Sunday 29 January 2012

DJ - Perkahwinan : Kapar, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : MOHD FAIZ FAIZAL BIN A. RAZAK ♥ SITI IZZATUL AKMA BINTI ISMAM (ENCIK A. RAZAK BIN MOHD KASIM & PUAN NAEMAH BINTI TOLANI)
  • LOKASI : PERSIARAN HAMZAH ALANG, KAPAR, KLANG
  • TARIKH : 28hb & 29hb JANUARI 2012 (5 RABIUL AWAL 1433H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Majlis baru sahaja selesai tetapi saya begitu teruja untuk menulis dan berkongsi cerita. Kenapa? Ini disebabkan... mempelai pada hari ini adalah mempelai yang sama pada minggu lalu. Ini juga bermakna, pada minggu lalu adalah majlis di rumah pihak pengantin perempuan manakala hari ini adalah majlis di rumah pihak pengantin lelaki. Sememangnya majlis ini sangat saya nanti-nantikan untuk merasakan perbezaan antara dua lokasi ini, meskipun ianya berada dalam kawasan yang sama iaitu di sekitar Klang. Tetapi sebelum saya terus menulis dan sebelum mata-mata anda terus membaca, terlebih dahulu saya ingin meluahkan rasa dukacita terhadap tahap kesihatan saya yang kurang memuaskan. Namun begitu, saya gagahkan juga diri untuk terus berada di sepanjang majlis yang mana telah pun bermula pada malam sebelumnya.

Pada malam sebelumnya iaitu pada 28hb Januari 2012, seperti biasa malam berinai telah pun berlangsung. Pasangan mempelai turut diraikan dengan diarak bersama paluan kompang, seterusnya disandingkan berserta dengan upcara memotong kek. Majlis berjalan dengan baik dengan diselang-selikan dengan sesi cabutan bertuah sesi karaoke. Pihak kami perlu menghabiskan kesemua hadiah yang disediakan dan di situ kami perlu memecut laju memanggil dari satu nombor ke satu nombor yang seterusnya. Cuma rahsianya di situ sebenarnya... setiap penanggah itu bertuah kerana setiap seorang pasti akan menerima hadiah. Jadi, tiada istilah cabutan bertuah sebenarnya. Ianya sekadar hiburan yang dibuat dalam gaya cabutan bertuah oleh pihak Tuan rumah untuk memberi penghargaan kepada para penanggah yang bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Seterusnya, sesi karaoke juga berjalan dengan baik. Yang paling istimewa, pihak Tuan rumah turut menyediakan sebuah hamper kepada pemenang karaoke yang bertuah pada malam itu. Saya dan rakan-rakan setugas yang lain menjadi juri dan akhirnya sebulat suara memilih Saudara Man yang sememangnya menjadi penyanyi terbanyak sebagai pemenang. Majlis berlanjutan sehingga jam 1:30 pagi namun saya terpaksa pulang terlebih awal atas sebab kesihatan yang kurang mengizinkan. Lebih kurang jam 12 tengah malam, saya menyerahkan tugasan saya kepada rakan-rakan setugas yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum saya mengundurkan diri, saya sempat mempelawa ayahanda pengantin lelaki iaitu En. A. Razak untuk menyampaikan sebuah lagu. Pelawaan saya disambut baik apabila beliau terus sahaja tampil dan membuat pemilihan lagu dan seterusnya menyanyi. Memang sporting!

Majlis persandingan pada hari ini bermula seawal jam 10 pagi. Suasana dan kedatangan tetamu meriah seperti biasa. Tetamu pertama yang menyumbangkan suara sekitar jam 12:30 tengah hari iaitu beberapa minit sebelum pengantin tiba. Cantik, segak bergaya dan manis pasangan mempelai jalan beriringan dan disandingkan di pelaminan yang serba indah di dalam kawasan rumah. Seterusnya, majlis menepung-tawar berlangsung sambil diringi oleh paluan kompang oleh Kumpulan Ezhar dari Pekan Meru. Ramai juga yang menepung-tawar pasangan mempelai meskipun ianya berjalan sedikit perlahan. Mungkin masing-masing malu atau segan untuk tampil ke hadapan menepung-tawar mempelai. Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi makan beradab dan disudahi dengan sesi fotografi. Pada hari ini juga, saya tidak dapat bersama sehingga selesainya majlis atas faktor kesihatan yang tidak berapa baik. Maka, apabila masuknya waktu solat fardhu Asar sekitar jam 4:50 petang, saya pun mengundurkan diri dan menyerahkan tugasan saya kepada rakan-rakan setugas yang lain kerana sesi ber-karaoke diteruskan lagi sehingga jam 6 petang.

Oleh itu, di kesempatan ini juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan setugas yang tetap memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan majlis, meskipun tahap kesihatan saya sememangnya tidak memuaskan. Saya telah cuba melaksanakan dengan sehabis baik dan jika ada sebarang kekurangan, harapnya sudilah dimaafkan. Menariknya hari ini juga apabila saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang saya iaitu Saudari Syuhada yang berperanan sebagai jurumekap. Jadi, kalau mungkin ada yang berkenan, Insya' Allah saya boleh berikan cara untuk anda menghubungi beliau. Seandainya juga anda berkenan untuk mendapatkan mana-mana perkhidmatan, jangan malu dan jangan segan untuk menghubungi saya. Sampai di sini dahulu... rasanya saya perlu berehat untuk cepat sembuh. Terima kasih dan jumpa lagi =)

Jom Layan Gambar-Gambar di Sekitar Majlis Bersanding
Pasangan mempelai sedangkan disandingkan dan pengapit setia menemani~
Majlis persandingan diiringi oleh paluan kompang.
Persandingan + Menepung-Tawar + Paluan Kompang.
Inilah dia rekaan pelamin untuk majlis persandingan~
Upcara makan beradab.
Antara hidangan sampingan pada hari persandingan.
Tetamu-tetamu yang hadir... memang ramai!
Lauk-pauk yang sedap!
Macam-macam ada :)
Gambaran dari sudut karaoke :)
Memang ramai hero-hero yang menyumbangkan suara :D
Hanya seorang wanita yang tampil... mendendangkan lagu Nirmala~
Bergambar bersama pasangan mempelai :)

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment