----------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERSANDINGAN
- PASANGAN : RABEATUL ADAWIYAH BINTI KHALANI ♥ NOOR HISHAM BIN ZAKARIA (PUAN NOORAINI BINTI ABD GHANI & KELUARGA)
- LOKASI : TAMAN SUNGAI SIREH, KLANG
- TARIKH : 2hb MAC 2013 (19 RABIUL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Jom layan cerita sekitar tugasan saya pada hari Sabtu yang lalu yang mana bertempat di Taman Sungai Sireh, Klang. Memandangkan lokasi majlis agak dekat dengan rumah saya, maka saya memulakan perjalanan ke lokasi sedikit lewat dan berjaya sampai pada masanya. Sesampai sahaja saya di saya, majlis telah bermula dengan majlis marhaban sehingga jam 12 tengah hari. Kesempatan itulah saya gunakan sebaiknya untuk mendapatkan semua informasi yang diperlukan khususnya ketika ketibaan mempelai.
Kumpulan marhaban yang selesai dengan persembahannya dijamu dengan pelbagai jenis hidangan yang tersedia. Mempelai tiba sekitar jam 12 tengah hari dengan diiringi oleh paluan kompang dari Kampung Keretapi, di bawah pimpinan Encik Tasripin. Jom layan dulu gambar-gambar di bawah:
Suasana sebelum majlis bermula. |
Hidangan kambing bakar yang menjadi tarikan. |
Mempelai lelaki ketika bersiap sedia untuk berarak. |
Apabila kedua mempelai bertemu~ |
Mempelai berjalan beriringan menuju ke singgahsana pelamin. |
Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai. |
Mempelai disandingkan terlebih dahulu dan selepas itu majlis diteruskan dengan upacara menepung tawar yang mana telah dimulakan dengan ahli keluarga dan sanak-saudara dari sebelah mempelai lelaki. Kemudian, majlis diteruskan dengan upacara menepung tawar daripada sebelah mempelai wanita pula dan diikuti pula selepas itu dengan sesi makan beradab. Seperti biasa selepas itu, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek oleh mempelai.
Mempelai disandingkan di singgahsana pelamin yang cukup cantik. |
Upacara tepung tawar yang dimulakan oleh ayahanda mempelai lelaki. |
Bonda mempelai wanita yang sebak ketika menepung tawar mempelai. |
Suapan suami kepada isteri ketika makan beradab. |
Suapan isteri kepada suami pula ketika makan beradab. |
Upacara memotong kek oleh mempelai. |
Romantik sungguh suami menerima suapan kek daripada isteri. |
Giliran suami menyuapkan kek kepada isteri. |
Sepanjang majlis sebenarnya saya menjanjikan hiburan tanpa henti buat tetamu. Selepas upacara memotong kek tersebut, sesi jamming karaoke suka-suka disambung dengan penampilan ahli keluarga daripada sebelah mempelai lelaki yang sememangnya menggamatkan suasana. Selepas itu, majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama mempelai seperti dalam gambar-gambar di bawah.
Penyumbang suara daripada ahli keluarga mempelai lelaki. |
Kakak serta bapa saudara kepada mempelai yang turut menyumbangkan suara. |
Seorang lagi ibu saudara mempelai lelaki menghiburkan tetamu. |
Mempelai bergambar ayahanda dan bonda mempelai lelaki. |
Mempelai bergambar bersama seluruh ahli keluarga mempelai wanita. |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment