Wednesday 12 March 2014

Doa buat Mempelai :)

Assalamualaikum...

Semoga Allah SWT menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan
semoga Allah SWT meningkatkan kualiti keturunan mereka, menjadikannya pembuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa damai.

(Doa Nabi Muhammad SAW pada pernikahan puteri Baginda)

Dari setinggi dan seluas kasih sayang-Mu,

Kau limpahkan rahmat jua keampunan-Mu kepada pengantin suami isteri.
Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirannya.

Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izin-Mu,
kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan-Mu.

Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah.

Dengan taufik dan hidayah-Mu, beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat.

Amin Ya Robbal 'Aalamin...

No comments:

Post a Comment