Monday 9 July 2012

MC - Perkahwinan : Jeti Cruise Tasik Putrajaya

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NOR MULHAYATI BINTI DATO' ISMAIL ♥ FIRDAUS AZIM BIN DATO' MUSTAPHA KAMAL (DATO' ISMAIL BIN JUSOL & DATIN AYSHAH BINTI T AWANG & DATO' MUSTAPHA KAMAL BIN OMAR & DATIN ZAINU BINTI HAMID)
  • LOKASI : JETI CRUISE TASIK PUTRAJAYA
  • TARIKH : 7hb JULAI 2012
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Saya kembali lagi dengan corat-coret job saya yang baru sahaja berlalu. Sebenarnya pada hari Sabtu yang lalu, jadual saya boleh dikatakan penuh. Ini kerana, pada sebelah paginya, saya mengendalikan sebuah majlis nikah dan pada sebelah malamnya pula mengendalikan majlis persandingan bagi pasangan mempelai yang sama. Di samping itu pula, pada sebelah paginya saya mengendalikan majlis akad nikah mempelai ini yang diadakan di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya manakala bagi majlis persandingannya pula diadakan di jeti tersebut.

Oleh itu, saya menghabiskan masa siang saya setelah selesainya majlis akad nikah tersebut dengan berjalan-jalan di Pameran Floria di Putrajaya. Secara jujurnya, ianya adalah kunjungan pertama kali saya di Pameran Floria yang mana diadakan saban tahun. Saya tiba di lokasi majlis persandingan tepat pada waktunya meskipun keadaan trafik sedikit sesak dengan pengunjung yang membanjiri Pameran Floria tersebut.

Susana di sekitar jeti Cruise Tasik Putrajaya.
Persiapan rapi yang dilakukan.
Inilah cup cake istimewa untuk mempelai.
Pelamin yang indah.
Tetamu yang sudah mula memenuhi ruang jeti.

Segala persiapan telah pun dilakukan dan sebenarnya majlis pada sebelah malam itu adalah sesuatu yang baru bagi saya. Hal ini kerana ianya merupakan kali pertama saya akan mengendalikan sebuah majlis dalam Bahasa Inggeris. Sesungguhnya debaran terasa di hati namun begitu saya sudah mempersiapkan diri agar majlis berjalan dengan lancarnya. Pasangan mempelai sedikit lewat disebabkan kesesakan lalu-lintas maka apabila tiba sahaja di lokasi, mempelai terus diarak dengan paluan kompang dan terus diiring ke meja makan beradab.

Kemudian, majlis diteruskan dengan upacara memotong kek. Istimewanya pada malam itu kerana adanya seorang pemain saksafon yang mengiringi mempelai yang memotong kek. Selepas itu, mempelai menari seketika sebelum majlis diteruskan dengan mempersilakan mempelai ke pelamin. Pada ketika itu, tetamu yang hadir terus menerjah mempelai kerana tidak ingin melepaskan peluang bergambar dan merakamkan kenangan bersama mempelai. Majlis selesai seperti yang dirancangkan dan memandangkan ini adalah cubaan pertama saya mengendalikan majlis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris, saya merasakan banyak aspek perlu diperbaiki. Secara keseluruhannya, saya tetap berpuas hati dan diharapkan pihak Tuan rumah juga gembira dengan cara kendalian saya.

Pasangan mempelai yang tiba.
Kumpulan kompang yang mengiringi mempelai.
Upacara makan beradab.
Suap... jangan tak suap.
Suapan kepada bonda tercinta.
Itu dia sesi memakan cup cake sambil diiringi oleh alunan saksafon.
Sedapnyalah cup cake tue yerrr...
Mempelai menari seketika.
Saya juga sempat berposing ketika bertugas :)

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment