Tuesday 25 December 2012

MC - Majlis Reunion : Primere Hotel, Klang

----------------------------------------------------------------------------------
  • TUGAS : MC
  • MAJLIS : REUNION KE-3 EX-STUDENT SMK TELOK GADONG, KLANG BATCH 1992-1996
  • ANJURAN : EX-STUDENT SMK TELOK GADONG, KLANG, BATCH 1992-1996
  • LOKASI : STUDIO III & STUDIO IV, PREMIERE HOTEL, KLANG
  • TARIKH : 25hb DISEMBER 201
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Ini dia kisah tugasan yang baru sahaja berlalu siang tadi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Tidak saya nafikan, kesibukan yang terlalu maksimum sedang melanda diri saya ketika ini. Namun begitu, saya gagahi jua untuk memberikan yang terbaik. Meskipun hari ini merupakan cuti umum sempena perayaan Hari Natal, saya tetap bersemangat untuk mengendalikan majlis reunion pada hari ini tadi. Saya mempunyai tugasan peribadi pada sebelah pagi dan hanya sampai di rumah untuk bersiap sekitar jam 11:30 pagi. Selepas selesai segala persiapan, saya terus bertolak ke lokasi majlis dan tiba agak awal. Ketika itu, saya terus bertemu dengan urusetia majlis bagi mendapatkan informasi dan melakukan persiapan terakhir. Majlis bermula sedikit lewat kerana menantikan ketibaan semua jemputan serta tetamu VVIP yang mana terdiri daripada kalangan guru-guru.

Apabila majlis bermula, saya mengambil pendekatan tidak formal namun masih mengekalkan protokol yang sepatutnya. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Endang Wahyudi. Saya sangkakan ianya akan menjadi sesi bacaan doa yang biasa namun saya terbuai dengan lenggok dan alunan suara serta cara beliau membacakan doa. Majlis kemudiannya disambung dengan upacan alu-aluan oleh Pengerusi iaitu Saudara Faizal dan diikuti oleh ucapan perasmian daripada wakil bekas pengetua. Selepas itu, jamuan makan pun bermula.

Selepas beberapa minit jamuan makan bermula, program-program yang dirangkakan pun berjalan. Majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah dan sempat diselitkan dengan sesi karaoke bagi menghiburkan semua jemputan yang ada. Kemudiannya, majlis diteruskan dengan permainan menduga akal di mana saya telah memberikan 3 soalan yang berkaitan dengan sekolah dan jemputan perlu tampil dengan jawapan yang tepat bagi mendapatkan hadiah yang telah disediakan oleh urusetia. Majlis terus meriah dengan sorakan dan gelak tawa apabila sampai ke permainan 'musical chairs.' Permainan ini telah dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita dan masing-masing berebut kerusi apabila lagu dihentikan. Sesekali saya membuat trick dengan memperlahankan lagu dan membuatkan mereka menyangka bahawa lagu telah dihentikan. Permainan yang paling menceriakan adalah permainan kotak beracun. Permainan ini dijalankan dengan menyediakan setiap meja dengan sebuah kotak. Individu terakhir yang memegang kotak itu apabila lagu dihentikan perlu tampil ke hadapan. Apabila mereka tampil, mereka perlu melakukan aksi yang diberikan melalui cabutan yang dilakukan. Pelbagai aksi telah dilakukan dan saya turut mengambil peluang mengenakan jemputan dengan meminta mereka melakukan beberapa aksi sambil berjalan sekeliling dewan agar lebih dekat dengan tetamu yang lain. Sememangnya dalam malu-malu, semuanya sporting dan memberikan kerjasama yang baik.

Majlis sampai ke penghujungnya dengan sesi cabutan bertuah yang terakhir dan diikuti pula dengan sesi pemilihan pakai terbaik. Ketika pemilihan sesi pakaian terbaik, saya telah meminta tetamu memilih sendiri pemenangnya daripada calon-calon yang ditampilkan melalui sorakan. Oleh kerana sorakan yang diterima sangat memberansangkan, maka guru-guru sendiri telah dijemput untuk membuat penilaian dan seterusnya menentukan pemenang bagi kategori lelaki dan wanita. Ternyata guru-guru juga turut sporting! Majlis selesai sekitar jam 6 petang dan saya sungguh ceria dan gembira ketika mengendalikan majlis ini. Diharapkan agar saya akan dapat bekerjasama dengan urusetia ini lagi. Terima kasih!
 
Inilah dia majlis pada hari ini ;D
Suasana dewan sebelum majlis bermula... sedikit lengang.
Antara hadiah-hadiah yang disediakan.
Bacaan doa sedang dilakukan.
Susana di dalam ketika bacaan doa sedang dilakukan.
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi.


Ucapan perasmian.
Upacara perasmian yang sedang berlangsung.
Antara hidangan yang membuka selera.
Persembahan karaoke yang pertama.
Penyampaian hadiah kepada mereka yang bertuah.
Penyampaian cenderahati kepada wakil bekas pengetua.
Inilah dia antara guru-guru yang hadir.
Sesi fotografi bersama guru-guru oleh kaum Hawa :)
Sesi fotografi bersama guru-guru oleh kaum Adam :D
Persembahan karaoke sekali lagi.
Ini dia salah seorang mangsa permainan kotak beracun.
Penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah pusingan terakhir.
Persembahan deklamasi sajak oleh salah seorang guru.
Calon-calon bagi pakaian terbaik kategori lelaki.
Calon-calon bagi pakaian terbaik kategori wanita.
Pemenang pakaian terbaik~
Sesi sebelum majlis berakhir.
 
Sekian dan wassallam~

No comments:

Post a Comment