Tuesday 16 April 2013

Majlis Persandingan Aida Ochin ♥ Adam

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN : SYAMSURIDA BINTI MOHD. SABNAR (AIDA OCHIN) ♥ ADAM BIN ABAS [ENCIK MOHD. SABNAR BIN SUJAK (WAK SELAMAT) & PUAN SHALIMAH BINTI YUSOF]
  • LOKASI : JLN. HJ. TAHIR, KG. PENDAMAR, PEL. KLANG
  • TARIKH : 14hb APRIL 2013 (3 JAMADIL AKHIR 1434 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Jom baca cerita di sekitar majlis persandingan anak boss iaitu Aida Ochin dan Adam. Saya tiba sekitar jam 10:45 pagi dan terus membuat persiapan terakhir untuk memulakan majlis. Selepas membuat ucapan pembukaan, saya berhenti seketika bagi menjamu selera. Selepas selesai semuanya, saya dan Cek Tom pun mengambil tempat semula dan bersiap sedia untuk menghangatkan lagi majlis. Seperti yang telah dirancangkan, saya pun membuka permainan meniup belon untuk kanak-kanak. Sememangnya kanak-kanak telah bersiap sedia dan hanya menunggu masa sahaja untuk turut serta. Saya dan Cek Tom sebenarnya sedikit fobia dengan belon tetapi kami cuba berpura-pura berani. ahahaha~ Hanya 3 pemenang yang dipilih dan setiap peserta dikendaki meniup belom mereka sebesar yang mampu dan mengikat belon tersebut. Belon yang pecah dianggap kalah. Memang riuh-rendah keadaan di atas pentas ketika itu dan selepas itu, saya memulakan sesi cabutan bertuah pusingan yang pertama.

Pelamin di bahagian luar rumah.

Antara hidangan yang sememangnya mampu membuka selera tetamu.

Mempelai tiba sekitar jam 2 petang. Seperti kebiasaan, ketibaan mempelai diikuti dengan perarakan akan diiringi oleh paluan kompang. Mempelai berjalan beriringan dan menuju ke singgahsana pelamin yang tersergam indah. Mempelai terus disandingkan dan persembahan silat pun bermula iaitu dari Pertubuhan Seni Silat Purba Sunda Alam Nur (PESAN), di bawah pimpinan Tok Guru Zolkeple. Lama juga persembahan silat tersebut dan selepas itu upacara menabur gula-gula telah dilakukan. Maka, berebut-rebutlah kanak-kanak untuk mengutip gula-gula yang ditaburkan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara makan beradab dan memotong kek.

Selepas itu, ada kejutan dilakukan. Kejutan yang dimaksudkan adalah kejutan sambutan ulang tahun kelahiran adik bongsu mempelai wanita dan juga salah seorang ahli kumpulan silat tersebut. Oleh yang demikian, saya pun memutarkan lagu selamat hari lahir yang ditujukan kepada Siti Noordian (8 tahun) dan juga kepada Saudara Mohd Shahrul Nizam bin Nagoor. Masing-masing memotong kek ulang tahun kelahiran dan suasana ceria dengan gelak tawa.


Mempelai wanita yang bersiap sedia.

Apabila isteri mencium tangan suami tercinta.

Mempelai bersiap sedia untuk berarak.

Mempelai berjalan beriringan menuju ke singgahsana pelamin.

Mempelai ketika sedang disandingkan.

Persembahan silat oleh Pertubuhan Seni Silat Purba Sunda Alam Nur (PESAN)

Upacara menabur gula-gula.

Kanak-kanak leka mengutip gula-gula yang ditaburkan.

Kumpulan kompang yang setia membalun kompang :D

Suapan isteri kepada suami dalam upacara makan beradab.

Suapan suami pula kepada isteri.

Ahli keluarga dan sanak-saudara sebelah mempelai lelaki yang turut serta.

Antara tetamu yang hadir yang memeriahkan majlis.

Uhu... kek yang cantik!

Mempelai dalam upacara memotong kek.

Yang di sebelah kanan adalah Saudara Mohd. Shahrul Nizam bin Nagoor yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-30.

Majlis semakin menghampiri penghujungnya. Pada ketika itulah saya berjaya menerjah mempelai dan membuat sesi suai-kenal. Memang sporting mempelai lelaki diterjah oleh saya dan mempelai sempat menghiburkan tetamu dengan sebuah lagu dangdut Memori Daun Pisang. amboi~ Selepas itu, majlis berhenti seketika bagi menghormati dan memberi laluan kepada masuknya waktu solat Asar. Selepas itu, sesi jamming karaoke suka-suka pon bermula meskipun yang ada hanyalah rakan-rakan terdekat, ahli keluarga dan saudara-mara. Saya pula perlu bergegas pulang kerana ingin membuat persiapan untuk menghantar Cek Tom pulang ke Rawang. Oleh itu, saya pun menyerahkan tugasan kepada Ipin dan sebelum pulang, sempat bersantai seketika.

Alhamdulillah, semuanya selesai dan apa adalah diharapkan agar boss saya berpuas hati dengan tugasan yang telah pun saya laksanakan. Terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya dan juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Cek Tom yang sudi membantu saya dalam mengendalikan majlis selama 2 hari berturut-turut ini. Jom layan lagi gambar-gambar yang ada!

Kanak-kanak yang riang dan ceria pada sepanjang majlis.

Penampilan istimewa Saudari Eryn.

Abang sulung mempelai wanita dan isterinya menghiburkan tetamu :D

Inilah dia grand prize cabutan bertuah yang disampaikan oleh mempelai.

Memori Daun Pisang - memang bawah daun pisang :P~

Bergambar bersama ayahanda dan bonda mempelai wanita.

Saya dan Cek Tom juga bergambar bersama mempelai.

Posing sekejap!

Cek Tom pun sempat juga.

Saya dan Cek Tom sempat ber-posing-posing gitu ;)

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment