Sunday 21 October 2012

DJ - Akad Nikah : Ijok, Kuala Selangor

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : AKAD NIKAH
  • PASANGAN : NOREHAN BINTI BANI ♥ ALIF ANUAR BIN MAT ZAIN (ENCIK BANI BIN MOHAMAD & PUAN PAWIT BINTI YAACOB)
  • LOKASI : IJOK, KUALA SELANGOR
  • TARIKH : 20hb OKTOBER 2012 (4 ZULHIJJAH 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hye semua... hari ini saya hanya ingin berkongsi cerita ringkas saya tentang majlis yang telah saya kendalikan semalam. Ianya adalah sebuah majlis yang ringkas kerana ianya hanyalah sebuah majlis akad nikah. Saya tiba awal semalam di lokasi majlis iaitu sekitar jam 5 petang. Kemudian, saya terus mengalu-alukan ketibaan tetamu dan terus memutarkan lagu-lagu yang menceriakan lagi suasana. Selepas itu, saya pun berhenti rehat bagi menghormati waktu solat fardu Maghrib.

Majlis akad nikah hanya bermula sekitar jam 9 malam. Sebelum majlis bermula, saya telah mempersilakan tetamu untuk mengambil tempat serta memberi laluan kepada pihak-pihak yang sepatutnya berada di dalam, berada di tempat masing-masing. Ketika majlis akad nikah berlangsung di bahagian dalam rumah, hanya tetamu di dalam sahaja yang dapat mengikutinya kerana atas permintaan pihak Tuan rumah sendiri yang tidak mahu ianya kedengaran sehingga ke bahagian luar. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar dan selepas itu, tetamu pun terus menikmati hidangan dan saya pula terus menghiburkan tetamu dengan pelbagai seleksi lagu.

Pelamin yang direka untuk majlis persandingan keesokan harinya.
Antara ahli keluarga yang ada.
Pengantin lelaki sedang menenangkan diri :D
Ketika upacara akad nikah sedang berlangsung.
Inilah dia pengantin perempuan.

Sekian dan wassallam

Sunday 14 October 2012

DJ - Perkahwinan : Persiaran Hamzah Alang, Kapar

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MAZIAH BINTI MOHD NASIR ♥ MOHD AZMAN BIN ABD RAHIM (ENCIK MOHD NASIR BIN SAHED & KELUARGA)
  • LOKASI : PERSIARAN HAMZAH ALANG, KAPAR
  • TARIKH : 14hb OKTOBER 2012 (28 ZULKAEDAH 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini saya sekadar ingin berkongsi cerita ringkas tentang majlis siang tadi. Saya seperti biasa mengendalikan satu lagi majlis perkahwinan di Persiaran Hamzah Alang iaitu di Kapar. Tugasan saya bermula pada waktu yang ditetapkan cuma sambutan terhadap sesi jamming karaoke suka-suka sedikit hambar. Mungkin tetamu malu-malu. Namun begitu, kemeriahan majlis masih terasa dengan kehadiran tetamu serta dengan keunikan tema pada majlis tadi.

Mempelai tiba seperti yang dirancangkan dengan diiringi oleh paluan kompang. Saya memang gemarkan paluan kompang ini kerana keunikan bunyinya. Seperti biasa juga, selesai upacara persandingan, mempelai dipersilakan ke meja santapan utama untuk sesi makan beradab. Begitulah ringkasnya tugasan saya hari ini dan Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar.

Kemeriahan majlis hari ini.
Pasangan mempelai berrsanding di atas pelamin yang comel dan unik.
Pose istimewa mempelai sedang bersanding bersama pengapit.
Paluan kompang yang mengiringi mempelai bersama pemain-pemain otai.
Kumpulan kompang yang memang dedikasi meskipun terpaksa berpanas.
Bacaan doa yang membuka tirai.
Pose istimewa ketika mempelai sedang makan beradab.
Gambar kenangan bersama mempelai.


Sekian dan wassallam~

Friday 12 October 2012

DJ - Perkahwinan : Tmn. Kg. Kuantan, Klang

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MUHAMMAD FITRI BIN AMZAH ♥ NURUL ASHIKIN BINTI MIRMAN (ENCIK AMZAH BIN MD. DOM & PUAN FAUZIAH BINTI MOHD SHARIFF)
  • LOKASI : TMN. KG. KUANTAN, KLANG
  • TARIKH : 6hb OKTOBER 2012 (20 ZULKAEDAH 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi majlis yang saya kendalikan pada 6hb Oktober yang lalu di Klang iaitu di Taman Kampung Kuantan. Sememangnya lokasi agak dekat, jadi ianya memudahkan lagi perjalanan saya. Sebenarnya tugasan saya pada hari tersebut diberitahui sedikit lewat, jadi saya perlu melakukan persiapan yang terbaik pada saat-saat akhir. Saya tiba awal dan agak mudah untuk mencari lokasi majlis meskipun terdapat banyak bunga manggar yang menunjukkan arah ke beberapa lokasi. Setibanya di lokasi, saya beramah-mesra terlebih dahulu dengan Tuan rumah selain mendapatkan informasi yang sewajarnya. Sesi jamming karaoke turut diadakan dan tugasan saya bermula dengan mengendalikan sesi karaoke tersebut yang sangat hebat sambutannya. Selepas itu, barulah saya tahu bahawa salah seorang bapak saudara pengantin lelaki ini merupakan salah seorang finalist rancangan mencari bintang bagi warga emas iaitu Kilauan Bintang. Ini bermakna, bapa saudara pengantin ini pasti sudah biasa menyanyi dan bapa saudara yang lain juga turut join sekali! :) Jom layan gambar-gambar di bawah: 

Tetamu yang hadir memang ramai!
Itu dia antara lauk-pauk yang disediakan untuk tetamu.
Meja untuk keluarga rombongan dan meja santapan utama.
Keadaan rumah sentiasa menerima kunjungan tetamu.
Pelamin yang comel di bahagian dalam.
Bapa saudara pengantin lelaki yang merupakan finalist Kilauan Emas.

Pasangan mempelai tiba pada waktu yang telah dirancangkan. Mempelai telah diarak dengan paluan dan terus disandingkan. Selesai sahaja paluan kompang, saya meneruskan majlis dengan menjemput nama-nama yang telah diberikan untuk upacara menepung-tawar. Pada waktu itulah suasana cukup meriah kerana saya turut mengusik ibu dan bapa saudara pengantin lelaki yang cukup ceria, ramah dan mesra. Selesai sahaja upacara menepung-tawar, mempelai pun meneruskan majlis dengan upacara makan beradab. Pada ketika inilah salah seorang bapa saudara pengantin yang merupakan finalist Kilauan Emas tersebut menyumbangkan suara untuk menghiburkan tetamu dan diikuti juga pada waktu upacara memotong kek. Oleh kerana kebiasaan beliau menjadi penyanyi, beliau tidak kekok untuk berada bersama mempelai ketika menyanyi. Memang mantap! Jom layan dulu suasana-suasana tersebut pada gambar di bawah:

Pasangan mempelai yang tiba.
Pasangan mempelai diarak... memang comel dan sepadan!
Pasangan mempelai sedang disandingkan.
Kumpulan kompang yang mengiringi pasangan mempelai.
Upacara menepung-tawar yang baru bermula.
Pasangan mempelai terus ditepung-tawar.
Upacara makan beradab.
Sempat lagi berbincang ye :P~
Itu dia bapa saudara pengantin lelaki menghiburkan tetamu sampai ke meja santapan utama!
Bersahaja bapa saudara pengantin lelaki menyanyi :)
Upacara memotong kek oleh pasangan mempelai.
Suapan daripada suami kepada isteri tersayang.
Sempoi sahaja bapa saudara pengantin lelaki menyerikan upacara memotong kek.


Selesai sahaja semua upacara tersebut, sesi jamming karaoke suka-suka masih lagi berjalan. Majlis terus ceria dengan pelbagai gelagat sanak-saudara yang tidak melepaskan peluang untuk melontarkan vokal lunak masing-masing. Saya juga turut terhibur dan sesi jamming karaoke suka-suka turut dimeriahkan oleh adik pengantin lelaki dengan goyang dangdutnya serta keberanian pihak katering untuk turut serta. Majlis berakhir sekitar jam 4:30 petang iaitu sebelum masuknya waktu solat fardhu Asar. Terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan! :)


Masih lagi sibuk ber-karaoke bersama saudara-mara.

Ini dia otai yang bersuara lantang... siap menerima bunga lagi!
Pasangan mempelai juga turut dipaksa menghiburkan tetamu dan didera oleh saya :D
Ini dia goyang Inul!
Pihak katering yang juga tidak mahu ketinggalan.
Bergambar kenangan bersama pasangan mempelai dan team saya pada hari tersebut.

Sekian dan wassallam~