Tuesday 30 April 2013

DJ - Persandingan : Kg. Pendamar, Pel. Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN : MUHAMAD MAZHAR BIN MOKHTAR ♥ NORSHAZILA AZUAR BINTI MOHD YUSOFF (ENCIK MOKHTAR BIN JALAL & ZAITON BINTI YUSOFF)
  • LOKASI : BATU 3 1/2 KG. PENDAMAR, PEL. KLANG
  • TARIKH : 28hb APRIL 2013 (17 JAMADIL AKHIR 1434 H)

----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ketibaan mempelai disambut meriah.

Mempelai berjalan beriringan menuju ke pelamin.

Mempelai ketika disandingkan.




Kumpulan kompang yang mengiringi persandingan mempelai.



Ayahanda mempelai lelaki menepung-tawar mempelai.


Upacara menepung-tawar oleh bonda mempelai lelaki.

Mempelai ketika upacara makan beradab.

Otai yang menyumbangkan suara.
Lagi penghibur yang ber-jamming karaoke suka-suka


Wakil dari sebelah mempelai wanita menghiburkan tetamu.

Mempelai ketika upacara memotong kek.

Suapan daripada suami kepada isteri.
Sempat juga mengusik mempelai yang didera.




Mempelai yang akhirnya berjaya didera.

Kami juga sempat ber-posing :)




 Sekian dan wassallam~

Monday 29 April 2013

DJ - Perkahwinan : Dewan Kompleks Sukan Datuk Keramat

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : WAN NUR FARHANA BINTI MOHD YUNUS ♥ MOHD AZUAN BIN KAMARUDIN (ENCIK MOHD YUNUS BIN JURI & PUAN SHARIFAH RAMZANI BINTI SYED ALI)
  • LOKASI : DEWAN KOMPLEKS SUKAN DATUK KERAMAT
  • TARIKH : 27hb APRIL 2013 (16 JAMADIL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Keadaan dewan di mana majlis berlangsung.

Tetamu yang ramai memeriahkan lagi majlis.

Hidangan-hidangan yang lazat!

Ketibaan mempelai.

Mempelai berjalan beriringan ke meja santapan utama.

Bacaan doa oleh Tuan Haji Ahmad Kamal.
Mempelai yang bersiap sedia untuk sesi makan beradab.

Suapan daripada suami kepada isteri.

Suapan daripada isteri pula kepada suami :)

Sempat bergambar~


Kek yang sedap untuk mempelai.



Mempelai ketika memotong kek.

Suami menyuapkan kek ke mulut isteri.






Cermat sungguh isteri menyuapkan kek ke mulut suami.

Mempelai bergambar bersama ayahanda dan bonda mempelai lelaki.

Kami juga sempat bergambar bersama mempelai.

Saya dan rakan-rakan yang bertugas.


 Sekian dan wassallam~




Wednesday 24 April 2013

Majlis Persandingan Adam ♥ Aida Ochin @ Melaka~

----------------------------------------------------------------------------------
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN :  ADAM BIN ABAS ♥ SYAMSURIDA BINTI MOHD. SABNAR (AIDA OCHIN)
  • LOKASI : KG. PANTAI KUALA SG. BARU, MELAKA
  • TARIKH : 20hb & 21hb APRIL 2013
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hye! Kembali semula bersama saya dan kali ini saya sangat teruja untuk berkongsi cerita majlis perkahwinan anak boss saya di sebelah lelaki pula. Sebelum tu, saya ingin menjelaskan beberapa perkara. Saya sebenarnya bekerja sendiri di bawah label saya iaitu DDeana Freelancer. Tetapi boss yang saya maksudkan ini adalah individu yang telah membawa saya terjun ke bidang pengacaraan majlis tidak kiralah DJ mahu pun MC. Meskipun saya tidak terikat dengan beliau dan saya bebas bergerak sendiri, namun saya tetap menghormati beliau sebagai seorang otai yang berpengalaman dalam pengendalian audio sistem.

Baiklah, jom saya ceritakan tentang majlis yang telah berlangsung di Melaka tempoh hari. Sebenarnya saya sedikit berbelah bagi sama ada ingin turut serta atau pun tidak. Ini kerana, keadaan kewangan saya tidaklah terlalu stabil selain daripada mempunyai beberapa urusan yang lain. Kebetulan pula sahabat saya iaitu Cek Tom datang ke rumah dan pada saat-saat akhir, kami membuat keputusan untuk turut serta. Lebih-lebih lagi apabila boss sendiri beria dan bersungguh-sungguh mengatakan bahawa tempat mencukupi untuk kami berdua. Oleh itu, kami berkumpul di rumah boss di Kampung Pendamar sekitar jam 2:30 petang dan terus menantikan ahli keluarga serta saudara-mara yang lain. Setelah semuanya siap, kami pun bertolak sekitar jam 3:15 petang.

Perjalanan semuanya lancar dan kami berhenti seketika di Medan Selera Sepang sebelum meneruskan perjalanan. Meskipun Melaka bukanlah satu tempat yang asing bagi saya, tetapi saya tetap teruja kerana saya diberitahu bahawa lokasi majlis adalah berdekatan dengan laut! Kami tiba sekitar jam 7 malam dan selepas menikmati sedikit juadah yang disediakan oleh Tuan rumah, kami terus ke homestay yang telah disediakan. Lega rasanya dapat bersiram dan menukar persalinan. ehehehe~ Kami semua terus bersiap kerana majlis dijangkakan bermula sekitar jam 8:45 malam dan memandangkan kami ramai, maka persiapan haruslah dilakukakan dengan segera.

Ketika di rumah boss sementara menantikan yang lain tiba.

Setibanya di lokasi majlis.

Inilah dia homestay tersebut... sungguh selesa!

Seperti yang dirancang, majlis bermula sekitar 8:45 malam dan saya turut serta bersama dengan rombongan mempelai wanita. Tetapi saya lebih sibuk mengambil gambar sebenarnya! :D Kami berarak dan sempat juga persembahan mercun mengejutkan kami. Kemudiannya, mempelai disandingkan seketika dan upacara menepung-tawar pun bermula. Selepas itu, kami pun menjamu selera dengan hidangan yang disediakan dan sempat juga saya dan Cek Tom serta mak su memeriahkan majlis dengan men-'sumbang'-kan suara kami. hehehehe~ Suasana cukup ceria dan selepas itu, kami pun beransur pulang ke homestay yang tidak jauh dari lokasi majlis.

Sesampainya di homestay, masing-masing kepenatan. Selepas melepaskan lelah buat seketika, saya dan Cek Tom mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar persisiran pantai. Pekat malam kami redah semata-mata untuk menikmati suasana malam tersebut yang sungguh dingin. Untuk saya yang tinggal di Bandar Klang, duduk di kejiranan berbilang kaum dan dipenuhi dengan hutan batu, suasana sebegini adalah sesuatu yang cukup indah. Bagi saya, suasana dan keindahan malam sebegitu bukanlah sesuatu yang biasa bagi saya. Oleh itu, saya menikmatinya dengan penuh keterujaan meskipun sesekali berdebar dengan hempasan ombak ke batu-batu tempat saya duduki. Selepas letih bercerita, berborak dan ber-gossip, saya dan Cek Tom pun mengambil keputusan untuk berjalan pulang ke homestay.

Mempelai yang bersiap untuk berarak.

Memang mengejutkan!

Mempelai ketika disandingkan.

Bergambar bersama ayahanda dan bonda mempelai lelaki.

Inilah dia mempelai bersama boss saya dan juga isteri.

Posing istimewa!

Mempelai bersama abang yang sulung + isteri + mak mertua.

Mempelai bersama kakak seisi keluarga.

Saya dan Cek Tom juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama mempelai

Layan dangdut bersama mak su!

Saya dan Cek Tom juga sempat karok~

Tidur malam saya sungguh nyenyak. Saya dan Cek Tom sebenarnya telah merangka rancangan kami sendiri. Kami bangun seawal jam 6:30 pagi dan setelah selesai solat Subuh, saya dan Cek Tom terus berjalan ke persisiran pantai semula. Kali ini, kami ingin menikmati keindahan pada pagi hari pula. Saya sememangnya sungguh teruja! Lama juga kami bersantai di persisiran pantai tersebut sebelum memulakan perjalanan untuk berjalan menyusuri tepian pantai tersebut dan akhirnya sampai di tempat yang mana yang lain juga sedang leka bermain. Rupa-rupanya, masing-masing sedang leka mencari remis. Memandangkan saya bukanlah penggemar remis, maka saya tidaklah turut serta.

Kami kemudiannya terus bergegas pulang ke homestay kerana majlis persandingan dijangkakan sekitar jam 1 petang. Setelah bersiap, masing-masing berkumpul untuk sama-sama berarak bersama mempelai. Sekali lagi, saya sebenarnya lebih sibuk mengambil gambar dan sekali lagi juga saya dan yang lain-lain dikejutkan dengan bunyi mercun. Selepas itu, mempelai terus berarak, berjalan beriringan dan selepas disandingkan seketika di bahagian luar rumah, mempelai bergandingan masuk ke bahagian dalam rumah di mana pelamin disediakan. Upacara menepung-tawar pun terus berjalan dan diikuti dengan upacara makan beradab.

Pantai yang sangat dekat dengan lokasi majlis.

Saya tidak melepaskan peluang bergambar~

Posing saya bersama Cek Tom.

Saya, Dek Yan (anak bongsu boss) & Wanie (cucu boss)

Saya bersama yang lain-lain.

Saya dan Ipin yang mana merupakan teman duet DJ saya suatu masa dulu.

Mempelai bersiap untuk berarak.

Posing dulu...~

Mempelai bersama keluarga rombongan sebelum berarak.

Mempelai disandingkan seketika di bahagian luar rumah.

Pelamin di bahagian dalam.

Mempelai ketika upacara persandingan.

Jeling-menjeling nampaknya ;)

Boss sedang menepung-tawar mempelai.

Bonda mempelai wanita juga menepung-tawar mempelai.

Bacaan doa sebelum upacara makan beradab.

Wah, mempelai lelaki dah tak sabar nak makan tu!

Amboi, amboi, amboi!

Ahli keluarga dan sanak-saudara yang lain juga seronok menjamu selera.

Bergambar bersama mempelai sebelum bersurai.

Saya dan Cek Tom bersama boss dan juga isteri.
Kegembiraan saya tidak hanya sampai di situ. Selesai sahaja majlis, saya dan Cek Tom sekali lagi meredah persisiran pantai untuk bergambar. Lama juga kami bersantai di situ sebelum yang lain juga turut serta untuk bermandi-manda serta meneruskan misi pencarian remis. Saya yang pada awalnya tidak mandi, terus tergoda dengan kegembiraan yang lain untuk turut serta mandi laut. Maka, tanpa menukar persalinan, saya serta Cek Tom juga turut serta bergembira mandi-manda sebelum kami berangkat pulang.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami semua tiba di rumah boss semula sekitar jam 11 malam. Sememangnya semua kelihatan dan sesampainya di rumah, saya terus mengemaskan semua kelengkapan dan bersiap pula untuk menghantar Cek Tom pulang ke Rawang. Ianya adalah sebuah majlis yang sungguh ceria dan jutaan terima kasih diucapkan kepada big boss saya sekeluarga serta saudara-mara yang lain kerana sudi menjemput saya serta Cek Tom untuk turut serta dalam rombongan menghantar. Tak lupa juga kepada sahabat saya Cek Tom yang juga sudi menemani saya meskipun kelihatan :)

Posing dulu ye :D

Sebelum saya tergoda untuk turut mandi.

Saya dan Cek Tom juga sempat ber-posing.

Inilah dia yang lain yang leka bermandi-manda.

Ha... seronok betul nampaknya ye :)

Sekian dan wassallam~