Tuesday 15 January 2013

MC - Majlis Makan Malam : Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : MMF ANNUAL DINNER 2012 'INTERNATIONAL NITE'
  • ANJURAN : MULTIMODAL FREIGHT SDN. BHD. (PELABUHAN KLANG)
  • LOKASI : REBANA 1 & 2, GRAND BLUE WAVE HOTEL, SHAH ALAM
  • TARIKH : 12hb JANUARI 2013
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekali lagi kembali semula bersama dengan cerita saya untuk 12hb Januari 2013. Memang benar... pada hari tersebut, terdapat 3 job yang telah saya kendalikan bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah ke lewat 12 tengah malam. Untuk sebelah malamnya, saya mengendalikan jamuan makan malam tahunan bagi Multimodal Freight Sdn Bhd, cawangan Pelabuhan Klang. Sebenarnya perancangan bagi pihak saya dibuat sedikit lewat disebabkan oleh kelewatan pihak penganjur memberikan kata putus. Namun begitu, kesempatan terakhir saya ambil sepenuhnya dengan melakukan persiapan terakhir dengan sebaik-baiknya.

Seperti yang telah sedia maklum, saya berada di Kuala Lumpur bagi mengendalikan majlis akad nikah diikuti dengan majlis persandingan. Selesai sahaja majlis tersebut sekitar jam 4 petang, saya terus bergegas ke Hotel Grand BlueWave untuk melaksanakan tugasan yang seterusnya. Sampai tiba di sana sekitar jam 5 petang dan menuju ke Surau bagi merehatkan badan, menunaikan solat dan seterusnya bersiap. Meskipun keletihan, namun ianya tidak melunturkan semangat saya untuk menyelesaikan satu lagi tugasan. Saya membuat persiapan diri sebelum waktu maghrib dan apabila selesai sahaja menunaikan solat, saya terus mengemaskan barang dan menuju ke Dewan Rebana 1 dan 2. Ketika itu, pendaftaran masih lagi berlangsung dan saya gunakan kesempatan untuk beramah-mesra bersama warga teknikal dan urusetia. Maklumlah, saya ini orang luar yang akan mengendalikan majlis pada malam itu :) Antara VVIP pada itu adalah:
  1. Datuk Elias bin Kadir, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad
  2. Encik Mohd Hasdey bin Yaakub, Pemangku Pengurus Besar, Multimodal Freight Sdn. Bhd.
  3. Encik Lokman bin Yaacob, Penolong Pengurus Besar, Global Logistics Division
  4. Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus Multimodal Freight Sdn. Bhd, Cawangan Pelabuhan Klang
  5. Encik Muhammad Fadhli bin Abdul Majid, Pengurus Perhubungan Korporat, Multimodal Freight Sdn. Bhd.
  6. Encik Zailan bin Marthan, Pengurus Kewangan, Multimodal Freight Sdn. Bhd.
  7. Encik Zulkifli bin Mohamad, Pengurus Management Information System

Majlis bermula pada jam 8:45 malam melalui bacaan doa oleh Encik Zaharuddin bin Haron. Majlis diteruskan dengan ucapan pembukaan oleh saya, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus Multimodal Freight Sdn Bhd Cawangan Pelabuhan Klang dan diakhiri oleh ucapan perasmian oleh Datuk Elias bin Kadir, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad. Ucapan-ucapan yang disampaikan sememangnya ringkas dan tepat jam 9 malam, jamuan makan malam pun bermula dengan hidangan yang pertama dan berterusan sehingga ke akhir majlis. Hidangan-hidangannya memang menyelerakan yang merupakan:
  • Baby spinach soup with minced chicken and salted egg
  • Stewed spinach chicken wrapped in aluminium foil
  • Crispy garoupa fish with creamy milk
  • Fried rice with seafood and sambal
  • Stirred fried fresh squids ring with szechuan paste and peppers
  • Braised golden mushroom with black mushroom on siew pak choy
  • Sweetened chilled honey dew sago with vanilla ice-cream
  • Mixed fruits platter
  • Chinese tea

Saya hanya berkesempatan untuk berehat seketika dalam 10 minit dan kemudian, acara-acara yang telah diaturkan pun bermula. Acara pertama adalah sesi cabutan bertuah pusingan yang pertama sebanyak 30 cabutan. Terdapat 4 pusingan cabutan bertuah dan tiga yang pertama berjumlah 30 cabutan. Cabutan tiga yang pertama sedikit singkat kerana saya hanya perlu menyebut nombor meja, nombor cabutan dan nama individu terbabit. Tiga pusingan ini telah disempurnakan cabutannya oleh Encik Zulkifli bin Muhamad, Pengurus Management Information System, diikuti Encik Zailan bin Marthan, Pengurus Kewangan dan Encik Mohd Fadhli bin Abd Majid, Pengurus Perhubungan Korporat. Selain daripada itu, jamuan makan malam juga turut dihiasi dengan pertandingan karaoke sebanyak 10 penyertaan yang mana terdiri daripada:
  1. Puan Azura dan Encik Hatta - Jangan Pisahkan
  2. Encik Hanafiah dan Encik Wan Faizal - My Way
  3. Encik Mohd Faisal Shafiee - Episod Cinta
  4. Puan Nurul Azuwa binti Mohd Shariff - Terukir Di Bintang
  5. Encik Azman Ismail - Biarlah Bulan Bicara
  6. Encik Hanafiah - Suatu Masa
  7. Encik Mohd Hatta - Cinta Tak Kenal Siapa
  8. Encik Wan Faizal Anuar bin Umar - Berita Kepada Kawan
  9. Puan Azura - Kasih
  10. Encik Azizan bin Man - Untuk Nusa Bangsa

Selesai sahaja dua acara penting tersebut, majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh Jabatan Sumber Manusia. Persembahan tersebut ternyata memukau hadirin yang bersorak terutamanya di bahagian terakhir dengan tarian gangnam style :D Kemudiannya, saya meneruskan majlis dengan empat games yang saya sediakan. Permainan-permainan tersebut mudah sahaja yang mana merangkumi soalan dan juga permainan biasa. Untuk permainan pertama, hadirin dikendaki mencari dua mikrofon untuk diberikan kepada saya. Ternyata hadirin berebut-rebut untuk mendapatkan mikrofon untuk diberikan kepada saya. Individu yang berjaya akan mendapat hadiah istimewa yang berupa sebuah hamper. Saya meneruskan permainan dengan meminta hadirin memberikan dua keping duit syiling 5 sen namun tiada siapa yang tampil. Permainan diteruskan dengan mencari saiz kasut yang terbesar dan dimenangi oleh seorang wanita. Permainan diakhiri dengan pencarian mahkota istimewa di atas kepala dan berjaya diperolehi oleh seorang wanita juga. Pada ketika itulah salah seorang hadirin cuba menarik hiasan di kepala salah seorang hadirin, semata-mata untuk mendapatkan hadiah namun tidak berjaya. Sesekali, apabila mendapati hadirin sedikit leka dan penat, saya akan menyebut 'Multi' dan disahut dengan 'Modal' oleh hadirin. Selain daripada itu, saya juga membuat permainan lawan sorakan antara meja dan ternyata meja 5 sentiasa ceria, peka dan bersemangat :)

Acara kemuncak pada malam itu tiba sekitar jam 11:30 malam iaitu cabutan bertuah pusingan terakhir dan diikuti oleh sesi penyampaian hadiah. Cabutan bertuah pusingan terakhir ini sememangnya istimewa kerana hanya 10 nombor yang akan dicabut berserta hadiah yang disediakan juga cukup menarik, yang mana disampaikan terus pada malam itu. Cabutan bertuah ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hasdey bin Yaakub, Pemangku Pengurus Besar dengan diiringi oleh Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus Cawangan Pelabuhan Klang. Selepas itu, majlis semakin gamat dengan penyampaian hadiah bagi pakaian terbaik yang mana telah dimenangi oleh:
  • Pakaian Terbaik Lelaki - Encik Wan Faizal Anuar Umar
  • Pakaian Terbaik Wanita - Puan Raja Saidah binti Raja Malek

Keputusan juri adalah muktamad dan majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan karaoke. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Encik Lokman bin Yaakub, Penolong Pengurus Besar, Global Logistics Division. Tiada pertikaian yang berlaku dan para peserta diadili perdasarkan:
  • Vokal - 50%
  • Persembahan - 40%
  • Lain-Lain - 10%

Makan, keputusannya adalah:
  1. Encik Mohd Hatta bin Daud - Cinta Tak Kenal Siapa
  2. Encik Hanafiah bin Semarat - Suatu Masa
  3. Puan Nurul Azuwa binti Mohd Shariff - Terukir Di Bintang

Begitulah berakhirnya majlis pada malam tersebut. Walaupun keletihan, saya tetap gembira dengan pelbagai telatah yang mencuit hati. Diharapkan agar saya akan dapat mengendalikan jamuan makan malam pada masa akan datang lagi.

Tempat sebenar majlis.
Inilah dia majlis pada malam ini :)
Grand BlueWave Hotel, Shah Alam :D
Antara hadiah-hadiah yang disediakan.
Pendaftaran yang sedang berlangsung.
Pihak teknikal sedang melakukan persiapan terakhir.
Hadiah-hadiah untuk pertandingan karaoke.
Bacaan doa oleh Encik Zaharuddin bin Haron.
Ucapan alu-aluan oleh Encik Sulaiman bin Abd Aziz, Pengurus, Multimodal Freight Sdn. Bhd., Cawangan Pelabuhan Klang.
Ucapan perasmian oleh Datuk Elias bin Kadir, Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad.
Keadaan dewan pada malam itu.
Pembukaan pertandingan karaoke oleh Puan Azura dan Encik Hatta dengan lagu Jangan Pisahkan.
Encik Wan Faizal dan Encik Hanafiah dengan lagu My Way.
Encik Mohd Faisal Shafiee dengan lagunya Episod Cinta.
Puan Nurul Azuwa dengan lagu Terukir Di Bintang.
Amboi, sempat lagi tu!
Encik Azman Ismail dengan lagu Biarlah Bulan Bicara.
Encik Mohd Hatta dengan lagu Cinta Tak Kenal Siapa.
Encik Azizan bin Man dengan lagunya Untuk Nusa Bangsa.
Persembahan tarian oleh Jabatan Sumber Manusia.
Amboi, sempat lagi ada yang nak join!
Urusetia yang telah menjayakan majlis. Tahniah!
Saya bergambar kenangan bersama Urusetia sebelum bersurai,. Terima kasih!

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment