Monday 2 July 2012

Majlis Persandingan Halim ♥ Ain : Bangunan Getah Asli (Menara), Kuala Lumpur

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ABDUL HALIM BIN ABDUL KADIR ♥ NOR RYIN BINTI ABDULLAH (PUAN SARAH BINTI SHARAFF & KELUARGA)
  • LOKASI : DEWAN BANKUASI TINGKAT 2, BANGUNAN GETAH ASLI (MENARA), JLN AMPANG, KL.
  • TARIKH : 1hb JULAI 2012 (11 SYA'ABAN 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya kembali lagi dengan job yang baru sahaja selesai semalam iaitu majlis menyambut menantu. Ahaa... ingat lagi dengan majlis persandingan rakan saya, Nor Ryin atau Ain? Yeahh, sekali lagi saya mengendalikan majlis Ain dan Halim bagi sebelah lelaki pula di Bangunan Getah Asli (Menara), Jalan Ampang Kuala Lumpur. Kalau tak ingat, di bawah nie gambar pengantinnya :)

Inilah dia mempelainya. Sebenarnya gambar ni saya ambil daripada kek perkahwinan mereka. Cantik kan? :)
Jeng~ Jeng~ Jeng~
Sebenarnya saya tak berapa tahu kedudukan sebenar lokasi majlis pada hari ini. Saya cuma diberitahu bahawa kedudukannya betul-betul di KLCC. Jadi, saya mengambil langkah selamat dengan keluar lebih awal. Ahaaa... majlis kali ini, saya hanya datang sendirian kerana pihak pengantin lelaki hanya menggunakan sistem sudah disediakan di dalam dewan. Sememangnya ianya memudahkan saya. Sesampainya saya di sana, saya juga perlu melakukan sedikit setting. Al-maklumlah, lain sistem, lain caranya. Pihak-pihak yang lain juga sibuk menyiapkan hidangan dan tak kurang juga ada yang melakukan sentuhan terakhir sebelum majlis bermula. Jom kita layan dulu gambar-gambar sebelum majlis bermula di bawah ni.

Comel je kan :)
Guest book. Segala ucapan ada di dalam. ehehehe~
Pintu masuk ke dewan. Wah, saya pun tak nak kalah dengan gantung bunting di situ ;)
Meja makan beradab dengan rona warna yang elegant.
Lauk-pauk yang dihidangkan memang membuka selera *ops, jangan jadi lapar pula ye*

Ok, pasangan mempelai kita sampai agak awal juga iaitu sekitar jam 1 petang. Cantik sungguh mempelai yang tiba dengan persalinan sedondon warna putih. Mempelai diarak masuk ke bahagian dalam dewan dengan diiringi oleh keluarga dan sanak-saudara pengantin perempuan. Mempelai sempat berhenti seketika dan peluang itu saya ambil untuk mengambil beberapa keping gambar. Selepas itu, mempelai meneruskan perjalan terus ke singgahsana pelamin. Kemudiannya, saya mempersilakan pembaca doa untuk membuka majlis dengan bacaan doa. Memandangkan tiada sesi menepung tawar pengantin, maka saya bertanggungjawab melengahkan majlis seketika. Iyelah, saya sengaja nak beri peluang pengantin duduk lebih lama di atas pelamin. ehehehe~ Jom layan dulu gambar-gambar di bawah.

Sengih ajer pengantin lelaki kita.
Posing dulu di atas pelamin.
Ketika bacaan doa.
Khusyuk menadah tangan.
Pembaca doa
Suasana dewan ketika majlis berlangsung.
Majlis diteruskan lagi dengan upacara makan beradab. Saya terus mempersilakan pasangan mempelai ke meja makan beradab. Tiba-tiba pula ada permintaan untuk pengantin lelaki membacakan doa maka bergegaslah saya pergi memberikan mikorofon kepada pengantin lelaki. Steady lah pengantin lelaki! Jom layan gambar-gambar lagi.

Pengantin lelaki baru selesai membaca doa.
Jeling-menjeling :)
Rombongan pengantin perempuan.
Makan... jangan malu-malu.
Entah apa yang mencuitkan hati pengantin lelaki ni saya pun tak pasti.
Malu-malu pula ye.
Keadaan di dalam dewan dan juga slide yang pamerkan gambar-gambar.
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan upacara memotong kek. Yeahh... kek yang cantik seperti di atas tadi... yang mana ada gambar pasangan mempelai kita di atasnya. Terasa sayang pula kek tu nak dipotong tapi majlis tetap diteruskan. Lepas kek dipotong, seperti biasalah posing dulu dengan kek yang sedap tu dan diikuti pula dengan sesi fotografi. Begitulah kisahnya untuk majlis Halim dan Ain ini dan diharapkan keluarga pengantin lelaki berpuas hati dengan perkhidmatan yang saya berikan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ain dan Halim kerana memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk mengendalikan majlis perkahwinan atau pun majlis persandingan anda berdua. Ribuan kemaafan dipohon di atas segala kesilapan, kecacatan, kekurangan dan kelemahan daripada saya. Ini dia gambar-gambar lain yang boleh dilayan.

Upacara memotong kek oleh pasangan mempelai.
Si isteri menyuapkan suami tercinta/
Alalalala... pandangan mata Ain tu yang mahal sehingga mencairkan Halim ;)
Suami mithali...
Cak! Inilah gambar di atas kek tadi.
Comel ajer berdua kan :)
Pasangan mempelai dengan ayahanda dan bonda pengantin perempuan.
Inilah dia keluarga Ain.
Mempelai bersama adik-beradik Ain dan ipar-iparnya.
Bergambar bersama lagi.
Lagi gambar beramai-ramai.
Inilah dia bonda pengantin lelaki yang tercinta.
Saya juga sempat posing bersama mempelai :)
Amboi!
Posing saya ketika menjalankan tugas.
Bergambar bersama bunting. Hehehehehe~
Jangan lupa booking tarikh anda secepat mungkin bagi yang inginkan perkhidmatan saya :)

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment