarik mempelai. |
|
Mempelai dan ahli keluarga bersiap sedia untuk sesi makan beradab. |
|
Sambil makan, sambil mengambil kesempatan bergambar. |
|
Antara tetamu yang hadir. |
|
Tetamu memilih juadah yang berkenan. |
|
Hidangan yang sedap-sedap belaka. |
|
Kek yang disediakan untuk mempelai. |
|
Mempelai ketika upacara memotong kek. |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment