Monday 9 July 2012

MC - Perkahwinan : Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : ROZANA BINTI MOHD ALI ♥ ADAM COLON (ENCIK MOHD ALI BIN SARIN & PUAN ROKIAH BINTI MOHD NOR & NELO COLON & ROSALINDA COLON)
  • LOKASI : CRYSTAL CROWN HOTEL, PETALING JAYA
  • TARIKH : 8hb JULAI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya kembali lagi dengan cerita yang terkini. Semalam saya sekali lagi mengendalikan sebuah majlis persandingan. Kalau sehari sebelumnya saya berada di Putrajaya, tapi semalam saya berada di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya. Istimewanya hari ini kerana buat pertama kalinnya saya akan mengendalikan majlis persandingan secara berpasangan. Meskipun pasangan saya itu adalah rakan saya sendiri tetapi terasa juga sedikit debarannya kerana ini adalah pertama kali saya melakukannya. Saya akan mengambil tugasan mengendalikan majlis dalam Bahasa Inggeris manakala rakan saya pula dalam Bahasa Melayu. Sememangnya kali perlu mengendalikannya dalam 2 bahasa atas permintaan Tuan rumah serta kerana pengantin lelaki adalah orang luar. Iye, ikatan perkahwinan ini telah menyatukan 2 jiwa serta 2 negara! :)

Inilah dia mempelainya~
Suasana di dalam dewan.
Pandangan di atas pentas berserta pelamin.
Meja makan beradab yang dihias cantik.

Mempelai tiba seperti yang dirancangkan dan terus diarak menuju ke singgahsana pelamin yang tersergam indah di atas pentas. Paluan kompang terus mengiringi mempelai selepas doa dibacakan. Kemudiannya, upacara menepung tawar pun bermula dan terasa sedikit unik dengan kepelbagaian pakaian daripada sebelah pengantin lelaki. Sememangnya ia satu pengalaman baru buat saya.


Mempelai ketika disandingkan.
Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai.
Bacaan doa bagi memberkati majlis.
Pose istimewa mempelai di atas pelamin.
Persembahan tarian ketika mempelai disandingkan.
Upacara menepung tawar mempelai oleh keluarga pengantin perempuan.
Upacara menepung tawar oleh keluarga pengantin lelaki pula.
Inilah dia saya dan pasangan saya yang mengendalikan majlis.
Persembahan oleh band.
Antara ahli keluarga dan sahabat-handai yang hadir.


Selesai sahaja upacara menepung tawar mempelai, majlis diteruskan dengan upacara makan beradab. Pada ketika itulah majlis diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu daripada band yang telah dijemput. Majlis kemudiannya disudahi dengan upacara memotong kek seterusnya bergambar bersama mempelai. Alhamdulillah, secara peribadinya saya sangat berpuas hati dengan perjalanan majlis. Sememangnya apa yang telah saya lakukan adalah lebih baik berbanding sehari sebelumnya. Walau apa pun, saya percaya, ruang untuk diperbaiki akan sentiasa ada untuk saya. Oleh itu, ribuan terima kasih diucapkan atas kepercayaan yang diberikan dan sememangnya mengendalikan majlis secara berpasangan itu menyeronokkan. Diharapkan, pihak Tuan rumah serta tetamu berpuas hati dan gembira menerima orang baru di dalam keluarga masing-masing.


Pose sebelum upacara makan beradab.
Suasana di dalam dewan.
Upacara memotong kek oleh mempelai.
Suap-menyuap antara suami dan isteri.
Amboi, romantisnya~
Pose istimewa mempelai ketika di atas pelamin.
Potret kenangan bersama ahli keluarga pengantin lelaki.
Gambar kenangan bersama ahli keluarga pengantin perempuan.
 Bergambar bersama sanak-saudara.
Inilah team yang bertugas :)
Sekian dan wassallam~

1 comment:

  1. Salam Yana! =)

    mencari blogger2 sekitar Klang dan jika berminat, jom join komuniti kami! =)

    http://klangblogger.blogspot.com/

    see ya!

    ReplyDelete