Wednesday 12 February 2014

DJ - Persandingan : Kg. Bkt. Kapar, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERSANDINGAN
  • PASANGAN : ZAHIRAH BINTI HAIRON ♥ MUHAMAD AFINAS BIN SURIF (ENCIK HAIRON BIN HAMBALI & PUAN JAMILAH BINTI SAWILAN SERTA ENCIK SURIF SEISI KELUARGA)
  • LOKASI : JLN. PAYA BARAT, KG. BKT. KAPAR, KLANG
  • TARIKH : 8hb & 9hb FEBRUARI 2014 (8 & 9 RABIUL AKHIR 1435 H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan...

Alhamdulillah... selesai satu lagi majlis persandingan yang telah diadakan di Jln. Paya Barat, Kg. Bkt. Kapar, Klang. Tugasan saya telah bermula seawal 8hb lagi iaitu bersempena dengan majlis malam berinai. Pada malam tersebut, mempelai disandingkan serta diikuti dengan ucapara menepung-tawar. Sesi karaoke juga berjalan meriah dan mempelai lelaki sangat sporting kerana dengan rela hati menyampaikan sebuah lagu.


Majlis persandingan juga amat meriah dan mempelai yang sama cantik dan sama padan diarak menuju ke pelamin sekitar jam 12:30 tengah hari. Mempelai dan tetamu juga dihiburkan dengan persembahan silat dan kemudian barulah upacara menepung-tawar bermula. Upacara makan beradab sangat istimewa kerana mempelai hanya menikmatinya berdua. Pada hari persandingan juga mempelai lelaki sangat sporting kerana sudi menghiburkan tetamu. Tetapi sebelum itu, pasangan mempelai ini sempat diusik oleh saya dan ketika menyampaikan lagu yang pertama, mempelai lelaki sebak seketika. Begitulah cintanya seorang suami kepada isterinya. Jom terus layan gambar-gambar di bawah:


















Sekian dan wasallam~

No comments:

Post a Comment