Saturday 4 February 2012

DJ - Perkahwinan : Dewan Serbaguna Teluk Pulai

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NUR HIDAYAH BINTI MOHD ARIS ♥ AHMAD RAZIKHAN BIN RAZIB (ENCIK MOHD ARIS BIN AKIB & PUAN NORAYA BINTI ABD HAMID)
  • LOKASI : DEWAN SERBAGUNA TELUK PULAI, KLANG
  • TARIKH : 4hb FEBRUARI 2012 (11 RABIUL AWAL 1433H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Siang tadi saya berada di Dewan Serbaguna Teluk Pulai. Sekali lagi... untuk sebuah majlis perkahwinan dan untungnya saya hari ini kerana majlisnya berdekatan dengan kawasan rumah saya. Memandangkan majlis berlangsung di dewan, maka saya mengambil keputusan untuk tiba sedikit lewat. Majlis bermula sekitar jam 12 tengah hari dengan hidangan lauk-pauk yang sangat menyelerakan.

Pasangan mempelai tiba tepat jam 1 petang dengan diiringi oleh paluan kompang. Seterusnya, mempelai terus disandingkan dan majlis menepung tawar terus bermula diikuti dengan majlis makan beradab. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan sesuatu yang istimewa bagi menggantikan majlis memotong kek. Konsepnya hampir serupa, cuma ianya digantikan dengan sesuatu yang berbeza. Pasangan mempelai perlu mengambil candy yang disedikan dan mencelupkannya di dalam aliran coklat yang kelihatan seperti air terjun. hehehe~ Seperti biasa juga, adegan suap-menyuap berlangsung atas permintaan jurugambar.

Majlis berterusan dengan sesi karaoke oleh sanak-saudara dengan pelbagai jenis lagu. Memandangkan saya telah berehat hampir 2 minggu daripada menyanyi, maka saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk mendendangkan 2 buah lagu. Apa yang saya harapkan, tetamu terhibur. Selain daripada itu pula, saya turut bertemu dengan salah seorang sahabat ketika majlis berlangsung. Rupa-rupanya, pengantin perempuan merupakan sepupu beliau. Jadi, kami berkesempatan berborak panjang.

Majlis berakhir kira-kira jam 4:45 petang sebelum masuknya waktu solat fardu Asar. Secara keseluruhan, majlis berjalan lancar jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan rumah serta krew-krew yang terlibat.

Layan Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pada Hari Ini :)
Inilah majlis istimewa menggantikan majlis memotong kek.
Alalalala... pengantin lelaki menyuap isterinya.
Suapan dibalas pula oleh si isteri kepada suami.
Upacara suap-menyuap oleh pasangan mempelai.
Special pose daripada pasangan mempelai.
Saya dan Yana :)
Suasana dewan yang meriah.
Pasangan mempelai yang sporting untuk ber-karaoke.
Penuh perasaan nampaknya :D
Bergambar bersama pasangan mempelai.
Krew pada hari ini :)

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment