Monday 9 July 2012

MC - Perkahwinan : Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ROZANA BINTI MOHD ALI ♥ ADAM COLON (ENCIK MOHD ALI BIN SARIN & PUAN ROKIAH BINTI MOHD NOR & NELO COLON & ROSALINDA COLON)
  • LOKASI : CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING JAYA
  • TARIKH : 8hb JULAI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya kembali lagi dengan cerita yang terkini. Semalam saya sekali lagi mengendalikan sebuah majlis persandingan. Kalau sehari sebelumnya saya berada di Putrajaya, tapi semalam saya berada di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya. Istimewanya hari ini kerana buat pertama kalinnya saya akan mengendalikan majlis persandingan secara berpasangan. Meskipun pasangan saya itu adalah rakan saya sendiri tetapi terasa juga sedikit debarannya kerana ini adalah pertama kali saya melakukannya. Saya akan mengambil tugasan mengendalikan majlis dalam Bahasa Inggeris manakala rakan saya pula dalam Bahasa Melayu. Sememangnya kali perlu mengendalikannya dalam 2 bahasa atas permintaan Tuan rumah serta kerana pengantin lelaki adalah orang luar. Iye, ikatan perkahwinan ini telah menyatukan 2 jiwa serta 2 negara! :)

Inilah dia mempelainya~
Suasana di dalam dewan.
Pandangan di atas pentas berserta pelamin.
Meja makan beradab yang dihias cantik.

Mempelai tiba seperti yang dirancangkan dan terus diarak menuju ke singgahsana pelamin yang tersergam indah di atas pentas. Paluan kompang terus mengiringi mempelai selepas doa dibacakan. Kemudiannya, upacara menepung tawar pun bermula dan terasa sedikit unik dengan kepelbagaian pakaian daripada sebelah pengantin lelaki. Sememangnya ia satu pengalaman baru buat saya.


Mempelai ketika disandingkan.
Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai.
Bacaan doa bagi memberkati majlis.
Pose istimewa mempelai di atas pelamin.
Persembahan tarian ketika mempelai disandingkan.
Upacara menepung tawar mempelai oleh keluarga pengantin perempuan.
Upacara menepung tawar oleh keluarga pengantin lelaki pula.
Inilah dia saya dan pasangan saya yang mengendalikan majlis.
Persembahan oleh band.
Antara ahli keluarga dan sahabat-handai yang hadir.


Selesai sahaja upacara menepung tawar mempelai, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab. Pada ketika itulah majlis diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu daripada band yang telah dijemput. Majlis kemudiannya disudahi dengan upacara memotong kek seterusnya bergambar bersama mempelai. Alhamdulillah, secara peribadinya saya sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis. Sememangnya apa yang telah saya lakukan adalah lebih baik berbanding sehari sebelumnya. Walau apa pun, saya percaya, ruang untuk diperbaiki akan sentiasa ada untuk saya. Oleh itu, ribuan terima kasih diucapkan atas kepercayaan yang diberikan dan sememangnya mengendalikan majlis secara berpasangan itu menyeronokkan. Diharapkan, pihak Tuan rumah serta tetamu berpuas hati dan gembira menerima orang baru di dalam keluarga masing-masing.


Pose sebelum upacara makan beradab.
Suasana di dalam dewan.
Upacara memotong kek oleh mempelai.
Suap-menyuap antara suami dan isteri.
Amboi, romantisnya~
Pose istimewa mempelai ketika di atas pelamin.
Potret kenangan bersama ahli keluarga pengantin lelaki.
Gambar kenangan bersama ahli keluarga pengantin perempuan.
 Bergambar bersama sanak-saudara.
Inilah team yang bertugas :)
Sekian dan wassallam~

MC - Perkahwinan : Jeti Cruise Tasik Putrajaya

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NOR MULHAYATI BINTI DATO' ISMAIL ♥ FIRDAUS AZIM BIN DATO' MUSTAPHA KAMAL (DATO' ISMAIL BIN JUSOL & DATIN AYSHAH BINTI T AWANG & DATO' MUSTAPHA KAMAL BIN OMAR & DATIN ZAINU BINTI HAMID)
  • LOKASI : JETI CRUISE TASIK PUTRAJAYA
  • TARIKH : 7hb JULAI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya kembali lagi dengan corat-coret job saya yang baru sahaja berlalu. Sebenarnya pada hari Sabtu yang lalu, jadual saya boleh dikatakan penuh. Ini kerana, pada sebelah paginya, saya mengendalikan sebuah majlis nikah dan pada sebelah malamnya pula mengendalikan majlis persandingan bagi pasangan mempelai yang sama. Di samping itu pula, pada sebelah paginya saya mengendalikan majlis akad nikah mempelai ini yang diadakan di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya manakala bagi majlis persandingannya pula diadakan di jeti tersebut.

Oleh itu, saya menghabiskan masa siang saya setelah selesainya majlis akad nikah tersebut dengan berjalan-jalan di Pameran Floria di Putrajaya. Secara jujurnya, ianya adalah kunjungan pertama kali saya di Pameran Floria yang mana diadakan saban tahun. Saya tiba di lokasi majlis persandingan tepat pada waktunya meskipun keadaan trafik sedikit sesak dengan pengunjung yang membanjiri Pameran Floria tersebut.

Susana di sekitar jeti Cruise Tasik Putrajaya.
Persiapan rapi yang dilakukan.
Inilah cup cake istimewa untuk mempelai.
Pelamin yang indah.
Tetamu yang sudah mula memenuhi ruang jeti.

