Sunday 13 January 2013

MC - Akad Nikah : Persada Mutiara, Felda Villa

---------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : AKAD NIKAH
  • PASANGAN : SURAYA ALINA BINTI HARRIS  MOHD SHUKRI BIN MOKHTAR (ENCIK HARRIS BIN AHMAD & PUAN ZAITON BINTI OTHMAN)
  • LOKASI : PERSADA MUTIARA, FELDA VILLA
  • TARIKH : 12hb JANUARI 2013
---------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hujung minggu yang sungguh membuatkan saya teruja! Ini kerana, saya begitu sibuk pada 12hb Januari yang lalu yang mana merupakan tarikh hari kelahiran saya juga. Alhamdulillah... saya masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas serta mengelolakan pelbagai majlis. Pada hari Sabtu yang lalu pada sebelah paginya, saya mengendalikan upacara akad nikah di Persada Mutiara, Felda Villa. Oleh kerana ingin mengelakkan sebarang kesulitan dan kelewatan, saya telah bertolak seawal jam 7 pagi dan tiba di destinasi pada jam 8 pagi. Keadaan saya yang tiba awal telah membuatkan saya begitu selesa untuk meninjau-ninjau lokasi dan majlis akad nikah bermula hanya pada jam 10 pagi. Meskipun suasana sedikit ringkas, namun ramai tetamu yang hadir yang mana terdiri daripada kalangan saudara-mara dan rakan terdekat sahaja.

Majlis akad nikah hanya mengambil masa setengah jam. Ini mungkin kerana persiapan telah dilakukan dengan sebaiknya dan hanya dengan sekali lafaz, kedua-dua sah menjadi pasangan suami isteri. Majlis kemudian diteruskan dengan upacara penyerahan mas kahwin dan menyarungkan rantai. Majlis ditutup dengan sesi fotografi dan tetamu dijemput untuk menjamu selera di sebuah bilik khas yang telah disediakan. Saya pula mengambil kesempatan untuk berehat seketika kerana tugasan saya yang seterusnya bermula setengah jam selepas itu. Ya, sesungguhnya saya sangat busy! :) Jom layan dulu susana akad nikah melalui gambar-gambar di bawah:

Selamat Datang!
Mini pelamin yang cantik.
Tempat bakal pengantin perempuan.
Hantaran daripada sebelah perempuan.
Hantaran daripada sebelah lelaki.
Bakal pengantin perempuan yang debar menanti.
Sebelum majlis akad nikah bermula.
Debaran sebelum menjadi suami.
Pengesahan sebelum majlis bermula
Khutbah oleh imam sebelum akad nikah bermula.
Antara hadirin yang tiba.
Alhamdulillah... hanya dengan sekali lafaz :)
Bacaan takliq oleh suami.
Silalah tandangan berserta nombor kad pengenalan.
Tandatangan daripada isteri.
Penyerahan kepada Jurunikah.
Pengantin lelaki menunaikan solat.
Upacara penyerahan mas kahwin.
Sesi menyarungkan rantai untuk pembatalan wudu'.
Kekok pengantin lelaki :D
Bergambar bersama keluarga sebelah pengantin lelaki.
Bergambar bersama keluarga pengantin perempuan.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment