Monday 25 March 2013

DJ - Persandingan : Jalan Cekur Manis 24/12, Seksyen 24, Shah Alam

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN : NURHAFIZZAH BINTI MOHAMMAD FAUZI ♥ AZIZUL BIN MOHAMED IBRAHIM (PUAN HANIFAH BINTI MOHAMAD GHAUTH & KELUARGA)
  • LOKASI : JALAN CEKUR MANIS 24/12, SEKSYEN 24, SHAH ALAM
  • TARIKH : 23hb & 24hb MAC 2013 (11 & 12 JAMADIL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kembali semula dalam corat-coret majlis yang telah saya kendalikan. Saya sebenarnya menerima apa jua tempahan majlis asalkan ianya bukan sesuatu yang menyalahi hukum. Tetapi apa yang saya perhatikan, saya begitu sinonim dalam pengendalian majlis-majlis perkahwinan. Kali ini, saya mengendalikan sebuah majlis perkahwinan dan persandingan di Seksyen 24, Shah Alam. Perbincangan telah dilakukan terlebih awal, oleh itu saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan majlis tersebut.

Majlis bermula pada 23hb Mac lagi iaitu telah berlangsungnya majlis malam berinai. Aturcara pada malam tersebut sememangnya ringkas iaitu perarakan mempelai diikuti dengan persandingan serta menepung-tawar. Kemudiannya, majlis diserikan dengan sesi jamming karaoke suka-suka sehinggalah jam 12 tengah malam.

Selamat datang! :)

Ketibaan mempelai pada sebelah malam iaitu malam berinai.

Mempelai bersedia berarak ke pelamin.

Tepung-tawar oleh ayahanda dan bonda mempelai lelaki.

Bonda mempelai wanita juga menepung-tawar.

Keesokan harinya, majlis bermula sekitar jam 11 pagi. Meskipun cuaca sedikit panas, tetapi ianya tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan tugasan dengan penuh bersemangat. Sementara menantikan ketibaan mempelai, ahli keluarga, sanak-saudara serta tetamu turut memeriahkan majlis dengan sesi jamming karoake suka-suka yang telah bermula. Di samping itu pula, tetamu yang hadir terus dialu-alukan dengan pelbagai hidangan makanan iaitu:
  • Nasi minyak & nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Daging masak dendeng
  • Dalca sayur
  • Acar buah
  • Pajeri nenas Johor
  • Agar-agar
  • Cordial air anggur & air suam

Persiapan ketika majlis persandingan di sebelah siang.

Hidangan yang pelbagai untuk tetamu yang hadir.

Pelbagai perasa jelly. yummmmmy~~~

Pelamin comel untuk persandingan.
Adik yang cukup berani menghiburkan tetamu.

Mempelai tiba sekitar jam 12:45 tengah hari dan terus diarak dengan paluan kompang. Kemudiannya, mempelai terus berjalan menuju ke pelamin untuk disandingkan. Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Shafuan dan diteruskan dengan upacara menepung-tawar. Antara yang turut mengambil kesempatan menepung-tawar mempelai adalah:

Keluarga Mempelai Lelaki
  • Ayahanda dan bonda
- Tuan Haji Mohammed Ibrahim bin Yahaya & Puan Hajah Habsah binti Nawawi
  • Ahli keluarga & sanak saudara

Keluarga Mempelai Wanita
  • Bonda
- Puan Hanifah binti Mohamad Ghauth
  • Datuk & nenek
  • Ibu & bapa saudara


Ketibaan mempelai lelaki dengan paluan kompang.
Isteri mencium tangan suami tercinta.

Mempelai berarak masuk menuju ke pelamin.

Persembahan silat oleh kumpulan kompang.

Bacaan doa yang dilakukan oleh adinda mempelai wanita.

Menepung-tawar yang dimulakan oleh ayahanda dan bonda mempelai lelaki.

Bonda mempelai wanita juga tidak melepaskan peluang menepung-tawar mempelai.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara makan beradab. Saya terus mempersilakan tetamu kehormat untuk turut serta dalam upacara makan beradab iaitu:
  • Ayahanda dan bonda mempelai lelaki
- Tuan Haji Mohamed Ibrahim bin Yahaya & Puan Hajah Habsah binti Nawawi
  • Ibu dan bapa saudara mempelai wanita
- Pak Long Isa & isteri


Selepas itu, mempelai meneruskan majlis dengan upacara memotong kek dan diikuti dengan sesi fotografi. Kemeriahan terus terasa dengan sesi jamming karaoke suka-suka yang terus berjalan. Mempelai juga sporting kerana sudi diterjah oleh saya serta menghiburkan tetamu dengan sebuah lagu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan diharapkan semua berpuas hati :)


Suapan daripada suami tercinta ketika upacara makan beradab.

Suapan daripada isteri pula untuk suami.

Kek yang disediakan untuk upacara memotong kek.

Itu dia mempelai sedang memotong kek.

Suap jangan tak suap :)

Sekali lagi suapan isteri kepada suami tercinta.

Antara penghibur yang sempoi~

Adinda mempelai wanita juga tidak melepaskan peluang untuk ber-karaoke.

Mempelai bergambar bersama keluarga mempelai lelaki.
Mempelai yang sporting untuk diemuramah dan menyampaikan lagu duet :D
Cenderahati buat mempelai~
Bergambar kenangan bersama mempelai ;)

Sekian dan wassallam~

Sunday 17 March 2013

DJ - Perkahwinan : Lorong Mustaffa Kamal, Jalan Yadi, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : AZUAH BINTI ABDULLAH ♥ AHMAD FAUZEE (PUAN SABARIAH & KELUARGA)
  • LOKASI : LORONG MUSTAFFA KAMAL, JALAN YADI, KLANG
  • TARIKH : 17hb MAC 2013 (5 JAMADIL AWAL 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini satu lagi majlis perkahwinan telah selesai saya kendalikan. Majlis yang mengenakan tema warna yang cukup cantik, sedikit sebanyak telah menghangatkan lagi suasana pada hari ini. Majlis bermula seperti biasa dan layan dulu gambar-gambar yang saya letakkan.

 


Selamat datang ke destinasi cinta Azuah & Fauzee :)

Pelamin yang cantik untuk upacara persandingan.

Antara tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis.

Mempelai tiba sedikit awal iaitu sekitar jam 12:30 tengah hari. Selepas diarak masuk menuju ke pelamin, mempelai pun terus disandingkan. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan upacara salam restu dengan menjemput ahli keluarga dan saudara-mara yang ingin bersalaman dengan mempelai. Kemudiannya seperti biasa, majlis diteruskan lagi dengan sesi makan beradab dan memotong kek. Sempat juga ahli keluarga dan tetamu bergambar bersama mempelai.


Mempelai lelaki yang telah bersiap sedia.

Mempelai wanita yang malu-malu menyambut suami tersayang.

Isteri mencium tangan suami.

Mempelai bersiap sedia untuk berarak.

Mempelai ketika disandingkan.

Mempelai sempat bergambar bersama ahli keluarga.

Kumpulan kompang yang setia mengiringi mempelai yang disandingkan.

Mempelai sempat juga posing.

Suapan isteri kepada suami ketika sesi makan beradab.

Ahli keluarga dan sanak-saudara mempelai lelaki yang turut hadir.

Kek yang disediakan untuk upacara memotong kek.

Mempelai ceria ketika upacara memotong kek.

Sesi jamming karaoke suka-suka juga terus berjalan dengan rancaknya. Bukan sekadar ahli keluarga sahaja yang mengambil kesempatan tersebut, tetapi pihak katering juga turut melepaskan gian. Ketika majlis sudah hampir ke penghujungnya, mempelai juga turut meluangkan masa beramah-mesra dan ber-karaoke. Terima kasih diucapkan kepada semua~

Ahli keluarga dan sanak-saudara yang ber-jamming karaoke.

Ini dia pihak katering yang melepaskan gian.

Ada juga otai memeriahkan suasana.

Lagi ahli keluarga menyumbangkan suara.

Mempelai yang sporting menyumbangkan suara.

Saya dan rakan-rakan setugas yang lain.

Sekian dan wassallam~