----------------------------------------------------------------------------------
- TUGAS : DJ
- MAJLIS : PERKAHWINAN
- PASANGAN : AZUAH BINTI ABDULLAH ♥ AHMAD FAUZEE (PUAN SABARIAH & KELUARGA)
- LOKASI : LORONG MUSTAFFA KAMAL, JALAN YADI, KLANG
- TARIKH : 17hb MAC 2013 (5 JAMADIL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini satu lagi majlis perkahwinan telah selesai saya kendalikan. Majlis yang mengenakan tema warna yang cukup cantik, sedikit sebanyak telah menghangatkan lagi suasana pada hari ini. Majlis bermula seperti biasa dan layan dulu gambar-gambar yang saya letakkan.
Hari ini satu lagi majlis perkahwinan telah selesai saya kendalikan. Majlis yang mengenakan tema warna yang cukup cantik, sedikit sebanyak telah menghangatkan lagi suasana pada hari ini. Majlis bermula seperti biasa dan layan dulu gambar-gambar yang saya letakkan.
Selamat datang ke destinasi cinta Azuah & Fauzee :) |
Pelamin yang cantik untuk upacara persandingan. |
Antara tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis. |
Mempelai tiba sedikit awal iaitu sekitar jam 12:30 tengah hari. Selepas diarak masuk menuju ke pelamin, mempelai pun terus disandingkan. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan upacara salam restu dengan menjemput ahli keluarga dan saudara-mara yang ingin bersalaman dengan mempelai. Kemudiannya seperti biasa, majlis diteruskan lagi dengan sesi makan beradab dan memotong kek. Sempat juga ahli keluarga dan tetamu bergambar bersama mempelai.
Mempelai lelaki yang telah bersiap sedia. |
Mempelai wanita yang malu-malu menyambut suami tersayang. |
Isteri mencium tangan suami. |
Mempelai bersiap sedia untuk berarak. |
Mempelai ketika disandingkan. |
Mempelai sempat bergambar bersama ahli keluarga. |
Kumpulan kompang yang setia mengiringi mempelai yang disandingkan. |
Mempelai sempat juga posing. |
Suapan isteri kepada suami ketika sesi makan beradab. |
Ahli keluarga dan sanak-saudara mempelai lelaki yang turut hadir. |
Kek yang disediakan untuk upacara memotong kek. |
Mempelai ceria ketika upacara memotong kek. |
Sesi jamming karaoke suka-suka juga terus berjalan dengan rancaknya. Bukan sekadar ahli keluarga sahaja yang mengambil kesempatan tersebut, tetapi pihak katering juga turut melepaskan gian. Ketika majlis sudah hampir ke penghujungnya, mempelai juga turut meluangkan masa beramah-mesra dan ber-karaoke. Terima kasih diucapkan kepada semua~
Ahli keluarga dan sanak-saudara yang ber-jamming karaoke. |
Ini dia pihak katering yang melepaskan gian. |
Ada juga otai memeriahkan suasana. |
Lagi ahli keluarga menyumbangkan suara. |
Mempelai yang sporting menyumbangkan suara. |
Saya dan rakan-rakan setugas yang lain. |
Sekian dan wassallam~
No comments:
Post a Comment