Monday 10 December 2012

DJ - Majlis Malam Berinai : Kg. Johan Setia, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : DJ
  • MAJLIS : MALAM BERINAI
  • PASANGAN : NURUL EMILIA BINTI AMRAN ♥ MD NAZERI BIN ABD RAHMAT (PUAN ISLAMIAH BINTI ABU BAKAR SEKELUARGA & ENCIK MUHD ZAIDON BIN SALMAN & PUAN NORHANIZAH BINTI ABD RAHMAN)
  • LOKASI : KAMPUNG JOHAN SETIA, KLANG
  • TARIKH : 8hb DISEMBER 2012 (24 MUHARRAM 1434H)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Hari ini saya hanya ingin berkongsi satu tugasan yang mudah. Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah mengendalikan satu majlis malam berinai di Kampung Johan Setia, Klang. Meskipun ianya adalah majlis malam berinai, tetapi majlis telah berawal seawal jam 2 petang. Saya hanya tiba sekitar jam 3 petang dan majlis bermula sepenuhnya selepas waktu Asar. Maka, sesi jamming karaoke suka-suka pun bermula dan pihak Tuan rumah tidak melepaskan peluang untuk melepaskan gian masing-masing. Saya berhenti sekitar jam 6:45 malam dan kembali memulakan tugasan pada jam 8 malam.

Namun begitu, hujan yang turun dengan lebatnya telah membuatkan tugasan saya tertangguh hingga ke jam 9:30 malam. Apabila hujan reda, mempelai pun tiba dan diarak dengan paluan kompang. Kumpulan kompang sungguh bersemangat dan terus mengiringi pengantin bagi sesi menepung-tawar. Setelah semuanya selesai, sesi fotografi pun bermula sambil diiringi oleh sesi jamming karaoka suka-suka sehingga jam 12 tengah malam. Majlis sememangnya ringkas dan saya bergegas pulang dengan segera kerana keesokan harinya saya perlu bertugas di Puchong Indah. Terima kasih Tuan rumah!

Penuh perasaan nampaknya!
Pasangan duet pada sebelah siangnya.
Suasana pada sebelah malam.
Antara hidangan yang cukup melazatkan!
Sanak-saudara yang hadir tidak melepaskan peluang menyaksikan persandingan.
Kumpulan kompang yang penuh bersemangat!
Pengantin lelaki menepung-tawar si isteri.
Si isteri mencium tangan suami.
Sanak-saudara mengambil kesempatan menepung-tawar mempelai.
Mempelai sedang disandingkan.
Close-up mempelai ketika disandingkan.
Bergambar bersama sanak-saudara.
Sesi jamming karaoke suka-suka yang memang meriah!
Tuan rumah juga tidak melepaskan peluang.

Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment