Sunday 18 November 2012

Wedding Almas ♥ Khairil : Dewan Angkasaraya, TUDM

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : PERKAHWINAN
  • PASANGAN : NURALMAS BINTI BAHARUDDIN ♥ MOHD KHAIRIL JOHARI BIN PA'WAN (MEJ (B) BAHARUDDIN BIN NOORDIN & MEJ SITI ROHANA BINTI ABD RAHIM)
  • LOKASI : DEWAN ANGKASARAYA, PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR
  • TARIKH : 18hb NOVEMBER 2012 (4 MUHARRAM 1434H)
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Ahaaa... saya sungguh teruja untuk berkongsi cerita majlis pada hari ini. Ini kerana, saya baru sahaja selesai mengendalikan majlis persandingan salah seorang sahabat saya lagi. Ya, sekarang ini sudah 3 orang sahabat saya yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan majlis penuh bersejarah dalam hidup mereka. Pengantin perempuan pada hari ini merupakan kawan satu kursus saya dahulu ketika masih menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah... saya telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan majlis siang tadi dan perancangan telah dibuat terlebih awal untuk memastikan kelancaran majlis.

Saya tiba awal di lokasi majlis dan melakukan persiapan yang diperlukan. Ini kerana, saya hanya menggunakan PA sistem dewan tersebut maka saya perlu melakukan adjustment yang bersesuaian meskipun semuanya telah di-sound check sebelum ini. Semuanya berfungsi dengan baik dan selepas itu majlis pun bermula dengan kedatangan tetamu. Jom layan dulu suasana di awal majlis:

Pelamin indah yang disediakan di atas pentas.
Persiapan sebelum majlis bermula.


Tetamu yang hadir terus dijemput untuk menikmati hidangan. Sememangnya pihak katering yang didatangkan khas dari Cheras tidak menghampakan. Ini kerana, pelbagai juadah disediakan untuk tetamu yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis siang tadi. Meskipun sibuk dengan tugasan saya, saya sempat juga mencuri masa untuk menikmati kelazatan hidangan yang disediakan. Hidangan-hidangan itu adalah:
  • Nasi briyani & nasi putih
  • Ayam masak merah
  • Daging rendang
  • Dalca sayur
  • Acar jelatah
  • Papadom
  • Minuman kordial, air mineral & teh tarik
  • Bubur kacang & buah oren

Kemudian, mempelai pun tiba dengan diiringi bunyian kompang dan terus berhenti di Arch yang telah disediakan. Apabila mempelai berhenti di Arch, selawat pun terus dibaca. Selesai sahaja selawat tersebut, mempelai terus berjalan beriringan dengan baju sedondon rona cream dan gold, menuju ke atas pelaminan yang serba indah. Setelah mempelai duduk di pelamin, saya terus menjemput Ustaz Mahazan untuk bacaan doa bagi merahmati majlis. Kemudian itu, majlis diteruskan dengan upacara menepung-tawar dan kemudiannya diikuti dengan upacara makan beradab dan memotong kek. Layan dulu gambar-gambar di bawah:

Hidangan utama pada hari ini.

Mempelai di atas pelamin, sedang disanding dengan diapit oleh pengapit.

Pose istimewa mempelai ketika upacara makan beradab.

Mempelai bersedia untuk upacara memotong kek.

Suapan isteri kepada suami tercinta.

Suapan suami pula kepada isteri tersayang.

Adegan suap-menyuap antara pasangan suami-isteri :)

Selesai sahaja upacara itu, mempelai pun sibuk dengan sesi fotografi. Saya juga tidak melepaskan peluang ini untuk merakamkan bersama mempelai dan sahabat-sahabat yang meluangkan masa untuk hadir. Selepas itu, saya kembali kepada tugasan saya dengan terus mengalu-alukan kedatangan tetamu. Setelah mempelai kelihatan tidak terlalu sibuk, saya terus menerjah mempelai dalam sesi mendera mempelai. Beberapa soalan 'soal-siasat' telah saya lakukan sebagai cara untuk beramah-mesra bersama mempelai. Diharapkan mempelai tidak berkecil hati dengan tindakan saya yang hanya sekadar ingin bergurau dan menceriakan suasana. Alhamdulillah... majlis selepas itu selesai setelah cenderahati kepada mempelai diserahkan dan saya harapkan semua pihak khususnya pasangan mempelai dan pihak Tuan rumah berpuas hati dan gembira dengan cara kelolaan saya siang tadi. Tahniah Almas & Khairil!

Inilah dia coursemate saya dahulu... LG 220 - Bachelor in Applied Language Studies (English for Professional Communication), UiTM Shah Alam.

Wah, busy nampaknya ayahanda pengantin perempuan yer :D
Sesi mendera mempelai dengan soalan cepumas :P~
Sesi menyerahkan cenderahati kepada mempelai.
Posing bersama rakan-rakan yang hadir.
Suasana ketika mempelai beramah-mesra bersama tetamu.
Saya yang bertugas di bahagian atas.
Mempelai bersama ayahanda dan juga bonda.

Gambar kenangan saya bersama mempelai dan juga pengapit.


Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment