Friday 29 June 2012

Restoran MONrods, Seksyen 20, Shah Alam - Setiap Ahad & Isnin

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • LOKASI : RESTORAN MONRODS, SEKSYEN 20, SHAH ALAM
  • HARI : SETIAP AHAD (5 PTG-12:30 T/MLM) & ISNIN (9 MLM - 12:30 T/MLM)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Kali ini saya ingin berkongsi tentang perkembangan terkini saya iaitu tugasan terkini saya pada setiap saya. Sebenarnya saya sekarang telah memulakan tugasan di Restoran Monrods, Seksyen 20, Shah Alam pada setiap Ahad dan Isnin di sini. Pada asalnya saya hanya meluangkan masa bersantai di Restoran ini yang mana turut menyediakan hiburan band pada setiap malam Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Tanpa disangka, salah seorang rakan saya berjaya mendapatkan kontrak untuk mengadakan karaoke. Di samping itu, disebabkan kesibukan saya, maka saya mengambil keputusan untuk bertugas pada hari Ahad dan Isnin sahaja. Jom layan suasana di Restoran Monrods, Seksyen 20, Shah Alam ini:

Inilah dia Restoran Monrods, Seksyen 20, Shah Alam.
Suasana dari luar Restoran.
Restoran ini merupakan restoran 2 tingkat dan terdapt tangga untuk kemudahan para pelanggan.
Sejarah penubuhan restoran.
Ruang di bahagian dalam pada tingkat atas.
Terdapat juga anjung disediakan bagi mereka yang inginkan udara nyaman.
Kawasan untuk berkaraoke.
Gelanggang hiburan :D
Kawasan saya bertugas.
Tempat saya bertugas yang dekat tangga dengan tangga.
Suasana dan tempat karaoke.
Keadaan dari jauh bahagian atas restoran.
Chef dan juga pelayan restoran yang melepaskan gian.
Tenaga kerja Restoran Monrods, Seksyen 20, Shah Alam.
Saya yang bersiap sedia untuk memulakan tugasan.

Sekian dan wassallam~

Sunday 3 June 2012

DJ - Perkahwinan : Dewan Guthrie

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN 
  • PASANGAN : NORAINI BINTI ABDUL HAMID ♥ MOHD RAZIF BIN ABDUL RAZAK & SYAZWAN BIN AHMAD SABRI ♥ NOR RUL SAHIDA BINTI NORDIN (AHMAD SABRI BIN ABD AZIZ & PUAN CHE RUTH BINTI HASSAN)
  • LOKASI : DEWAN GUTHRIE, BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM
  • TARIKH : 3hb JUN 2012 (13 REJAB 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini tugasan saya sedikit unik. Oh, bukan maksudnya tugasan saya yang unik! Tetapi, majlisnya sedikit unik kerana diserikan dengan 2 pasangan mempelai. Saya pasti ianya bukanlah sesuatu yang baru tetapi jarang juga majlis perkahwinan diserikan 2 pasangan mempelai. Baiklah, perbincangan sebenarnya telah dilakukan terlebih awal. Oleh itu, saya sememangnya telah mengetahui flow majlis dengan terperinci dan ini sekaligus memudahkan lagi tugasan saya.

Tugasan saya bermula seperti biasa dan saya hanya menggunakan PA sistem yang terdapat di dalam dewan. Cuma tugasan saya menjadi sedikit mencabar kerana perlu berlari dan menjenguk untuk mengetahui perkembangan majlis. Pasangan mempelai yang pertama tiba awal dan diarak dengan paluan kompang seterusnya disandingkan. Kemudian, pasangan mempelai pertama terus dijemput untuk sesi makan beradab dan seterusnya beramah-mesra dengan tetamu. Sememangnya aturcara majlis sedikit ringkas dan selepas waktu Zohor, pasangan mempelai kedua pula tiba dan rutin yang dilakukan adalah sama. Sekali lagi saya bersyukur kerana berjaya menyelesaikan tugasan saya dengan sebaiknya dan diharapkan semua pihak berpuas hati :)

Tetamu yang ramai yang hadir pada hari ini.
Pasangan mempelai pertama yang sedang disandingkan.
Pasangan mempelai sedang bersanding.
Ketika upacara makan beradab.
Suasana dewan ketika pasangan mempelai kedua tiba.
Pasangan mempelai kedua sedang disandingkan.
Pasangan mempelai kedua sedang ketika upacara makan beradab/
Kumpulan kompang yang telah mengiringi pasangan mempelai.
Keluarga rombongan yang sangat dialu-alukan.
Meja santapan utama.
Antara hidangan sampingan yang disediakan.
Ice-cream corner yang sentiasa menjadi buruan kanak-kanak.
Tempat saya bertugas iaitu di bahagian atas.
Tempat saya mengendalikan majlis.
Bergambar kenangan bersama kedua-dua pasangan mempelai.
Sekian dan wassallam~