Segala persiapan telah pun dilakukan dan sebenarnya majlis pada sebelah malam itu adalah sesuatu yang baru bagi saya. Hal ini kerana ianya merupakan kali pertama saya akan mengendalikan sebuah majlis dalam Bahasa Inggeris. Sesungguhnya debaran terasa di hati namun begitu saya sudah mempersiapkan diri agar majlis berjalan dengan lancarnya. Pasangan mempelai sedikit lewat disebabkan kesesakan lalu-lintas maka apabila tiba sahaja di lokasi, mempelai terus diarak dengan paluan kompang dan terus diiring ke meja makan beradab.

Kemudian, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek. Istimewanya pada malam itu kerana adanya seorang pemain saksafon yang mengiringi mempelai yang memotong kek. Selepas itu, mempelai menari seketika sebelum majlis diteruskan dengan mempersilakan mempelai ke pelamin. Pada ketika itu, tetamu yang hadir terus menerjah mempelai kerana tidak ingin melepaskan peluang bergambar dan merakamkan kenangan bersama mempelai. Majlis selesai seperti yang dirancangkan dan memandangkan ini adalah cubaan pertama saya mengendalikan majlis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, saya merasakan banyak aspek perlu diperbaiki. Secara keseluruhannya, saya tetap berpuas hati dan diharapkan pihak Tuan rumah juga gembira dengan cara kendalian saya.

Pasangan mempelai yang tiba.
Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai.
Upacara makan beradab.
Suap... jangan tak suap.
Suapan kepada bonda tercinta.
Itu dia sesi memakan cup cake sambil diiringi oleh alunan saksafon.
Sedapnyalah cup cake tue yerrr...
Mempelai menari seketika.
Saya juga sempat berposing ketika bertugas :)

Sekian dan wassallam~

MC - Akad Nikah : Kapal Kelah, Cruise Tasik Putrajaya

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : AKAD NIKAH
  • PASANGAN : NOR MULHAYATI BINTI DATO' ISMAIL ♥ FIRDAUS AZIM BIN DATO' MUSTAPHA KAMAL (DATO' ISMAIL BIN JUSOL & DATIN AYSHAH BINTI T AWANG & DATO' MUSTAPHA KAMAL BIN OMAR & DATIN ZAINU BINTI HAMID)
  • LOKASI : KAPAL KELAH, CRUISE TASIK PUTRAJAYA
  • TARIKH : 7hb JULAI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamaualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Uh, terasa sungguh bz kebelakangan ini. Baiklah, untuk tidak melengahkan masa, ini saya nak kongsikan serba sedikit tentang majlis yang saya kendalikan pada sebelah siangnya Sabtu yang lalu. Sebenarnya ia adalah satu pengalaman yang baru untuk saya kerana buat pertama kalinya saya mengendalikan sebuah majlis akad nikah. Yang istimewanya, majlis pada hari Sabtu yang lalu diadakan di atas kapal di Cruise Tasik Putrajaya. Sememangnya ia adalah satu pengalaman baru dan membuatkan saya sangat teruja untuk mengendalikannya.

Kapal yang digunakan hari ini.
Gambaran kapal dengan lebih dekat :)
Laluan yang akan dilalui untuk majlis akad nikah.
Tugasan saya sebenarnya tidaklah terlalu mencabar. Apa yang perlu saya lakukan hanyalah mengawal keadaan ketika majlis akad nikah berlangsung yang mana hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat sahaja. Namun begitu, ramai juga kanak-kanak yang ada dan mujurlah ibu bapa masing-masing memainkan peranan yang penting dalam memastikan keadaan di atas kapal terkawal. Kapal cruise tersebut berjalan mengelilingi tasik Putrajaya dan mujur jugalah saya tidak mabuk! Hahahahaha~

Sebelum kapal tersebut berjalan, semua persiapan dilakukan dengan sebaik-baiknya. Pada ketika itu, saya hanya menggunakan segala kelengkapan yang telah disediakan oleh pihak Cruise Tasik Putrajaya. Apabila kapal tersebut mulai berjalan, saya meminta tetamu khususnya kanak-kanak untuk bertenang kerana sesungguhnya saya juga teruja apabila kapal tersebut memulakan perjalanan.


Sampai sahaja di destinasi yang telah dirancangkan, kapal tersebut berhenti dan upacara akad nikah pun bermula. Tugasan saya terhenti buat seketika bagi memberi laluan kepada Imam selaku jurunikah untuk mengendalikan majlis. Suasana akad nikah berjalan dengan lancar dan akhirnya 2 hati berjaya disatukan dengan ikatan suami isteri. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan saya menyambung tugasan dengan menjemput kaum keluarga serta sanak saudara untuk bersama pengantin bagi menyempurnakan sesi fotografi. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan pasangan pengantin baru bergambar di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya. Saya juga tidak melepaskan peluang merakamkan kenangan di atas kapal tersebut dan majlis berakhir sekitar jam 12 tengah hari.

Pengantin perempuan sudah sedia :)
Pengantin lelaki yang control debaran. Hehehehe~
Antara hantaran~
Saya yang sedang bertugas.
Kapten kapal :D
Suasana ketika upacara akad nikah.
Itu dia pengantin perempuan sebelum bermulanya akad nikah.
Penyerahan wali.
Dup dap dup dap!
Alhamdulillah... sah semuanya!
Lega hati pengantin perempuan :P
Pengantin perempuan menurunkan tandatangan.
Sesi penyerahan.
Pohon restu daripada keluarga.
Bersalaman dengan ahli keluarga,
Sesi menyarungkan cincin.
Itu dia...~
Sarung cincin lagi.
Kucupan daripada seorang suami.
Bergambar bersama keluarga.
Bergambar bersama sanak-saudara.

Ini dia maklumat pengantin hari ini.
Posing di atas kapal.
Posing manja mempelai kita :)
Saya juga sempat bergambar bersama kapten kapal! :D

Sekian dan wassallam~