Saturday 17 November 2012

Wedding Hamizah ♥ Firdaus : Jln Sri Mersing 31, Tmn Sri Andalas, Klang

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : HAMIZAH BINTI MOHD WAZIR ♥ MOHD FIRDAUS BIN ZAKEPLI (ENCIK MOHD WAZIR BIN MAT ISA & PUAN HALIMAH BINTI MOHD HUSSAIN)
  • LOKASI : JLN SRI MERSING 31, TMN SRI ANDALAS, KLANG
  • TARIKH : 16hb & 17hb NOVEMBER 2012 (2 & 3 MUHARRAM 1434H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Alhamdulillah... selesai sudah majlis pernikahan dan persandingan sahabat saya sendiri iaitu Hamizah binti Wazir di Taman Sri Andalas, Klang. Untuk makluman pembaca, majlis telah dirancang dengan rapi dan saya juga telah mengadakan perbincangan dengan empunya diri bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Saya telah memulakan tugasan pada hari Jumaat yang lalu bagi mengendalikan upacara akad nikah. Untuk makluman semua juga, saya kebiasaannya tidak melakukan sesuatu yang extra-ordinary ketika majlis pernikahan kerana saya merasakan ianya adalah satu majlis yang cukup indah dan tidak perlu dihiasi dengan sesuatu yang berlebih-lebihan. Jadi, pada hari Jumaat tersebut, saya memulakan tugasan selepas masuknya waktu Isya' dan terus menantikan ketibaan bakal pengantin lelaki bersama Jurunikah. Setelah kesemuanya sampai dan selesai perbincangan, upacara akad nikah terus dijalankan dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Selepas itu, tetamu dijemput untuk menikmati hidangan dan sesi jamming karaoke suka-suka pula terus bermula. Tugasan saya berakhir sekitar jam 12 tengah malam pada hari itu dan terus bersiap untuk pulang bagi mendapatkan rehat secukupnya untuk mengendalikan majlis persandingan keesokan harinya. Ini dia 2 keping gambar pengantin lelaki ketika akad nikah pada hari Jumaat yang lalu:

Suasana sebelum upacara akad nikah berlangsung.
Alhamdulillah... akhirnya sahabat saya sah menjadi seorang isteri :)

Tugasan saya berjalan seperti biasa pada keesokan harinya. Cuaca yang pada awalnya mendung tiba-tiba bertukar hujan. Hujan sememangnya turun dengan lebat dan saya perlu berhenti seketika untuk mengelakkan kebarangkalian yang tidak diingini. Selepas itu, penyeri majlis pun tiba iaitu Saudari Mel. Tetamu yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk ber-jamming karaoke suka-suka yang mana terdiri daripada rakan dan taulan serta saudara-mara. Sememangnya suasana ketika itu sangat meriah dan ceria. Di samping itu pula, tetamu yang hadir juga mulai ramai dan ternyata cukup teruja menikmati hidangan yang tersedia dan lihatlah juga gambar-gambar kemeriahan majlis tersebut:
  • Nasi putih & nasi minyak
  • Dalca
  • Sambal sotong
  • Acar buah
  • Ayam goreng berempah
  • Kuih-muih
  • Ais krim
  • Sirap
  • Teh tarik

Pelamin yang cantik disediakan untuk persandingan.
Suasana majlis yang meriah dengan kehadiran ramai tetamu.
Antara hidangan sampingan yang memang best!
Lauk-pauk yang disediakan memang menyelerakan~
Salah seorang sahabat pengantin perempuan yang memang enjoy ber-karaoke!
Jurufoto juga tidak melepaskan peluang!
Pengapit pengantin perempuan juga cukup sporting!
Antara saudara yang cukup sempoi.
Paduan suara bersama... sahabat pengantin perempuan, saya dan Saudari Mel :)

Kemudian, pasangan mempelai pun tiba dengan diiringi oleh paluan kompang oleh Kumpulan Kompang Al-Faizin dari Taman Desa Wira, Telok Panglima Garang. Pasangan mempelai terus disandingkan dan majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Jamaludin Sardi, bapa saudara pengantin perempuan. Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menepung-tawar dan diikuti dengan makan beradab. Pada ketika ini, saya membuka peluang kepada tetamu untuk menyambung kembali sesi jamming karaoke suka-suka kerana pasangan mempelai perlu menukar persalinan bagi meneruskan majlis iaitu upacara memotong kek. Jom layan gambar-gambar di bawah dulu :

Si isteri mencium tangan si suami :D
Pasangan mempelai yang tiba dan diarak dengan paluan kompang.
Pembaca doa pada hari tersebut.

Pasangan mempelai di atas pelamin ketika bacaan doa.
Itu dia... upacara menepung tawar bermula.
Upacara menepung-tawar masih lagi berjalan.
Rakan dan taulan yang mengambil kesempatan bergambar seketika.
Ketika upacara makan beradab.

Selepas pasangan mempelai bersedia dengan persalinan yang baru, saya meneruskan dengan menjemput mempelai ke upacara memotong kek. Selesai sahaja upacara tersebut, sesi fotografi pun berlangsung dan akhirnya saya berjaya mendapatkan pasangan mempelai yang memang sporting singgah di tempat tugasan saya. Ketika itulah saya mendera mempelai dan terus menyampaikan cenderehati. Sebelum majlis berakhir, tetamu turut dihiburkan dalam sesi jamming karaoke suka-suka, lebih-lebih lagi dengan penampilan istimewa daripada adik pengantin lelaki. Begitulah ceritanya majlis sahabat saya pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu. Saya harapkan agar semua pihak berpuas hati dengan tugasan saya dan seandainya ada salah dan silap... saya sentiasa terbuka untuk sebarang teguran untuk memperbaiki mutu perkhidmatan saya. Jumpa lagi! :)

Kek yang disediakan untuk mempelai.
Suapan isteri kepada suami.
Suapan suami kepada isteri.
Amboi, suap-menyuap gitu~
Pasangan mempelai yang sporting didera oleh saya.
Menyampaikan cenderahati kepada pasangan mempelai.
Adik pengantin lelaki juga sempoiiii!!!
Bergambar kenangan bersama pasangan mempelai.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment