Friday 12 October 2012

DJ - Perkahwinan : Tmn. Kg. Kuantan, Klang

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MUHAMMAD FITRI BIN AMZAH ♥ NURUL ASHIKIN BINTI MIRMAN (ENCIK AMZAH BIN MD. DOM & PUAN FAUZIAH BINTI MOHD SHARIFF)
  • LOKASI : TMN. KG. KUANTAN, KLANG
  • TARIKH : 6hb OKTOBER 2012 (20 ZULKAEDAH 1433H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi majlis yang saya kendalikan pada 6hb Oktober yang lalu di Klang iaitu di Taman Kampung Kuantan. Sememangnya lokasi agak dekat, jadi ianya memudahkan lagi perjalanan saya. Sebenarnya tugasan saya pada hari tersebut diberitahui sedikit lewat, jadi saya perlu melakukan persiapan yang terbaik pada saat-saat akhir. Saya tiba awal dan agak mudah untuk mencari lokasi majlis meskipun terdapat banyak bunga manggar yang menunjukkan arah ke beberapa lokasi. Setibanya di lokasi, saya beramah-mesra terlebih dahulu dengan Tuan rumah selain mendapatkan informasi yang sewajarnya. Sesi jamming karaoke turut diadakan dan tugasan saya bermula dengan mengendalikan sesi karaoke tersebut yang sangat hebat sambutannya. Selepas itu, barulah saya tahu bahawa salah seorang bapak saudara pengantin lelaki ini merupakan salah seorang finalist rancangan mencari bintang bagi warga emas iaitu Kilauan Bintang. Ini bermakna, bapa saudara pengantin ini pasti sudah biasa menyanyi dan bapa saudara yang lain juga turut join sekali! :) Jom layan gambar-gambar di bawah: 

Tetamu yang hadir memang ramai!
Itu dia antara lauk-pauk yang disediakan untuk tetamu.
Meja untuk keluarga rombongan dan meja santapan utama.
Keadaan rumah sentiasa menerima kunjungan tetamu.
Pelamin yang comel di bahagian dalam.
Bapa saudara pengantin lelaki yang merupakan finalist Kilauan Emas.

Pasangan mempelai tiba pada waktu yang telah dirancangkan. Mempelai telah diarak dengan paluan dan terus disandingkan. Selesai sahaja paluan kompang, saya meneruskan majlis dengan menjemput nama-nama yang telah diberikan untuk upacara menepung-tawar. Pada waktu itulah suasana cukup meriah kerana saya turut mengusik ibu dan bapa saudara pengantin lelaki yang cukup ceria, ramah dan mesra. Selesai sahaja upacara menepung-tawar, mempelai pun meneruskan majlis dengan upacara makan beradab. Pada ketika inilah salah seorang bapa saudara pengantin yang merupakan finalist Kilauan Emas tersebut menyumbangkan suara untuk menghiburkan tetamu dan diikuti juga pada waktu upacara memotong kek. Oleh kerana kebiasaan beliau menjadi penyanyi, beliau tidak kekok untuk berada bersama mempelai ketika menyanyi. Memang mantap! Jom layan dulu suasana-suasana tersebut pada gambar di bawah:

Pasangan mempelai yang tiba.
Pasangan mempelai diarak... memang comel dan sepadan!
Pasangan mempelai sedang disandingkan.
Kumpulan kompang yang mengiringi pasangan mempelai.
Upacara menepung-tawar yang baru bermula.
Pasangan mempelai terus ditepung-tawar.
Upacara makan beradab.
Sempat lagi berbincang ye :P~
Itu dia bapa saudara pengantin lelaki menghiburkan tetamu sampai ke meja santapan utama!
Bersahaja bapa saudara pengantin lelaki menyanyi :)
Upacara memotong kek oleh pasangan mempelai.
Suapan daripada suami kepada isteri tersayang.
Sempoi sahaja bapa saudara pengantin lelaki menyerikan upacara memotong kek.


Selesai sahaja semua upacara tersebut, sesi jamming karaoke suka-suka masih lagi berjalan. Majlis terus ceria dengan pelbagai gelagat sanak-saudara yang tidak melepaskan peluang untuk melontarkan vokal lunak masing-masing. Saya juga turut terhibur dan sesi jamming karaoke suka-suka turut dimeriahkan oleh adik pengantin lelaki dengan goyang dangdutnya serta keberanian pihak katering untuk turut serta. Majlis berakhir sekitar jam 4:30 petang iaitu sebelum masuknya waktu solat fardhu Asar. Terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan yang diberikan! :)


Masih lagi sibuk ber-karaoke bersama saudara-mara.

Ini dia otai yang bersuara lantang... siap menerima bunga lagi!
Pasangan mempelai juga turut dipaksa menghiburkan tetamu dan didera oleh saya :D
Ini dia goyang Inul!
Pihak katering yang juga tidak mahu ketinggalan.
Bergambar kenangan bersama pasangan mempelai dan team saya pada hari tersebut.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment