Friday 4 May 2012

Corat-Coret Baru!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

 Hye... lama sungguh rasanya tak memberikan perkembangan terkini. Untuk pengetahuan anda, saya kini sedang menanti hari konvokesyen saya dan dalam masa yang sama sedang mencari pekerjaan yang tetap juga. Buat masa sekarang, saya masih lagi meluangkan masa di rumah selain mengasah skill saya dalam bidang nyanyian dan fokus kepada pembelajaran keyboard saya. Ingin saya maklumkan bahawa saya akan tampil dengan tawaran baru iaitu selain PA system dan juga karaoke, saya juga akan menawarkan mini band kepada anda iaitu antara 3-4 piece. Ianya nanti akan terdiri daripada seorang vocalist, seorang keyboardist dan mungkin seorang atau 2 orang guitarist. Insya' Allah semuanya akan berjalan lancar dan seandainya ada rezeki, tidak lama lagi saya juga akan membuka perkhidmatan perunding majlis kepada anda. Ini bermakna, anda boleh mendapatkan full pakej daripada DDEANA FREELANCER yang mana merangkumi set pelamin, baju pengantin, andaman, katering, PA system dan keseluruhannya. Ianya pasti akan memudahkan lagi diri anda. Oleh itu, anda janganlah malu dan segan untuk bertanya dan mendapatkan informasi terkini tentang perkhidmatan tambahan yang bakal kami tawarkan. Ini kerana, anda mungkin jadi pelanggan pertama yang menerima perkhidmatan terbaru daripada saya dan yang lain-lain.

Selain daripada itu, saya sedang melakukan persiapan untuk job seterusnya iaitu pada 13hb Mei ini nanti. Ini akan menjadi satu majlis persandingan yang istimewa untuk saya kerana buat pertama kalinya saya bakal mengendalikan majlis persandingan sahabat saya sendiri. Saya agak teruja dan berdebar juga rasanya. Walau apa pun, segala perancangan telah dilakukan dan saya mengharapkan agar segalanya akan berjalan dengan lancar. Nantikan sahaja ceritanya nanti selepas 13hb Mei itu nanti. Buat masa sekarang, seorang lagi sahabat saya juga telah membuat tempahan awal bagi majlis persandingannya iaitu pada bulan November nanti. Meskipun masih lagi jauh, namun begitu beliau ingin memastikan bahawa beliau mendapatkan perkhidmatan saya dan sahabat-sahabat yang lain. Selain daripada itu pula, saya juga bakal mengendalikan sebuah majlis sekitar bulan Julai nanti namun tarikh belum lagi dapat dipastikan kerana kesibukan mencari kerja benar-benar membataaskan waktu saya.

Okey lah... nampaknya ini sahaja perkembangan yang dapat saya kongsikan bersama anda. Insya' Allah... meskipun saya sudah mempunyai pekerjaan tetap kelak, saya akan terus bergiat aktif dan DDEANA FREELANCER akan terus bergerak. Untuk anda yang inginkan perkhidmatan saya secara solo, baik sebagai DJ, MC, penyanyi atau apa jua, boleh terus hubungi saya. Untuk anda yang inginkan perkhidmatan PA system + DJ/MC atau perunding majlis secara keseluruhannya, juga boleh terus berhubung dengan saya kerana saya juga kini mempunyai pakej tambahan istimewa yang ingin ditawarkan kepada anda. Sekali lagi, jangan malu dan segan serta terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap DDEANA FREELANCER.

Terima kasih :)

Hubungi saya:
  • Tel/SMS : 019 664 2254 (Yana)
  • Email : ddeanafreelancer@gmail.com
  • Blog : www.ddeanafreelancer.blogspot.com
  • Facebook : ddeanafreelancer  (Personal and Page)
  • Twitter : ddeanafreelance
  • Youtube : DDeana Freelancer

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment