Tuesday 25 February 2014

DJ - Automobila Showcase : Tropicana City Mall

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • PROGRAM : AUTOMOBILE SHOWCASE
  • LOKASI : TROPICANA CITY MALL
  • TARIKH : 23hb FEBRUARI 2014
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...







Sekian dan wasallam~

Wednesday 19 February 2014

Majlis Perkahwinan Fizi & Azira~

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : HAFIZI BIN ABDULLAH ♥ NOOR AZIRA BINTI ARIFIN (TUAN HJ. ABDULLAH BIN HJ. SEKAK & PUAN HJH. LOSMIJAH BINTI HJ. JAJURI)
  • LOKASI : JLN. SRI SIANTAN 49, TMN. SRI ANDALAS, KLANG
  • TARIKH : 16hb FEBRUARI 2014 (16 RABIUL AKHIR 1435 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

















Sekian dan wasallam~

Tuesday 18 February 2014

DJ - Dinner : Dewan Pinang, Seksyen 18, Shah Alam

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : THANK YOU DINNER 2013
  • ANJURAN : PLASTIC PAINTING SHOP, UMW TOYOTA
  • LOKASI : DEWAN PINANG SEKSYEN 18, SHAH ALAM
  • TARIKH : 15hb FEBRUARI 2014
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Hye semua... kembalinya Yana kali ini mengelolakan sebuah makan malam. Meskipun saya tidak mendapat informasi lanjut tentang dinner ini, tetapi saya lakukan jua yang terbaik untuk mereka. Saya tiba awal malam tu untuk mendapatkan lebih masa untuk berbincang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Siap ada pertandingan karaoke dan juga penyampaian anugerah.

Sebelum terlupa... yang menariknya dinner kali ini adalah ianya merupakan dinner Department sahaja. Yang lebih menarik adalah kakitangan Department tersebut majoritinya iaitu 99% ialah lelaki. Maka malam dinner tersebut sememangnya dipenuhi dengan lelaki sahaja. Mujur juga saya dapat mengatasi rasa janggal dan segan. Apa pun... semuanya sporting dan best! :)










Sekian dan wasallam~

Wednesday 12 February 2014

DJ - Persandingan : Kg. Bkt. Kapar, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN : ZAHIRAH BINTI HAIRON ♥ MUHAMAD AFINAS BIN SURIF (ENCIK HAIRON BIN HAMBALI & PUAN JAMILAH BINTI SAWILAN SERTA ENCIK SURIF SEISI KELUARGA)
  • LOKASI : JLN. PAYA BARAT, KG. BKT. KAPAR, KLANG
  • TARIKH : 8hb & 9hb FEBRUARI 2014 (8 & 9 RABIUL AKHIR 1435 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Alhamdulillah... selesai satu lagi majlis persandingan yang telah diadakan di Jln. Paya Barat, Kg. Bkt. Kapar, Klang. Tugasan saya telah bermula seawal 8hb lagi iaitu bersempena dengan majlis malam berinai. Pada malam tersebut, mempelai disandingkan serta diikuti dengan ucapara menepung-tawar. Sesi karaoke juga berjalan meriah dan mempelai lelaki sangat sporting kerana dengan rela hati menyampaikan sebuah lagu.


Majlis persandingan juga amat meriah dan mempelai yang sama cantik dan sama padan diarak menuju ke pelamin sekitar jam 12:30 tengah hari. Mempelai dan tetamu juga dihiburkan dengan persembahan silat dan kemudian barulah upacara menepung-tawar bermula. Upacara makan beradab sangat istimewa kerana mempelai hanya menikmatinya berdua. Pada hari persandingan juga mempelai lelaki sangat sporting kerana sudi menghiburkan tetamu. Tetapi sebelum itu, pasangan mempelai ini sempat diusik oleh saya dan ketika menyampaikan lagu yang pertama, mempelai lelaki sebak seketika. Begitulah cintanya seorang suami kepada isterinya. Jom terus layan gambar-gambar di bawah:


















Sekian dan wasallam~

Friday 7 February 2014

MC - Persandingan : Laman Kayangan, Shah Alam

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN : SITI NOR’AIN BINTI HASHIM ♥ HANIF BIN MOHAMAD HILMI (ENCIK MOHD NAZLI BIN HASHIM DAN SEISI KELUARGA SERTA DR. MOHAMAD HILMI & PUAN AZIAN)
  • LOKASI : LAMAN KAYANGAN, SEKSYEN 7, SHAH ALAM
  • TARIKH : 2hb FEBRUARI 2014 (2 RABIUL AKHIR 1435 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Hari Ahad yang lalu, saya telah selesai mengendalikan majlis persandingan di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam. Saya sememangnya tidak mengetahui tentang kewujudan tempat tersebut dan tertanya ianya sesuatu yang amat cantik untuk dijadikan lokasi perkahwinan. Pihak pengurusan telah menguruskan segala-galanya dan saya hanya bertindak sebagai MC majlis. Majlis berjalan meriah dengan turut dihiburkan dengan persembahan gamelan. Layan saje gambar-gambar di bawah:






















Sekian dan wasallam~