Saturday, 16 March 2013

DJ - Perkahwinan : Dewan Sri Siantan 1, Precint 3, Putrajaya

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : AHMAD ZAINI BIN ZAKARIA ♥ NUR SYAIDAH BINTI RADZALI (ENCIK ZAKARIA BIN TALIB & PUAN RHANI BINTI YUSOFF)
  • LOKASI : DEWAN SRI SIANTAN 1, PUTRAJAYA
  • TARIKH : 16hb MAC 2013 (4 JAMADIL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru jerr berlalu hari ini adalah majlis persandngan antara Ahmad Zaini dan juga Nur Syaidah. Saya tiba sekitar jam 12 tengah hari dan berlaku salah faham kerana saya langsung tidak boleh menggunakan peralatan yang disediakan. Sedangkan seminggu sebelum majlis, saya telah menghubungi technician yang bertugas dan memaklumkan perjalanan tugasan saya. Namun begitu, dengan kerjasama dan bantuan rakan-rakan saya, kami telah cuba mengatasi masalah tersebut.

Selepas itu, seperti yang telah dirancangkan, majlis berjalan seperti biasa sahaja iaitu dengan perarakan mempelai, persandingan, makan beradab, memotong kek dan sesi fotografi. Terima kasih diucapkan kepada abang sulung mempelai lelaki yang memberikan kerjasama yang berterusan kepada kami.

Selamat datang~

Antara tetamu yang hadir.

Lauk-pauk dan hidangan yang disediakan.

Perarakan mempelai masuk ke dalam dewan.

Mempelai menuju ke pelamin untuk disandingkan.

Mempelai yang sedang disandingkan.

Mempelai ketika bacaan doa.

Bacaan doa sedang dilakukan.

Khusyuk mempelai meng-amin-kan bacaan doa.

Ucapan oleh kekanda sulung mempelai lelaki.

Bersalaman dengan ayahanda dan bonda tanda memberi restu.

Suapan isteri kepada suami.

Suapan suami pula kepada isteri.

Kek yang disediakan untuk mempelai.

Upacara memotong kek oleh pasangan mempelai.

Suami menyuapkan kek kepada isteri.

Isteri pula menyuapkan kek kepada suami,

Sesi fotografi bersama mempelai.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment