Monday 28 November 2011

DJ - Perkahwinan : Meru, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • LOKASI : MERU, KLANG
  • TARIKH : 27hb NOVEMBER 2011
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya sebenarnya baru sahaja keluar dari hospital demam denggi. Ye... pada posting tentang job sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa saya kurang sihat. Nampaknya keadaan tidak bertambah baik sehinggalah saya melakukan pemeriksaan darah. Akibat risau yang keadaan mungkin menjadi kurang baik, maka keluarga saya telah menghantar saya ke PPUM dan saya telah ditahan dalam 3 hari. Alhamdulillah... keadaan saya sudah bertambah baik dan semalam merupakan job pertama saya setelah beransur pulih.

Saya bertugas sendirian kerana pembahagiaan tugas. Namun itu bukanlah satu tugasan yang sukar bagi saya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar cuma keadaan cuaca yang kurang mengizinkan. Tuan rumah sememangnya baik hati dengan menyediakan khemah yang besar untuk saya bertugas dan semua kelengkapan juga disediakan dengan baik. Tetamu dan sanak-saudara yang hadir juga tidak melepaskan peluang ber-karaoke. Jadi, apa kata enjoy saja gambar-gambar di bawah :)

Suasana Semalam di Majlis Persandingan
Orang muda yang lepas gian ber-karaoke.
Kelunakan suaranya telah membuatkan saya meminta untuk menyampaikan 2 buah lagu.
Saya yang sedang bertugas... memang muka orang tak berapa nak sihat :P

Sekian dan wassallam~

Sunday 13 November 2011

DJ - Perkahwinan : Meru

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • LOKASI : MERU, KLANG
  • TARIKH : 13hb NOVEMBER 2011
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Sebenarnya keadaan kesihatan saya pada ketika ini kurang memuaskan. Namun begitu, atas permintaan seorang sahabt, saya gagahkan juga diri untuk bertugas pada hari ini bagi sebuah majlis persandingan di Meru, Klang. Namun begitu, atas faktor kesihatan saya ini, saya tidak keseorangan ketika bertugas kerana saya turut ditemani oleh seorang lagi DJ lelaki. Oleh itu, tugasan saya lebih mudah namun begitu, saya tetap memainkan peranan yang penting apabila tibanya pasangan mempelai.

Pasangan mempelai kelihatan sedondon dengan tema warna pink dan sememangnya kebetulan saya juga turut mengenakan baju pink. Suasana cukup meriah dengan sanak-saudara yang tidak henti-henti ber-karaoke. Tugasan penting saya bermula apabila tibanya pasangan mempelai dan terus disandingkan. Kemudian, mempelai dipersilakan bagi sesi makan beradab dan upacara memotong kek. Majlis selesai seperti biasa dan saya berharap agar kesihatan saya akan bertambah baik selepas ini... Insya' Allah~

Majlis Pada Hari Ini
Inilah buah hati saya ketika bekerja :)

Mempelai sedang menyumbangkan suara. Memang sporting!
Kami yang bertugas pada hari ini.

Sekian dan wassallam~

Thursday 10 November 2011

Kesibukan melanda

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Wah, nampaknya kesibukan benar-benar menerpa. Tapi bukan sibuk dengan pelbagai job tapi kesibukan menguruskan diri dan mengatur jadual sendiri. Lebih-lebih lagi dalam kesibukan mengejar deadline untuk submit draft thesis. jadi, kadangkala urusan kemaskini blog ni terpaksa dilupakan seketika. Jadi, saya minta maaf untuk anda yang mungkin sedikit tertanya-tanya tentang perkembangan semasa saya. Kalau nak terus melihat gambar-gambar, kenalah selalu menjenguk ke Facebook DDeana D'Freelancer sebab di situ Insya' Allah semuanya seringkali di-update.

Diringkaskan cerita, buat masa ini, saya sedikit sibuk untuk menyiapkan thesis yang sedikit terbengkalai. Maklumlah, tanggungjawab sebagai pelajar tu adalah sepenuh masa dan menjadi keutamaan saya. Selain daripada itu, setakat tarikh ini, saya bersama dengan Pro Selamat Entertainment akan turun untuk majlis perkahwinan anak Dato' Bardiri di Kampung Lombong. Kami dah pun menghadiri meeting yang diadakan aritu dan kedengaran majlis begitu grand. Buat masa ni, saya tidak menggunakan sebarang video untuk buat recording dan untuk di-upload, jadi hanya gambar-gambar sahaja yang boleh dijadikan tatapan dan sebagai bukti grand-nya majlis yang bakal berlangsung tu. Hehehehe~ Nantikan ajelah ye :)

Seterusnya, saya juga sibuk bersama dengan AA Band sebab saya ni bukanlah seorang penyanyi professional. Terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan perbaiki. Jadi, sesi latihan yang kerap memang banyak membantu saya. Di samping itu pula, saya telah membuat satu keputusan yang sama sekali tidak pernah saya sangkaan pada umur saya 25 tahun (ya, memang terlalu tua kan? hehehehe~). Saya baru berjinak-jinak dengan keyboard dan dalam proses merangkak lagi. Sebulan yang lalu, saya sebenarnya telah pun bermula dengan kelas vokal secara persendirian di rumah dan kelas vokal ini dijangkakan berlanjutan sehingga 3 bulan. Insya' Allah... setelah selasai kelas vokal tersebut, saya akan menyambung pula dengan kelas keyboard. Saya amat berharap segalanya akan dapat memantapkan diri saya sendiri dan mampu memuaskan hati ramai pihak :)

Jadi, inilah antara perkembangan yang mampu saya kongsikan. Insya' Allah... semuanya akan berjalan dengan lancar. Sekali lagi, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan saya di Facebook DDeana D'Freelancer~

Sekian dan wassallam~